Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks

Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks atau nama ringkasnya SMK Serting Hilir Kompleks, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Serting Hilir 4.

Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks
Lokasi
Felda Serting Hilir 4, 72120, Bandar Seri Jempol,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Beramal, Berwawasan
Nombor sekolah6064684504
Kod sekolahNEA6009
Faks6064683165
Laman sesawang
Map


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks memiliki 555 pelajar lelaki dan 609 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1164 orang. Ia mempunyai seramai 88 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks merupakan sebuah sekolah gred A luar bandar yang terletak kira-kira 30 Km dari Pekan Bahau dan 100 Km dari Bandar Seremban.


Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks telah ditubuhkan pada 3 Disember 1995. Pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan pertama pelajarnya yang hanya berjumlah 165 orang menumpang di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks. Perlaksanaan perlajaran dan pembelajaran dijalankan pada sesi petang dan digerakkan oleh 16 orang guru serta dibantu oleh 3 orang staff sokongan. Antara sekolah yang berperanan sebagai 'feeder school' kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks ialah Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks, Sekolah Kebangsaan (Felda) Serting Hilir 2, Sekolah Kebangsaan Pulapah, Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo dan Sekolah Kebangsaan Tembangau. Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks berpindah ke bangunan baru pada 6 Januari 1997 dengan pelajar berdaftar seramai 326 orang murid dan 28 guru beserta 5 staff sokongan.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks
Felda Serting Hilir 4
72120, Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064684504
Fax = 6064683165

Pautan luar sunting