St. John's Institution
Adalah disarankan bahawa rencana ini mesti digabungkan ke dalam Institusi St. John. (Perbincangan) Diusulkan dari Jun 2017. |
St. John's Institution | |
---|---|
Lencana St. John's Instution (M) | |
Alamat | ![]() |
Telefon | 320782846 |
Faksimili | 320311443 |
Pengelasan | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Kluster |
Pejabat Pendidikan Wilayah | Keramat |
Moto | Fide Et Labore |
Slogan | - |
Kod Sekolah | WEB0223 |
Pengetua | En. Ravi Chandran a/l Krishnan |
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum | Pn. Dzaizatul Shikin binti Madrahim |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Musannef bin Yatim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Faridah Bee binti MM Abdul Rahman |
Penolong Kanan Tingkatan 6 | Pn. Selvambigai A/P Arumugam |
Tahun ditubuhkan | 1904 |
Sekolah Menengah Kebangsaan St. John (M) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. John (M) memiliki 1096 pelajar lelaki dan 68 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1164 orang. Ia mempunyai seramai 100 orang guru.2009
St. John's Institution (bahasa Inggeris: St. John's Institution ) ialah sebuah sekolah menengah perdana untuk pelajar lelaki (tingkatan enam adalah campur) dan salah sebuah sekolah yang tertua di Kuala Lumpur, Malaysia. Sekolah ini dikenali meluas sebagai SJI dan para pelajarnya dikenali sebagai Johannians.
SJI terkenal dengan pencapaian di dalam bidang akademik, sukan dan aktiviti-aktiviti lain bagi peringkat sekolah menengah di Malaysia. Ia dianggap sebagai salah satu sekolah bukan asrama terbaik di Malaysia. Nama sekolah ini diambil sempena nama St. John the Evangelist. Jean-Baptiste de la Salle adalah pengasas De La Salle Christian Brothers Order yang juga dikenali sebagai Patrons Saint of Teachers.
SJI dahulunya mengandungi dua buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang diuruskan bersama sehinggalah kemasukan para pelajar yang naik secara mendadak, menyebabkan pentadbiran sekolah rendah dan sekolah menengah dipisahkan pada tahun 1960. Sekolah rendahnya sehingga kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan St. John (1) dan Sekolah Kebangsaan St. John (2) manakala sekolah menengah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan St. John.
Pengurusan sekolah menengah masih lagi lebih dipegang secara autonomi oleh The La Sallian Brothers dan The Board of Governors berbanding dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun tapak sekolah dimiliki oleh Gereja Roman Katolik (termasuk St. John's Cathedral, Kuala Lumpur yang bersebelahan dengan sekolah menengah), kebanyakan dana bantuan sekolah adalah dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.
SJI telah dinamakan sebagai salah sebuah 'Sekolah Kluster Kecermelangan' yang cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, dimana ia diberikan autonomi dalam pentadbiran dan dana yang mencukupi untuk lebih maju dalam bidang berkaitan (akademik, sukan dan aktiviti kurikulum) yang dipilih. Sekolah ini lebih maju kepada bidang Matematik dan Pancaragam (SJI Naval Cadet Band)
Tapak dan seni binaSunting
SJI terletak di Bukit Nanas; pusat bandaraya Kuala Lumpur dan dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan sejajar dengan Hutan Simpan Bukit Nanas. Sekolah rendahnya pula berkongsi tempat/bukit iaitu di seberang jalan berhadapan dengan bangunan sekolah menengah. Juga berkongsi bukit di situ ialah sekolah pelajar perempuan; Convent Bukit Nanas (sebuah sekolah Infant Jesus Sister's), bangunan AIA, kemudahan Catholic Archdiocese of Kuala Lumpur, Tadika Fatima dan juga St. John's Catholic Cathedral. Tadika dan Pusat Khidmat Komuniti berkongsi kemudahan dan bangunan dan juga memegang status bangunan tertua di Kuala Lumpur dan ia adalah bekas bangunan gereja Katolik.
Bangunan Sekolah Menengah St. John terdiri daripada batu-bata berwarna merah dan putih dengan pengaruh senibina Greece-Sepanyol dan ia telah diiktiraf sebagai Bangunan Warisan Kuala Lumpur sejak tahun 1986 lagi, manakala pada 21 Mei 2010, SMK St. John telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Warisan Negara.
PelajarSunting
Komposisi para pelajarnya adalah senantiasa pelbagai bangsa dan agama, dan bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan biasa yang digunakan di sepanjang penubuhan sekolah.
SJI adalah sekolah untuk lelaki, dengan pengecualian kepada pelajar tingkatan enam di mana ia adalah pendidikan bercampur. Pelajar perempuan (lebih dikenali sebagai Eagirls) hanya diterima masuk dalam tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas sebagai tambahan kepada pelajar lelaki. Ini adalah kebiasaan bagi sekolah-sekolah menengah lelaki di Malaysia.
Sekolah ini juga mempunyai kelebihan dan kelainan dengan menjadi antara salah sebuah sekolah di Malaysia yang menerima kemasukan pelajar yang kurang upaya penglihatan. Telah menjadi sebahagian dari kurikulum mereka, pelajar yang kurang upaya penglihatan harus menghadiri sesi kelas biasa seperti para pelajar lain. Sekolah ini mempunyai Bilik Sumber untuk pelajar yang kurang upaya penglihatan di mana ia dihadiri oleh tenaga pengajar yang terlatih dan juga sebuah kelab yang mengandungi sejumlah besar pelajar yang dengan sukarela meluangkan masa mereka untuk membantu rakan/pelajar yang kurang upaya penglihatan.
