Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota atau nama ringkasnya SMK Seri Kota. Sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Sukan Negeri (SSN) pada tahun 2014.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota
Lokasi
Jln Air Leleh, 75050, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Sukan Negeri
MotoBerdisiplin, Berdedikasi, Berjaya
Autoriti pendidikanMelaka Tengah
Nombor sekolah6062825126
Kod sekolahMEB2145[1]
Pengerusi PIBGEn. Muhd Fizry bin Yusuf
PengetuaEn. Abdul Ghaffar bin Bakar
GPK Pentadbiran dan AkademikTn. Hj. Azali bin Baba
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Hjh Puspa binti Adam
Penolong Kanan KokurikulumBelum diisi
Faks6062823169
Laman sesawang
Beat The Time-Beyond Target-Build The Champion

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota memiliki 715 orang pelajar lelaki dan 508 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1223 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009

Pada 2017, SSN SMKSK memiliki 354 orang pelajar aliran perdana, 52 orang pelajar pendidikan khas dan 24 orang pelajar Tingkatan Enam, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 430 orang pelajar. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.[perlu rujukan]

Sejarah sunting

Pada tahun 1972, kawasan perkuburan Cina Bukit Kelian di kawasan Air Leleh dimajukan untuk mendirikan sebuah sekolah menengah rendah. Sekolah ini diperlukan untuk menampung bilangan pelajar menengah yang semakin meningkat di selatan bandar Melaka. Pada 3 Januari 1974, bermulalah Sekolah Menengah Rendah Air Leleh (SMAL) dengan pelajar peneroka seramai 396 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah baru ini mempunyai tenaga pengajar seramai 15 orang guru dan berjalan pada sidang pagi sahaja. 

Pengetua SMAL yang pertama ialah En. Visvanathan dan Guru Penolong Kanan pertama ialah En. Wee Hoe Cheng. Sebelum bangunan SMAL siap dibina, En. Visvanathan ditugaskan di pejabat Pendidikan Melaka untuk merancang dan membuat segala persediaan kurikulum dan fizikal SMAL. En. Wee berkhidmat di SMAL hingga 1979. Pada tahun 1980, beliau mula berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Baruh, Jasin sebagai Guru Penolong Kanan. Menurut beliau, pada mulanya SMAL tiada padang dan pelajar-pelajar terpaksa menggunakan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Yok Bin. 

Setahun selepas SMAL dimulakan iaitu pada tahun 1975, jumlah pelajar telah meningkat kepada 747 orang pelajar dan mempunyai 19 buah kelas (3 kelas Peralihan, 9 kelas Tingkatan Satu dan 7 kelas Tingkatan Dua). Bilangan guru juga bertambah daripada 15 orang kepada 25 orang. Disebabkan masalah kekurangan bilik darjah, sekolah ini menjalankan 2 sidang pembelajaran yang mana Tingkatan Satu menjalankan pembelajaran pada sebelah petang. 

Pada tahun 1976 buat kali pertamanya, 172 daripada 396 orang pelajar telah mengambil peperiksaan L.C. E. 72.3% daripada pelajar ini telah lulus dan mendapat Pangkat ‘A’. Kesemua mereka dihantar ke Sekolah Tinggi Melaka, Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan Sekolah Menengah C.H.I.J. untuk mendapatkan pendidikan menengah atas kerana SMAL belum membuka kelas Tingkatan 4 & 5. 

Pada tahun 1980, SMAL telah dinaikkan taraf sebagai Sekolah Menengah Penuh apabila dua buah kelas Tingkatan 4 yang terdiri daripada sebuah kelas Perdagangan dan sebuah kelas Sastera dibuka. Pelajar-pelajar ini merupakan kelompok pertama mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1981. 

Pertukaran nama SMAL kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota mendapat restu kerajaan negeri Melaka pada tahun 1982. Oleh itu mulai 9 Februari 1982, nama Sekolah Menengah Air Leleh telah ditukarkan dengan rasmi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota. Seterusnya pada tahun 1996, tiga buah kelas 4 aliran Sains dengan 85 orang pelajar telah dibuka. Satu lagi peristiwa penting telah berlaku dalam sejarah SMKSK pada tahun 1988 apabila dua buah kelas Tingkatan 6 Sastera dibuka. Seramai 69 orang pelajar menjadi perintis dan dengan ini, taraf SMKSK dinaikkan ke peringkat gred A. Pada tahun 1997 pula, kelas pendidikan Khas pula telah ditubuhkan di sekolah ini. 

