Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat atau nama ringkasnya SMK Seri Keramat, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan AU4, Lembah Keramat.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat memiliki 613 pelajar lelaki dan 513 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1126 orang. Kini pada tahun 2021,bilangan murid ialah 823 orang, bilangan guru seramai 64 orang dan bilangan staf 11 orang.2009

Pada tahun 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat memiliki 439 pelajar lelaki dan 420 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 859 orang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat mula dibina pada tahun 1994 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesi persekolahan yang pertama telah bermula pada tahun 1995 dengan nama sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat 2 (SMKLK2) dan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) pada Jun 2003. Sekolah ini dibina bagi menampung kesesakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat pada ketika itu.


Sesi persekolahan dimulakan dengan menempatkan sejumlah 182 orang pelajar tingkatan 1 yang semuanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat. Pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di dalam tujuh buah yang di mana salah satu daripadanya ialah kelas bahasa Arab/ kelas aliran agama (KAA).

Visi & Misi sunting

Visi sunting

'Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera'

Misi sunting

'Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Inspirasi Negara'

  1. Menghayati Dan Mengamalkan Ajaran Agama
  2. Sentiasa Berdisiplin Dan Berakhlak Mulia
  3. Berusaha Untuk Mencapai Prestasi Akademik Yang Cemerlang
  4. Menghayati Dan Mengamalkan Nilai-nilai Murni Bagi Melahirkan Insan Yang Cemerlang
  5. Berusaha Bekerjasama Dengan Ibu Bapa Dan Ahli Komuniti Bagi Menigkatkan Potensi Pelajar
  6. Menyediakan Suasana Kondusif Dan Ceria Bagi Menjayakan Proses Pembelajaran Dan Pengajaran Lebih Bersekan
  7. Mewujudkan Suasana Kekitaaan Dan Patriotism Ke Arah Kecemerlangan Sekolah

Lagu Sekolah sunting

TRANSFORMASI SERI KERAMAT (2020 HINGGA KINI) sunting

Transformasi Seri Keramat

Membimbing Warga Semat Terbilang

Setia, Berilmu Dan Beramal

Bertekad Berusaha Hingga Berjaya

Berdisiplin Dan Bekerjasama,

Jayakan Pendidikan Berkualiti

Insan Terdidik Negara Sejahtera


Transformasi Seri Keramat

Amalkan Nilai-Nilai Murni

Kreatif, Berinovasi, Berdedikasi, Beretika

Patuh Agama Iman Di Hati

Guru Dan Ibu Bapa Dihormati


Transformasi Seri Keramat

Kami Berjanji Berusaha

Martabat Ilmu Budaya Kita

Ibu Bapa Pasti Berbangga

Putera Puteri Semat Tercinta

Kebanggaan Nusa Dan Bangsa,

Agama Dan Negara


Semat Di Hati

Disini Bermula Kejayaan Kita


Lirik : Pn Hjh Noraini Hj Ibrahim / Pn Fatimah Kilat

Komposer: En Edrie Hashim / Pn Pat (Candy)

SEMAT LESTARI (2020 HINGGA KINI) sunting

Mentari Menyinsing

Menyinari Alam Buana

Burung Bernyanyi Riang

Meraih Keindahan Inderaloka


Alam Indah Menghijau

Gunung Gagah Menjunjung Awan

Cerianya Sang Sungai

Alurnya Membelah Bumi

Oooo…


Alam Ini Indah Terbentang

Hadiah Dari Allah

Buat Semua Manusia

Tanda Kasih Dan Cintanya


Kami Warga Semat

Dari Hati Terdalam

Berjanji Dan Bersumpah

Menjaga Dan Terus Mencinta

Anugerah Allah Yang Tak Ternilai


Lirik : Pn Hjh Noraini Hj Ibrahim / Pn Fatimah Kilat

Komposer: En Edrie Hashim / Pn Pat (Candy)

GEMILANG SERI KERAMAT (2002 HINGGA 2019) sunting

SMK Seri Keramat,

Membina Modal Insan,

Setia Berwawasan,

Dedikasi Dan Etika,

Kerjasama Hingga Berjaya.


Bertekat Pelajar Bestari,

Amalkan Nilai-Nilai Murni,

Jayakan Pendidikan Berkualiti,

Kreatif Berinovasi.

Termaktub Dalam Kamus Hati,

Kita Kan Berdiri,

Teguh Ilmu Di Hati,

Guru-Guru Tambah Dihormati.
Kami Berjanji Berusaha,

Berilmu Beramal Sentiasa,

Ibu Bapa Pasti Berbangga,

Putera Puteri Tanah Tercinta.

Harapan Bangsa Dan Negara,

Martabat Ilmu Budaya Kita,

Cemerlang Seri Keramat,

Gemilang Seri Keramat,

Gemilang Seri Keramat. (x3)

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat
Jalan Au4, Lembah Keramat
54200 Kuala Lumpur
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-4106 5002
Email = BEA7614@moe.edu.my

Pautan luar sunting