Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau teletak di Jalan Rentaka, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 1 Januari 1984. Sekolah ini telah diterajui oleh beberapa orang pengetua. Pengetua terkini ialah Cik Hajjah Ruzana Binti Sa'at yang telah mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2021.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau
Lokasi
JALAN RENTAKA, TMN SRI TEBRAU,, 80050 JOHOR BAHRU, Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah607-333 3485
Kod sekolahJEA1004
Pengerusi PIBGEncik Louis Chen Yee Loong
PengetuaCik Hajjah Ruzana Binti Sa'at
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Azizah Binti Ahmad Tarmizi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Chong Phit Suan
Penolong Kanan KokurikulumPuan Shalini A/P Balakrishnan
Faks607-333 8485

Sekolah ini mempunyai keluasan 8 ekar dan pada tahun 1984 hanya mempunyai tiga buah blok yang mengandungi 10 bilik, 2 bilik ERT, 3 makmal sains, sebuah blok seni perusahaan, kantin dan padang untuk trek 200 meter yang boleh memuatkan sebuah padang bola sepak. SMK Sri Tebrau beroperasi secara dua sesi iaitu sesi pagi (murid Tingkatan 3 - Tingkatan 5) dan sesi petang (murid Peralihan - Tingkatan 2).

Sejarah sunting

Pada peringkat awal, SMK Sri Tebrau mempunyai 5 blok bangunan. Blok pertama menempatkan Bengkel Kemahiran Hidup. Blok kedua (A), ketiga (B) dan keempat (C) menempatkan 10 bilik Darjah, 2 bilik SRT dan 3 Makmal Sains. Blok kelima ialah kantin. Bilangan pelajar pada peringkat awal penubuhan SMK Sri Tebrau ialah 453 orang. Bilangan guru pada peringkat awal penubuhan pula ialah 17 orang.

Manakala bilangan kakitangan ialah 9 orang. Pelajar yang bersekolah di SMK Sri Tebrau rata-ratanya dari Taman Sri Tebrau, Taman Century, Taman Pelangi, Taman Sentosa, Taman Johor Jaya, Taman Melodies, Taman Permas Jaya, Taman Daya, Kebuh Teh, Kampung Bakar Batu. Plentong, Kampung Majidee dan Kampung Pandan. Dari tahun ke tahun, prasarana SMK Sri Tebrau semakin bertambah. Pada 1986, Astaka telah dibina. Seterusnya, diikuti pembinaan 1 blok (dikenali Blok D) yang menempatkan 3 bilik makmal sains tulen. Pada 1988, sebuah gelanggang serbaguna telah dibina.

Pada 1990, satu blok (dikenali Blok E) telah dibina. Blok ini menempatkan 8 bilik darjah. Rotary Club, di bawah kelolaan Kelab Interact telah membiayai pembinaan sebuah tampat menunggu bas di Jalan Cokmar pada 1992. Pada tahun ini juga Dewan Terbuka telah dibina hasil sumbangan kewangari oleh PIBG dan sumbangan tenaga daripada anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 15, Kem Majidee. Antara kemudahan lain yang turut dibina pada tahun ini ialah pancuran air Taman Sains hasil sumbangan PIBG dengan bantuan tenaga pekerja dan pelajar SMKST. Sebuah bilik persalinan. pakaian pendidikan jasmani untuk pelajar lelaki dan perempuan serta guru turut dibina pada tahun ini.

Pada 1994, satu blok (dikenali Blok F) yang menempatkan 3 bilik darjah telah dibina. Pembinaan blok ini hasil sumbangan PIBG dan sumbangan tenaga daripada Anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 15, Kem Majidee. Hasil pungutan Jogathon, sumbangan PIBG dan sumbangan VIP YB Haji Mohammed Khaled b. Nordin serta sumbangan Rotary Club Tebrau, Dewan Serbaguna telah dibina pada 1995.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tebrau
JALAN RENTAKA,
TMN SRI TEBRAU,
80050 JOHOR BAHRU
Malaysia

Rujukan sunting

https://m.facebook.com/SMSTJB/

Pautan luar sunting

Senarai Sekolah Daerah Johor Bahru

  • IG SMK SRI TEBRAU [1]