Sekolah Menengah Kebangsaan St. Dominic

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Dominic[1] atau nama ringkasnya SMK St Dominic, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 60441.

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Dominic
Lokasi
Peti Surat 60441, 91114, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089881525
Kod sekolahXFE3127
Faks6089884090


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Dominic memiliki 529 pelajar lelaki dan 540 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1069 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan St. Dominic, Lahad Datu bermula dengan penubuhan sekolah rendah yang dibina sebagai cawangan kepada sekolah Holy Trinity, Tawau pada tahun 1952. Ia didaftar pada 19 Jun 1952 dan dikenali sebagai St. Dominic’s School dalam aliran Bahasa Inggeris. Pengurusan sekolah ini kemudiannya dipisahkan dari sekolah Holy Trinity School, Tawau.

Paderi yang mengasas penubuhan sekolah ini adalah Rev. Father Dominic Bekema. Beliau merupakan seorang paderi berbangsa Belanda yang berkhidmat sebagai mubaligh kontrak dalam pentadbiran kolonial Inggeris yang didatangkan ke daerah Lahad Datu untuk meninjau permintaan masyarakat setempat kepada sekolah beraliran Bahasa Inggeris. Dengan bantuan beberapa orang tempatan iaitu Encik C.S. Rajayah, Encik Michael Yong @ Zulkarnain Abdullah dan Encik Chong Yui Choi, Rev. Father Dominic Bekema berjaya mengasaskan penubuhan sebuah sekolah rendah aliran Bahasa Inggeris. Sebagai pengasas, maka sekolah ini dinamakan sempena nama beliau.

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Dominic berada dalam kawasan yang sama dengan sekolah rendah seluas 2.83 ekar. Jarak sekolah ini dari Pekan Lahad Datu ialah 1.6 kilometer, terletak di Jalan Segama. Blok A yang mempunyai dua bilik darjah dan sebuah bilik tempat tinggal merupakan bangunan pertama.

St. Dominic’s School memulakan sesi persekolahan pertamanya pada awal tahun 1953. Rev. Father Dominic Bekema bertugas sebagai penyelia, manakala Encik C.S Rajayah merupakan penasihat sekolah. Pada mulanya, pentadbiran sekolah dijalankan oleh Encik Michael Yong dan pembantunya ialah Encik Chong Yui Choi. Mereka adalah guru-guru pertama sekolah ini. Pada awal tahun 1954, jawatan Guru Besar disandang oleh Encik Chong Yui Choi sehingga tahun 1955. Ketika itu bilangan guru telah menjadi tiga orang.

Pada peringkat permulaan hanya terdapat dua bilik darjah di sekolah ini, iaitu Darjah Satu dan Darjah Dua dengan bilangan pelajar seramai 20 orang. Bilangan ini meningkat kepada 70 orang dalam tahun 1956. Dengan bilangan kelas yang terhad, sistem kelas bergabung dilaksanakan, iaitu untuk Darjah Satu, Dua, Tiga dan Empat.

Pada 30 Disember 1955, Rev. Father John Clementi seorang paderi mubaligh yang berbangsa Itali telah sampai di Lahad Datu dari St. Mary’s School, Sandakan. Beliau mendapat gelaran daripada masyarakat tempatan sebagai ‘Penyelamat’ dan ‘Pengembang’ St. Dominic’s School. Sebenarnya paderi ini didatangkan untuk menyelamatkan St. Dominic’s School dari ditutup atas sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan. Dengan usaha beliau, sekolah diperbesarkan dan bilangan pelajar bertambah. Beliau telah meneruskan pentadbiran sekolah bermula dari awal tahun 1956 hingga 1971 apabila dilakukan pemisahan sekolah ini kepada sekolah rendah dan menengah. Rev. Father John Clementi juga mempunyai tugas lain iaitu sebagai Rektor untuk menyelia sistem pengajaran di sekolah.

Pada akhir tahun 1956, Rev. Father John Clementi dan Rev. Father Tobias Chi telah mendirikan Blok B. sebuah bangunan dua tingkat. Dengan pembinaan bangunan ini, bilangan bilik darjah St. Dominic’s School bertambah. Tingkat bawah digunakan untuk bilik darjah manakala tingkat atas untuk gereja dan rumah paderi. Bilangan bilik darjah pada keseluruhannya menjadi enam buah. Sehingga akhir tahun 1950an, pelajar-pelajar yang lulus Darjah Enam sekolah ini terpaksa menyambung persekolahan mereka di daerah-daerah lain, khususnya Tawau dan Sandakan. Bilangan yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah adalah terhad dan terdiri dari mereka yang berkemampuan sahaja.

Rev. Father John Clementi telah memulakan kelas peralihan 1 (Bridge Class 1) dalam tahun 1962 dengan bilangan pelajar seramai 45 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah Melayu dan Cina di sekitar daerah Lahad Datu. Sebuah kelas Tingkatan satu (Secondary One) kemudiannya diwujudkan dalam tahun 1963 dengan jumlah pelajar seramai 16 orang.

Pada tahun pertama pembukaan Tingkatan Satu (Secondary One) di St. Dominic’s Secondary School, sekolah menengah telah menumpang bangunan sekolah rendah. Kedua-dua sekolah rendah dan menengah telah diletakkan di bawah satu pentadbiran dengan Rev. Father John Clementi bertindak sebagai guru besar dan pengetua dari tarikh pemisahan sekolah rendah dan menengah iaitu tahun 1971 sehingga tahun 1977. Encik Joseph Chelaya telah memegang jawatan penolong kanan sekolah rendah dari awal tahun 1963 hingga 30 Jun 1971. Perkhidmatan Rev. Father John Clementi ditamatkan oleh Kerajaan Malaysia pada 16 April 1977 ketika usia beliau menjangkau 60 tahun.

Pada tahun 1962, Rev. Father Clementi telah mengusahakan pembinaan sebuah bangunan satu tingkat. Bangunan baru ini mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah tandas dan sebuah stor. Bilik-bilik darjah ini digunakan untuk kelas Peralihan I dan II. Pada tahun 1977, iaitu tahun akhir Rev. Father Clementi bertugas di sekolah ini lebih banyak bangunan baru dibina selaras dengan pertambahan bilangan pelajar. Secara keseluruhan, sebanyak tujuh bangunan sekolah telah dibina atas inisiatif beliau dan bantuan daripada pihak kerajaan. Bilangan bilik darjah telah bertambah sebanyak 16 buah dan 2 buah makmal Sains.

Cik Amelia A. Capili yang menjalankan tugas sebagai Pengetua dari 1983 -1988 juga banyak menyumbang kepada pertambahan kemudahan infrastruktur sekolah . Antaranya membina sebuah gelanggang bola keranjang dan dua buah gelanggang bulu tangkis, membesarkan bilik-bilik darjah, perpustakaan, bilik guru, kantin sekolah dan tandas pelajar serta memasang pagar di sekeliling kawasan sekolah menengah.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Dominic
Peti Surat 60441
91114, Lahad Datu
Sabah,   Malaysia
Telefon = 6089881525
Fax = 6089884090

Rujukan sunting

Pautan luar sunting