Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 6/106, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik

Lencana SMK Seri Tasik

Alamat Jalan 6/106, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur,  Malaysia
Telefon 03-9172 6824
Faksimili 03-9171 4754
Klasifikasi Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Kod Sekolah WEA0245
Pengetua TUAN MOHD HAIZIR BIN MOHD SALLEH
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum EN. MOHAMAD ASRI BIN ALIAS
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar EN. SALBANI BIN SHAMSURI
Penolong Kanan Kokurikulum PN. FUZIAH BINTI MAT YAKOP
Penolong Kanan PPKI EN. AHMAD FIKRI BIN HJ DARUS
Guru-guru Kaunseling
  1. CIK RASHIDAH BINTI IBRAHIM,
  2. SITI ROHANA BINTI NORDIN
  3. FAUZI BIN MAJID
Sesi Persekolahan Sesi pagi sahaja
Tingkatan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Waktu persekolahan Menengah Rendah Isnin - Khamis: 7:20 a.m. hingga 1:30 p.m.

Jumaat: 7:20 a.m. hingga 12:30 p.m.

Waktu persekolahan Menengah Atas Isnin - Khamis: 7:20a.m. hingga 2:00 p.m.

Jumaat: 7:20 a.m. hingga 12:30 p.m.

Tahun dirasmikan (2001-09-29) 29 September 2001 (umur 22)

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik memiliki 603 pelajar lelaki dan 494 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1097 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik telah dibina di atas kawasan seluas 7.2 ekar yang merangkumi 4 blok bangunan 4 tingkat. Tapak asal kawasan sekolah ini merupakan bekas tapak lombong yang ditebus guna.

Projek meratakan tanah telah dimulakan pada Januari 2000. Kemudian diikuti dengan kerja-kerja pembinaan yang bermula pada akhir Januari 2001. Setelah hampir 1 tahun 9 bulan dilaksanakan,akhirnya bangunan sekolah siap dibina sepenuhnya pada 29 September 2001.

Setelah siap dibina, akhirnya projek pembinaan sekolah ini telah diserahkan semula pada Kementerian Pendidikan pada 12 November 2002. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 6 Januari 2003. Nama sekolah juga telah ditukar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dwi Tasik kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik.

Pencapaian sunting

Lagu Sekolah sunting

SMK Seri Tasik ternama

Kebanggaan semua

Melahir generasi cemerlang

Maju terus gemilang


Berilmu, berakhlak, berwawasan

Jadikanlah pedoman

Informatif, kreatif, inovatif

Ke mercu kejayaan


Berpandu Falsafah Pendidikan

Matlamat yang utama

Visi Misi sebagai cabaran

Tabah semangat waja


SMK Seri Tasik ternama

Kebanggaan semua

Mencapai hasrat cita mulia

Sekolahku tercinta

SMK Seri Tasik

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik
Jalan 6/106, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur
  Malaysia
Telefon = 391726824
Fax = 391714754

Pautan luar sunting