Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur
[1]

Lencana SMK Seri Pantai

Telefon 03-22423562
Faksimili 03-22422085
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Slogan Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Alamat Kampung Kerinci, Kuala Lumpur,  Malaysia
Kod Sekolah WEB0229
Pengetua Tiada
Penolong Kanan Akademik HASNI BINTI HASSAN
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid RUSNANI BINTI SIRANG
Penolong Kanan Kokurikulum NORHAYATI BINTI JAAFAR
Tahun dirasmikan 1967

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur.

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967 dengan nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kampung Kerinci. Pada tahun 1973, sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Sri Pantai. Nama ini telah diberikan oleh En. Mokhtar b. Zakaria ( Guru Besar 1967) dengan persetujuan guru-guru pada masa itu. Ianya merupakan sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Guru Besar yang pertama ialah En. Michael Peter.[1]

Nama Sri Pantai diambil sempena lokasi sekolah ini yang terletak di sekitar kawasan Lembah Pantai, Pantai Dalam dan Pantai Baru. Kedudukan sekolah ini ialah berhampiran Lebuhraya Persekutuan iaitu lencongan ke atas menuju ke Kampung Kerinci. Sejak penubuhannya lagi ia telah pun dikelilingi oleh petempatan setinggan. Keadaan ini masih berterusan, walau bagaimana pun jumlahnya semakin berkurangan. Ini disebabkan oleh bertambahnya rumah-rumah pangsa yang didirikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ).

Pada awalnya sekolah ini hanya sebuah sekolah kecil yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai kaum di sekitar Kampung Kerinci. Pada masa itu kemudahan amat terhad, termasuk ketiadaan bilik guru. Jalan masuk ke sekolah juga belum dibina. Justeru itu guru-guru terpaksa memanjat bukit untuk sampai ke sekolah. Kereta-kereta mereka pula hanya boleh di letakkan di tepi lebuh raya.

Selepas empat tahun penubuhannya, sekolah ini telah berjaya menerbitkan majalahnya berjudul ‘Suria’. Pada tahun 1972, dengan pertambahan pelajarnya, ia telah memulakan sesi petang. Golongan pertama pelajar yang mengambil peperiksaan MCE ialah pada tahun 1972.

Lencana sekolah digunakan pada tahun 1967, tetapi diubah rekabentuknya pada tahun 1980 kerana adanya lambang kepala lembu yang dianggap kurang sesuai.

Judul lagu sekolah ialah ‘Usaha Untuk Kejayaan’. Lagu ini merupakan ilham daripada En. Mohd. Adnan b. Ismail dan lirik oleh En. Ibrahim Hj. Ahmad ( Penolong Kanan HEM ) dan gubahan piano disusun oleh Pn. Tang Tin Seng ( guru sekolah ini ). Lagu ini mula dinyanyikan oleh para pelajar pada tahun 1989. Pada tahun 2002, lagu ini telah digubah semula rentak dan liriknya oleh En. Johan b. Abdul Majid ( guru sekolah ini ).

Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai tiga blok bangunan yang menempatkan 16 buah bilik darjah. Pada tahun 1982, terdapat pertambahan dua blok bangunan yang menempatkan perpustakaan, makmal sains dan bengkel. Pada tahun 1984, bilik sumber, klinik gigi, kedai buku dan bilik serbaguna ditempatkan di blok B. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai mempunyai enam blok dan kesemua bilik ini digunakan untuk tujuan pembelajaran atau pun sebagai bilik-bilik khas.

Kelas Tingkatan Enam telah dimulakan pada tahun 1989 dan pada 9 Mac 1982, sekolah ini telah menjalankan waktu persekolahan pada sesi pagi sahaja. Pada bulan Jun 1997 hingga Dis 1997, sekolah ini telah dijadikan sekolah percubaan satu sesi dengan masa dipanjangkan iaitu dari 7.45 pagi hingga 3.45 petang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun ia telah kembali semula mengikut jadual persekolahan yang asal iaitu sesi pagi sahaja, bermula dari pukul 7.40 pagi dan tamat pada pukul 1.55 petang.

