Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata atau nama ringkasnya SMK Sri Permata, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ss3/98. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seaport.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata
Lokasi
Jalan Ss3/98, Petaling Jaya, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan (1979-01-01) 1 Januari 1979 (umur 45)
Nombor sekolah378750623
Kod sekolahBEA8602
Faks378777027


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata memiliki 808 orang pelajar lelaki dan 627 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1435 orang. Ia mempunyai seramai 85 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979. Begitupun, pembelajaran di sekolah ini tidaklah bermula sehingga Januari 1980. Sebelum disiapkan sepenuhnya bangunan sekolah, pelajar-pelajar sekolah ini telah ditempatkan buat sementara waktu di beberapa buah sekolah di sekitar Petaling Jaya, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA, Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad.

Nama asal SMK Sri Permata, SMK Seaport, diberi nama sempena nama ladang getah iaitu Ladang Seaport yang merupakan tapak asal sekolah ini. Pada 23 Jun 2000, nama sekolah ini telah ditukar kepada SMK Sri Permata.

Pengetua sunting

  1. Y.M Raja Alias Bin Raja Abdullah (Januari 1979 – Mac 1979)
  2. En Abdullah Bin Munam (April 1979 – Januari 1982)
  3. En. Wan Hassan Bin Wan Majid (Julai 1982 – Disember 1983)
  4. En Abu Bakar Bin Ahmad (Januari 1984 – Mei 1990)
  5. En Zakaria Bin Zab (Jun 1990 – Ogos 1992)
  6. Datin Siti Zaharah Binti Hj Mohd Zin (Disember 1993 – Jun 1994)
  7. En Jamaldin Bin Otok (Jun 1994 – November 1996)
  8. Pn Hajah Nik Mastura Binti Nik Umar (November 1996 – Ogos 1997)
  9. Pn Azizah Binti Hamzah (September 1997 – September 2001)
  10. Pn Hajah Hasmah Bte Megat Shariff PPN (Disember 2001 – April 2004)
  11. Pn Ramlah bt Astar (Julai 2005 – Januari 2007)
  12. En Ong Hock Thye (Mac 2007 – 2012)
  13. Pn Sakiah binti Saad (Julai 2012 – Jan 2014)
  14. Pn Hjh. Jamilah binti Yusop (Jan 2014 – Julai 2017)
  15. Pn Saraswathy a/p Narayanasamy (Sept 2017 - Sekarang)

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata
Jalan SS3/98
Selangor,   Malaysia
Telefon = 03-78750623
Faks = 03-78777027

Pautan luar sunting