Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2


Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2(SMK S2) terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan bersebelahan dengan Green Street Homes dan Emerald Park, kira-kira 7 kilometer dari Bandar Seremban. Ia telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003. Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 adalah sebuah Sekolah Menengah kategori harian terbaik di Seremban dan antara yang terbaik di Negeri Sembilan.

SMK Seremban 2
Lokasi
Persiaran S2/A4, Seremban 2l, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
MotoBeramal,Berilmu, Bertakwa
Nombor sekolah606-6013644
Kod sekolahNEA4109
PengetuaTn Hj Azizi bin Zakaria
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Siti Khatijah binti Mohamad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Shely Sam binti Abu Zarin
Penolong Kanan KokurikulumEn Muharam bin Zainuddin
Faks606-6011491
Laman sesawang
Map

Falsafah sunting

  • Sekolah ini akan berusaha mendidik dan membimbing.
  • Pelajar-pelajar dalam pembinaan insan
  • Yang bercirikan kesempurnaan intelek, moral dan jasmani
  • Untuk mencapai kecemerlangan dalam segala bidang
  • Meliputi kurikulum, sahsiah dan ko-kurikulum.

Visi sunting

  • Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi sunting

  • Membangun Potensi individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Ko-Kurikulum sunting

  • Kelab & persatuan
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Geografi / Sejarah
  4. Bahasa Cina
  5. Matematik / Sains
  6. Agama Islam
  7. Pendidikan seni / budaya / muzik
  8. Kemahiran hidup / rekacipta / katering / landskap
  9. Kelab komputer
  10. Kelab keselamatan jalan raya
  11. Kelab bimbingan & kaunseling anti dadah (SLAD)
  12. Kelab perpustakaan
  13. Kelab SPBT
  • Badan beruniform
  1. Pengakap
  2. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)
  3. Kadet Polis
  4. Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  5. Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  6. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  7. Kadet Pertahanan Awam (JPAM)
  8. Kadet Polis
  • Sukan & permainan
  1. Bola sepak
  2. Bola tampar
  3. Bola keranjang
  4. Ping pong
  5. Sepak takraw
  6. Badminton
  7. Bola jaring
  8. Olahraga / merentas desa
  9. Futsal
  10. Kriket
  11. Sofball

Objektif sunting

  • Memupuk semangat taat setia kepada negara dan bersatu padu.
  • Membuka peluang kepada masyarakat untuk memberi sebarang idea dan sumbangan kepada sekolah.
  • Memupuk nilai murni dan positif selaras dengan hasrat rukun negara.
  • Mengembangkan minat, bakat dan kemahiran pelajar.
  • Melatih pelajar dalam mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri.

Sejarah ringkas sunting

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 terletak di Seremban 2 bersebelahan dengan Green Street Homes dan kira-kira 7 kilometer dari Bandar Seremban. Ia telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003.
  • Seramai 424 pelajar, 29 orang guru dan 6 orang kakitangan sokongan adalah warga pertama yang telah mewarnai sekolah ini. Datin Maznah Bt Yusof ialah pengetua pertama sekolah ini dengan dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1 pertama En. Jamil B Mohd. Tahir dan diganti oleh Pn. Hjh. Sadariah Bt Md Jali pada bulan Julai 2003 serta En. Abdul Wahid B Abdul Ghani dan En. Mad Pazir B Md. Ahair selaku GPK Ko-kurikulum dan GPK Hal-Ewal Murid.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 juga mempunyai dewannya sendiri yang dikenali dengan nama Dewan Ungku Aziz yang telah dirasmikan sendiri oleh Profesor Diraja Ungku Aziz. Sekolah ini juga dilengkapi padang serta trak larian di mana ia menjadi tumpuan acara-acara sukan peringkat negeri seperti MSSMNS dan Penutupan Minggu Patriotisme Peringkat Negeri.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 adalah salah sebuah sekolah kategori harian terbaik di Seremban, seimbang dari segi akademik dan ko-kurikulum
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 juga antara sekolah kategori harian terbaik di Negeri Sembilan

Bekas Pengetua sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2
Persiaran S2/A4, Seremban 2
70300, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066013644
Fax = 6066011491

Pautan luar sunting