Sekolah ini tersenarai sebagai salah sebuah Sekolah Sukan Negeri di Malaysia oleh KPM bermula 2 Januari 2002. Dari segi lokasi untuk tujuan pembangunan sukan, sekolah ini terletak dalam zon yang sangat strategik kerana berhampiran dengan pelbagai kemudahan di sekitarnya. Antaranya Stadium Tun Fatimah, Stadium Hoki MBMB, Padang Ragbi MBMB, Gimnasium Gimnastik Melaka, Gimnasium Angkat Berat Melaka, Dewan Bola Keranjang MBMB dan Dewan Badminton MSN. 

Bermula pada tahun 2006, SMK Seri Kota telah ditawarkan sebagai sekolah sukan negeri dan seterusnya pada 15 Ogos 2008 melalui surat yang bernombor rujukan KP.BSSK.301-03/05/100(25), SMK Seri Kota secara rasmi telah diiktiraf oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sekolah sukan negeri (SSN) Melaka.  

Kakitangan sunting

Senarai Pengetua sunting

Tahun Pengetua
1974-1979 En. C. Visvanathan, A.M.N., PJK
1980 - 1981 En. Alias Bin Abd. Ghani, P.J.K
1982 - 1985 Tuan Hj Ismail Bin Bachik
1986 Tuan Hj Abdul Rashid Bin Hj Yaakop
1987 - 1988 Tuan Hj Othman Bin Hj Rejap
1989 - 1991 Encik Seow Kim Swee
1992 - 1994 En. Chong Teng Wan
1995 En. Yee Jin Gee
1996 - 2001 En. Song Kuan Kong
2002 - 2007 En. Tai Pon Hoy
2007 - 2008 En. Ramli Bin Othman
2008 - 2012 En. Othman Bin Sagap
2012 - 2014 Tn. Hj. Daud Bin Abdull
2014 – Feb 2015 En. Madzlan Bin Mahat
Feb 2015 - Mac 2021 En. Md. Isa Bin Jani
April 2021- Dis 2021 En. Baharim Bin Md. Yasin
Jan 2022 - Hingga kini En. Abdul Ghaffar bin Bakar

Visi dan misi sunting

Visi sunting

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi sunting

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Lagu sekolah sunting

Seri Kota Sekolah Kami

Para Pelajarnya Bersatu Hati

Tuntut Ilmu Untuk Berdikari

Rajin dan Usaha Bersemangat Tinggi

Berdisiplin, Berdedikasi

Cogan Kata Untuk Berjaya

Kami Ikrar, Kami Janji

Mencapai Cita Untuk Berjasa

Seri Kota Kemegahan Kami

Tegak Harum Untuk Berbakti

Pada Nusa Dan Ibu Pertiwi

Semoga Jasanya Kekal Abadi

Lagu: Kamaruddin A Samah

Lirik: Hj Rashid Hj Yaakop

Senarai Yang Di-Pertua PIBG sunting

Yang Di-Pertua PIBG SSN SMK Seri Kota
Tahun Nama YDP
1994 - 1995 En. Mohd Darin B. Endin
1996 - 1999 Tn. Hj.Mohd Shariff B. Hashim
2000 - 2005 En.  Abdol Rahman B.Endot
2006 - 2007 En. Tompang B.Sabtu
2008 - 2009 En. Tang Kok On
2010 - 2012 Dato’kanda Hj.Lot B. Ibrahim
2013 - Sekarang En.Muhd Fizry B. Yusuf

Panorama sekolah sunting

Galeri Warisan sunting

Enrolmen sekolah sunting

Sambutan Bulan Kemerdekaan sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota
Jln Air Leleh
75050, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062825126
Faks = 6062823169

Rujukan sunting

Pautan luar sunting