Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung

Sekolah Menengah Kebangsaan Shing Chung atau nama ringkasnya SMK Shing Chung, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Besar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Shing Chung
Lokasi
Jalan Besar, 31100, Sungai Siput (U),, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1912
Nombor sekolah6055981353
Kod sekolahAEB4076
Faks6055972924
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Shing Chung memiliki 999 pelajar lelaki dan 947 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1946 orang. Ia mempunyai seramai 128 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Shing Chung mula ditubuhkan dengan rasminya di No.55, Jalan Besar, Sg. Siput(U) pada Februari 1912 sebagai sebuah Sekolah Cina.Persendirian dengan murid seramai 50 orang.

Pada tahun berikutnya, sekolah ini telah dipindah ke sebuah rumah atap di Sungai Buloh yang terletak dipinggir pekan Sg.Siput(U) dengan muridnya seramai 100 orang yang ditempatkan di dalam 5 buah kelas.

Untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah, sekolah ini dipindah ke sebuah banglo di atas tapak seluas 5 ekar pada tahun 1920.  Pendidikan sehingga tahap menengah rendah ditawarkan dan bilangan murid pada masa itu melebihi 400 orang.  Pada tahun 1938, sebuah dewan dan satu blok bangunan yang mempunyai 12 buah bilik darjah telah dibina bagi menampung murid melebihi 700 orang. Kelas menengah atas dimulakan.

Selepas perang dunia kedua, bilangan murid meningkat melebihi 1000 orang.  Pada tahun 1957, Sekolah Shing Chung diasingkan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah berikutan pelaksanaan Laporan Razak. Sekolah Rendah Shing Chung menjadi sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan manakala Sekolah Menengah Shing Chung menjadai sekolah menengah bantuan separa kerajaan.

Pada tahun 1961, Sekolah Menengah Shing Chung mula melaksanakan kurikulum kebangsaan dan diberi status Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Conforming School).  Sekolah disusun semula dengan murid seramai 400 orang dan 16 orang guru.  Sekolah Menengah Shing Chung merupakan Sekolah Menengah Cina yang terawal di Perak menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

SMJK Shing Chung dipindahkan ke lokasi sekarang iaitu di Batu 17  Jalan Besar Ipoh – Kuala Kangsar pada Ogos 1967. Kelas Tingkatan 6 aliran sains berjaya dibuka pada tahun 2001.  Kini, SMJK Shing Chung yang beroperasi dalam satu sesi mempunyai murid hampir 1900 dan guru seramai 120 orang.

Pencapaian sunting

Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MisiSekolah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Falsafah Pendidikan Sekolah

       Mendidik tanpa diskriminasi

       Mendidik melalui teladan

       Pendidikan penyayang

       Ke arah kecemerlangan

Slogan Sekolah

Menyemarak Ke Arah Terbilang

 (Blazing Towards Distinction)

Moto Sekolah

       Mesra

       Kasih Sayang

       Gigih

       Jujur

Piagam Pelanggan

Kami warga Shing Chung dengan penuh iltizam dan dedikasi berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memenuhi hasrat berikut:

1.    Menyediakan pendidikan yang berkualiti dan berkesan.

2.    Menyediakan kemudahan yang lengkap dan sempurna.

3.    Mewujudkanpersekitaran yang bersih, ceria dan selamat.

4.    Memastikan kebajikan semua pelanggan dijaga dengan sebaik mungkin.

5.    Memberi layanan yang mesra dan saksama sepanjang masa.

6.    Memberi bantuan yang bersesuaian dan secukupnya setiap masa.

7.     Mempertimbangkan semua pandangan dan teguranyang membina.

8.    Mengambil tindakan segera ke atas semua aduan yang diterima.

Keistimewaan sekolah

SMJK Shing Chung merupakan sebuah institusi masyarakat.

Permuafakatan, kerjasama dan hubungan dua hala yang erat antara sekolah dengan masyarakat diwujudkan untuk menimbulkan keadaan di mana masyarakat memajukan sekolah dan sekolah memajukan masyarakat.

Program Peningkatan Akademik

1.   Penambahan waktu BM & BI: Memperbanyakkan pendedahan murid Ting.4 & 5 aliran sastera kepada BM & BI bagi meningkatkan penguasaan dua bahasa ini.

2.   Program ‘BABY’ (Baking A Better You): Memupuk minat membaca di kalangan murid Ting. Satu & Dua.

3.   Pemantauan & penyeliaanpelaksanaan kurikulum secara berterusan: Memastikan pencapaian hasil pembelajaran.

4.   Program Motivasi Bersiri: Mengekalkan motivasi murid pada tahap yang tinggi sepanjang tahun.

Program Peningkatan Kokurikulum

1.   Taklimat Kepentingan Kokurikulum: Mengubah sikap dan persepsi ibu bapa & murid terhadap kegiatan kokurikulum.

2.   Hari Promosi & Pendaftaran Kokuriklum: Membantu murid memilih kegiatan kokurikulum yang diminati dan memastikan penglibatan 100% murid.

3.   Penyeliaan Pelaksanaan Kokurikulum Secara Berkesan: Memastikan setiap kegiatan kokurikulum mencapai matlamat yang ditetapkan.

4.   Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum: Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pencapaian cemerlang dan memotivasikan murid-murid untuk lebih berusaha lagi.

Program Peningkatan Imej Sekolah

1.     Perkembangan Staf

2.     Pelaksanaan Projek Komuniti

3.     Pembangunan Sahsiah Murid

4.    Program Imej Kendiri

5.     Penyertaan program/pertandingan anjuran Agensi Kerajaan/Bukan Kerajaan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

'

Pencapaian Akademik

SMJK Shing Chung telah dianugerahkan Sekolah Terbaik Negeri Perak & Kebangsaan dengan GPS Tertinggi - Luar Bandar dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM Tahun 2014. Anugerah telah diterima oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Lee Bee Ling dalam satu majlis khas di Pejabat Pendidikan Negeri Perak. Sekolah ini juga berjaya dianugerahkan sebagai Sekolah Lonjakan Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) Tahun 2014 di peringkat kebangsaan. Tuan Pengetua, Encik Lau Eng Keong telah menerima anugerah tersebut dalam satu majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM dan Anugerah Pelajar Terbaik STPM dan MUET Tahun 2014 pada 2 Mac 2015 yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Bin Dalimin, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Shing Chung sunting

Jalan Besar
31100, Sungai Siput (U)
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055981353
Fax = 6055972924
E-Mail: AEB4076@1bestarinet.yes.my

URL: http://smksc.pkgssu.com

Kod Sekolah: AEB 4076

Pautan luar sunting