Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang atau nama ringkasnya SMK Seri Sepang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jln BBST, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Salak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang
Lokasi
Jln BBST, B B Salak Tinggi,, Sepang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1984
Nombor sekolah03-87061077
Kod sekolahBEA9602
PengetuaPn. Hapizoh binti Talib
Faks03-87064643

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang memiliki 749 pelajar lelaki dan 734 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1483 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang (SMKSS) telah mula dibina pada tahun 1982 dan siap pembinaannya pada tahun 1984. Setelah siap pembinaannya, sekolah ini telah dinamakan Sekolah Menengah Salak kerana kedudukannya berhampiran dengan Kampung Salak.

Pertukaran nama asal kepada Sekolah Menengah Seri Sepang dibuat atas permintaan PIBG khususnya Tuan Pengerusi PIBG, Allahyarham Tn. Hj. Rosli bin Taseh. Perkara ini telah mendapat persetujuan daripada pengetua yang pertama iaitu Tn. Hj. Sabar bin Jakarta pada tahun 1987.

Sebaik sahaja sekolah ini telah siap dibina pada tahun 1984, seramai 7 orang guru telah ditugaskan di sekolah ini. Mereka terdiri daripada Tn. Hj.Sabar bin Jakarta, Pn. Juriah binti (GPK dan Guru Agama), Pn. Ungku Normah binti Ungku Long, Pn. Fatimah binti Hashim, En. Shaari bin Yahya, En. Dali bin Ithnin dan En. Abu Bakar bin Duga.

Pada 1 Jun 1984, seramai 127 orang murid telah mendaftar untuk memulakan sesi pertama persekolahan di sekolah ini. Pada peringkat awalnya, SMKSS terdiri daripada 3 buah blok bangunan induk di samping sebuah bengkel seni perusahaan dan sebuah kantin. Kini dengan pertambahan murid yang begitu mendadak, dua buah blok bangunan segera telah dibina yang boleh menempatkan 6 buah kelas dalam satu masa.

Sehingga tahun 2013, Pengetua SMKSS terdiri daripada:

  • Tn. Hj. Sabar bin Jakarta
  • Tn. Hj. Bin Jentera
  • Pn. Teh Habibah binti Ahmad
  • Tn. Hj. Ramlan bin Hamzah
  • En. Ahmad Badri bin Mardi
  • Tn. Hj. Aslar bin Muhd Yahya
  • Datin Hjh. Aminah binti Md. Dali, A.M.N, PJK
  • Datin Paduka Hjh. Faridah binti Che Hussin
  • Pn. Zaini binti Mohd Shah

Pencapaian sunting

  1. Juara Pertandingan Multimedia 2014
    • REMAJA SIHAT TANPA STRESS[sic] & MINDA SIHAT
  2. Juara Berganda Kejohanan Bola Sepak MSSD 2017
    • Bawah 18 Tahun
    • Bawah 15 Tahun
  1. Tempat ke-3 Kejohanan Bola Jaring MSSD 2017
    • Bawah 18 tahun
    • Bawah 15 tahun
  2. Johan Pertandingan Aero Admal
    • Kategori Mereka bentuk Kapal Terbang daripada bahan terbuang
    • Pertandingan Kapal Terbang Kertas
  3. Kejohanan Hoki MSSD 2017
    • Tempat ke-4 kategori lelaki
    • Tempat ke-3 kategori perempuan
  4. Kejohanan Tenis MSSD 2017
    • Johan Beregu Lelaki bawah 18 tahun
    • Johan Beregu Lelaki bawah 15 tahun
    • Johan Individu Perempuan bawah 15 tahun
    • Naib Johan Individu Perempuan bawah 15 tahun
    • Johan Individu Lelaki bawah 18 tahun
    • Naib Johan Individu Lelaki bawah 18 tahun
    • Johan Individu Lelaki bawah 15 tahun
    • Tempat ke-3 Individu Lelaki bawah 15 tahun

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang
Jln BBST, B B Salak Tinggi
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-87061077
Faks = 03-87064643

Pautan luar sunting