PentadbiranSunting
Sekolah ini secara tradisinya diketuai oleh Brother dari The La Sallian Order, dengan Brother Director (seperti pengetua) dan Brother Supervisor (seperti penolong pengetua). Jawatan , Brother Supervisor telah digantikan dengan dua orang penolong kanan yang bukan dari The La Sallian Order sejajar dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
Senarai Brother Director yang terdahulu;
Nama | Mula Berkhidmat | Tamat Berkhidmat | Ulasan |
---|---|---|---|
Bro. Julian Francis | 1904 | ||
Bro. James Gilbert | 1904 | 1910 | |
Bro. Adrian | 1911 | 1913 | |
Bro. Marcian Cullen | 1914 | 1915 | |
Bro. Claude Marie Guibert | 1916 | 1922 | Memperkenalkan Hari Sukan pada 1921 |
Bro. Barnitus | 1922 | 1923 | |
Bro. Stephen Edward Buckley | 1923 | 1924 | Membina Brothers' Quarters |
Bro. Louis | 1925 | 1930 | Menaikkan tugu Jean Baptist de la Salle |
Bro. Cornelius Nulty | 1930 | 1946 | Brother Director paling lama berkhidmat, membina dewan sekolah pada tahun 1936 |
Bro. Amor Matthias | 1946 | 1948 | |
Bro. Dositheus Joseph Brophy | 1948 | 1954 | |
Bro. Tiberius Lawrence Spitzig | 1955 | 1961 | Menggubah lagu sekolah dan memperkenalkan banyak pembaharuan sepanjang dua penggal tempoh perkhidmatan. |
Bro. Celestine | 1958 | ||
Bro. Ignatius | 1962 | ||
Bro. Joseph McNally | 1963 | 1967 | Seorang ahli seni, pengarca dan pengukir tersohor yang telah mereka cipta lambang sekolah yang digunakan hingga kini dan memperkenalkan banyak lagi ukiran dan mural pada sekolah. Blok Seni (blok tingkatan lima) telah dibina pada tahun 1965 di bawah pentadbirannya. Sebahagian hasil kerjanya masih ada sehingga ke hari ini. Beliau telah meneruskan khidmatnya dengan mengasaskan Kolej Seni La Salle (La Salle College of Arts) di Singapura pada tahun 1984. |
Bro. Basilian Wong | 1967 | 1968 | |
Bro. Joseph Yeoh | 1969 | 1978 | Memperkenalkan Hari Penghargaan pada tahun 1972. |
Bro. Tiberius Lawrence Spitzig | 1979 | 1983 | Menggubah lagu sekolah dan memperkenalkan banyak pembaharuan di sepanjang tempoh dua penggal perkhidmatan. |
Bro. Cassian Pappu | 1983 | 1988 | Membina blok tingkatan enam yang dinamakan Bangunan Tan Sri Dominic Vendargon. |
Bro. Michael Wong | 1989 | 2002 | Brother Director yang terakhir. |
Sejak Julai 2002, selepas bersaranya Brother Micheal Wong, St. John telah ditadbir oleh Encik Peter Yii Sing Chiu, pengetua bukan mubaligh pertama sekolah, menamatkan 98 tahun pentadbiran Brothers.
Mantan Pengetua termasuklah :
Nama Pengetua | Mula Berkhidmat | Tamat Berkhidmat | Ulasan |
---|---|---|---|
Peter Yii Sing Chiu | 2002 | 2009 | |
Leong Kum Loy | 2010 | 2010 | |
Lim Hean Hwa | 2010 | 2014 | Second Johannian to lead St. John's after his own principal, Rev. Bro. Joseph Yeoh. He was a student from 1961 - 1973 |
Dr. M. Puvanendran | 2014 | 2016 | |
En. Manmohan Singh A/L Kartar Singh | 2016 | 2022 |
Brother yang telah berkhidmat sebagai guru besar sekolah rendah semenjak ia berpisah dengan sekolah menengah termasuklah Brother Patrick Arokiasamy, Brother Alban Tang dan Brother Matthew Liew.
SukanSunting
St. John's mempunya beberapa aktiviti dan kelab kesukanan yang terbuka kepada semua pelajar, antaranya termasuklah sukan ragbi, memanah, bola sepak, hoki, badminton, sepak takraw, gymnastik, lawan pedang, dan lain-lain.
St. John's mempunyai 5 buah rumah sukan dimana nama bagi kelima-lima rumah sukan di St. John's diambil dari Brother Director yang terdahulu; D. Joseph, Cornelius, Gilbert, Claude dan Stephen.
Pada 1 Disember 2009, Encik Peter Yii Sing Chiu telah digantikan oleh Encik Leong Kum Loy. Di bawah pentadbiran Encik Leong Kum Loy, St. John telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan oleh kerajaan Malaysia.
Pentadbiran sekolah ini telah diteruskan kesinambungannya sehingga sekarang oleh Encik Ravi Chandran a/l Krishnan, pengetua keenam SJI yang telah mula berkhidmat bermula daripada pertengahan bulan Jun 2022. Beliau dibantu oleh tiga penolong kanan seperti berikut;
- Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum : Puan Dzaizatul Shikin binti Madrahim
- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Encik Musannef bin Yatim
- Penolong Kanan Aktiviti Ko-Kurikulum : Puan Faridah Bee binti MM Abdul Rahman
AlamatSunting
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. John (M)
- Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur
- Telefon = 320782846
- Fax = 320311443