Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (SMKSA) atau SMK Seri Ampang ialah sebuah sekolah lelaki yang terletak di Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
(Inggeris) Ampang Road Boys' School
(Jawi)سکوله سري امڤڠ
Logo Sekolah SMK Seri Ampang
Alamat
Jalan Ampang
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Malaysia
Maklumat
JenisSekolah Menengah Lelaki (Bukan Berasrama Penuh)
MotoTogether We Excel (Bersama Kita Maju)
Ditubuhkan (1963-01-01) 1 Januari 1963 (umur 61)
PengasasKerajaan Malaysia
Daerah sekolahKuala Lumpur
PengetuaMustafa Kamal Bin Musa
GredTingkatan 1 - Tingkatan 5
Jumlah penuntut528 (pelajar), 56 (guru)
KelasAspire, Reliable, Bright, Smart
Bahasa pengantarBahasa Melayu
Rumah-rumahBendahara (Merah), Laksamana (Biru), Syahbandar (Kuning), Temenggung (Hijau).
Warna                 Oren, Merah, Hitam, Putih.
Buku tahunanPerintis
AfiliasiKementerian Pendidikan Malaysia
Laman sesawang
Fail:SMK Seri Ampang.jpg
Lencana Sekolah

Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang memiliki 528 pelajar lelaki dan mempunyai seramai 56 orang guru.2018

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963. Sekolah ini dikenali sebagai Shaw Road Afternoon Secondary School. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Lelaki Jalan Shaw dengan satu sesi sahaja iaitu sesi petang. Setahun kemudian, sekolah ini berpindah ke Batu 3, Jalan Ampang. Setelah berpindah, sekolah ini diberi nama Ampang Road Boys School. Nama sekolah ini kemudian ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang dan kekal sehingga kini. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan utama iaitu Atma, Budiman, Cahaya dan Dasila. Pejabat pentadbiran sekolah terletak di blok Atma. Sekolah ini mempunyai sebuah dewan tertutup yang dikenali sebagai Dewan Seri Atma berhampiran blok Atma dan dewan terbuka di blok Dasila. Sekolah ini dulunya merupakan sekolah kategori Bandar Gred A yang mempunyai 3 aliran iaitu Perdana (Tingkatan Peralihan – Tingkatan 5), Program Pendidikan Khas Integrasi dan Pra Universiti Tingkatan 6. Namun mulai 2017, hanya 2 aliran wujud kerana semua guru Pra Universiti Tingkatan 6 dipindahkan ke Victoria Institution dan murid-muridnya pula ke SMK Tinggi Setapak.

Senarai Pengetua sunting

Tahun Berkhidmat Nama
1964 - 1967 En. Yong Khee Meng
1968- 1969 En. Bernard Fernandez
1970 - 1971 En. Seow Bin Hak
1972 En. Abdullah Bakri
1972 - 1973 En. Harun Bin Abdul Hali
1973 - 1974 En. K.N Mehrotra
1974 - 1977 En. Mustafa Mahmud
1978 - 1979 Tuan Syed Jaafar
1979 - 1982 Tuan Hj. Maulan
1982 - 1984 En. Eddy Chung
1985 - 1988 Tuan Haji Ismail Bin Mohd
1988 - 1992 Tuan Hj. Kusno
1992 - 1996 Tuan Hj. Hussin
1996 - 2001 Pn. Sharifah Madinah
2001 - 2003 Pn. Hajah Jauharah inti Haji Tak
2003 - 2007 Pn. Kamariah@Che Seah Binti Che Abd. Rahman
2007 - 2008 En. Rosley Bin Hitam
2008 - 2011 Pn. Naemah Bt. Hasan Nordin
2011 Pn. Mystrical Rose Fernandez
2011 - 2016 YBHG. Datin Hjh. Nor Azizah Binti Sulaiman
2017-2018 (awal Januari) Tn. Mohd Ramli Bin Shalan
2018 - 2020 En. Zamzuri Bin Abdullah
2020 - April 2021 En. Abdul Halim Bin Musa
Mei 2021 - 6 Januari 2023 En. Mustafa Kamal Bin Musa
9 Jan 2023 -Ogos 2023 Hj. Rushdi Bin Mohamed
 
Pemandangan kawasan sekolah.