Selain daripada kelas-kelas terdapat juga bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik SAL, Bilik AVA, Bilik Peperiksaan, Bilik Sejarah, Bilik MARA, Bilik ERT, Bilik Jahitan, Bilik Gerakan, Bilik Rekod, Bilik Perabot, Bilik Guru Kanan, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Makmal Komputer, BOSS dan lain-lain lagi.

LENCANA SEKOLAH, KETERANGAN DAN TAFSIRAN

i Moto  : “Usaha untuk kejayaan” adalah kata-kata yang menjadi pegangan hidup setiap pelajar di SMKSP. Moto ini mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha untuk kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum.

ii Buku  : Semangat untuk berusaha bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang melalui ilmu dan ketekunan.

iii Roda  : Kemajuan sains dan teknologi yang menuju kearah kecemerlangan.

iv 3 Bulatan Bercantum  : Perpaduan bangsa yang terdapat di Malaysia.

v Bunga Raya  : Hasrat untuk mendukung cita-cita murni Negara.

vi Warna Merah  : Kegigihan, keberanian dan keharmonian di SMKSP.

vii Warna Kuning  : Hasrat untuk mendaulatkan undang-undang dan peraturan di SMKSP.

viii Warna Putih  : Kesucian dan keikhlasan warga Sri Pantai.

MISI

i Meningkatkan pencapaian akademik mengikut potensi individu dalam peperiksaan (PMR, SPM dan STPM) pada setiap tahun dengan menyediakan kemudahan P&P yang berkesan.

ii Membentuk kekuatan jati diri warga sekolah yang cemerlang untuk menghadapi cabaran giobalisasi.

iii Meningkatkan pencapaian kokurikulum yang terbilang dengan mengembangkan potensi pelajar secara optimum.

iv Meningkatkan sistem pengurusan sekolah dengan mengamalkan permuafakatan & kepimpinan instruksional.

v Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif (keceriaan, kebersihan, keselamatan, fizikal sekolah) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

FALSAFAH SEKOLAH

Setiap pelajar mempunyai potensi untuk berkembang maju secara positif. Dengan itu peluang yang luas mestilah disediakan agar setiap pelajar dapat meneroka dan memperkembangkan diri mereka menjadi pelajar yang berketerampilan, berdisiplin, berakhlak mulia serta bertanggungjawab dalam mencapai hasrat perjuangan agama, bangsa dan negara.

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan individu pelajar yang DINAMIK iaitu:

D - Disiplin diri yang tinggi

I - Intelek dalam segala tindak tanduk

N - Nekad, berani dan tabah menghadapi cabaran

A - Aktif dalam pelbagai bidang

M - Menghormati guru, ibu bapa dan kepimpinan yang adil

I - Insan yang beriman dan bertakwa

K - Kerjasama memburu kejayaan

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan :

Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.

Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.

Tabah memikul tanggungjawab mendidik pelajar agar berketrampilan, berdaya saing serta beriman dan beramal soleh.

Memberikan perkhidmatan mesra dan cekap serta bekerjasama kea rah kecemerlangan pendidikan.

Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat penyayang, harmonis dan patriotik.

LAGU SEKOLAH

USAHA UNTUK KEJAYAAN

Inilah ikrar kami

Putera puteri Seri Pantai

Yakin kami mengorak langkah

Membela nusa bangsa

Dinamik jati diri

Nilai murni peribadi

Cekal tempuh cabaran berliku

Tekun Menimba ilmu

Kecemerlangan jadi wawasan

Unggul dalam segala bidang

Disiplin diri diutamakan

Usaha untuk kejayaan

PAUTAN LAGU SMKSP

[2]

Gubahan asal

Encik Mohd. Adnan Bin Ismail

Encik Ibrahim Bin Haji Hamid

Gubahan semula

Encik Johan Bin Majid

Alamat Sekolah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai
Kampung Kerinchi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
59200
Malaysia
E-mel  : web0229@moe.edu.my
Telefon : 03-22423562
Faks  : 03-22422085
W E B  : [3]
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkseripantai
Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai Kuala Lumpur

Notable Alumni sunting

1. Encik Ahmad Atam - Professional Y15 Drag Racer

Pautan luar sunting

  1. ^ * Direktori Profil Sekolah 2003