Sukan dan Unit Beruniform sunting

Rumah Sukan sunting

  • Bendahara - Merah
  • Laksamana - Biru
  • Syahbandar - Kuning
  • Temenggung - Hijau

Unit Beruniform sunting

  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  • Kadet Polis
  • Kadet Remaja Sekolah
  • Pengakap
  • Silat Gayung Fatani
  • Taekwando
  • Wushu
  • Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA)

Sukan sunting

  • Bola Sepak
  • Bola Keranjang
  • Bola Tampar
  • Sepak Takraw
  • Futsal
  • Badminton
  • Ping Pong
  • Olahraga
  • Catur

Pencapaian sunting

Tahun Jenis Sukan Pencapaian Peringkat
1975 Bola Sepak - 15 Tahun JUARA MSS Selangor
1978 Sepak Takraw - 13 Tahun JUARA MSS Selangor
1980 Sepak Takraw - 15 Tahun JUARA MSS Kuala Lumpur
1988 Catur Perseorangan JOHAN Terbuka Selangor Pewter
1990 SIlat Gayung Fatani 3 EMAS MSS Kuala Lumpur
1990 Sepak Takraw - 18 Tahun JUARA MSS Kuala Lumpur
1991 Bola Sepak - 18 Tahun JUARA MSS Kuala Lumpur
1991 Sepak Takraw - 15 Tahun JOHAN MSS Kuala Lumpur
1992 Sepak Takraw - 18 Tahun JUARA MSS Kuala Lumpur
1993 Sepak Takraw - 15 Tahun JUARA MSS Kuala Lumpur
1993 Sepak Takraw - 18 Tahun JUARA MSS Kuala Lumpur
1993 SIlat Gayung Fatani JUARA MSS Kuala Lumpur
1993 Ping - Pong (Perseorangan) JOHAN MSS Kuala Lumpur
1993 Ping - Pong (Perseorangan Bukan Cina) JOHAN MSS Kuala Lumpur
1994 Olahraga-Lompat Jauh 16 Tahun EMAS MSS Kuala Lumpur
1994 SIlat Gayung Fatani JOHAN MSS Kuala Lumpur
1994 SIlat Gayung Fatani JOHAN Piala A.Rahman
1994 SIlat Gayung Fatani JOHAN Pertandingan Silat Olahraga UIA
1994 Sepak Takraw - 18 Tahun JOHAN MSS Kuala Lumpur
1995 SIlat Gayung Fatani JOHAN MSS Kuala Lumpur
1996 SIlat Gayung Fatani JOHAN Pertandingan Silat Olahraga
1996 Olahraga-100M 16 Tahun EMAS MSS Kuala Lumpur
1997 SIlat Gayung Fatani JUARA MSS Kuala Lumpur
1997 Olahraga-100M 16 Tahun EMAS MSS Kuala Lumpur
1997 Olahraga-Lompat Jauh 16 Tahun EMAS MSS Kuala Lumpur
1999
2000
2003
2005
2006
2007
2008
2009
2010 Bola Keranjang - 18 Tahun PERAK MSS Kuala Lumpur
2011 Olahraga-1500M 15 Tahun EMAS MSS Kuala Lumpur
2012 Bola Sepak - 15 Tahun PERAK MSS Kuala Lumpur
2013 Futsal - 19 Tahun (Tingkatan 6) KETIGA MSS Kuala Lumpur

Pasukan nasyid SMK Seri Amapng mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nasyid PPDA peringkat negeri wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2011.Pasukan SMK Seri Ampang juga muncul "Naib Juara" Bawah Kejohanan MSSWP Peringkat Zon Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 2012.

Selain itu, Pasukan Dikir Barat yang lebih dikenali dengan nama Pewaris Seni pernah muncul juara di peringkat zon keramat selama 7 tahun berturut-turut. Tukang Karut Dikir Barat Pewaris Seni iaitu Mohd Syazwan Suhaimi yang juga pelajar di Seri Ampang juga pernah mendapat Anugerah Tukang Karut Terbaik.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
Jalan Damai Off, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Telefon = 03-21487065
Faks = 03-21432239

Rujukan sunting