Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Miri


Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph atau nama ringkasnya SMK St. Joseph, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jln Dato Temenggong Lawai Jau..

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph
Lokasi
 Malaysia Jln Dato Temenggong Lawai Jau., 98007, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah bantuan gereja
MotoLove And Serve
Nombor sekolah6085433229
Kod sekolahYFB4103
PengetuaEncik Peter Use Lenjau (2021)
Faks6085433229

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph memiliki 528 pelajar lelaki dan 467 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 995 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2009

Sejarah sunting

Rentetan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Joseph, Miri membuka kelas yang pertama pada tahun 1932. Murid-murid lelaki ditempatkan di gereja lama manakala murid-murid perempuan berlajar di tempat yang sekarang merupakan bangunan Jabatan Pertanian. Pada masa itu, sekolah tersebut hanya mengendalikan kelas untuk Darjah Satu, Tahap Satu, Tahap Dua dan Tahap Tiga. Walau bagaimanapun suasana mula berubah apabila perang meletus sehingga memusnahkan sekolah dan gereja kesan ledakan bom yang digugurkan pada bulan September 1945.

Namun perjuangan mendidik anak bangsa belum lagi mencapai titik noktahnya. Tragedi perang yang akhirnya tamat meletakkan sebuah bangunan lama gereja yang hanya beratapkan bumbung sebagai kelas untuk mendidik anak bangsa yang mengejar pendidikan pada masa itu. Sesungguhnya, keadaan kelas yang begitu daif dan kekurangan ini belum lagi cukup untuk mematahkan semangat warga pendidik sekolah ini dalam usaha mengembangkan pendidikan. Perasaan simpati mula menusuk kalbu apabila mengenangkan penggunaan lantai gereja oleh warga pendidik sebagai papan hitam pada masa itu. Tidak lama kemudian, kelas itu kemudiannya dipindahkan ke sebuah rumah yang terletak berdekatan dengan Jalan Bulatan di Kelas Gymkhana Miri sekarang.

Pada tahun 1954 sekolah tersebut menggunakan kuarters Shell yang terletak di Jalan Angsana yang menjadi tapak sehingga kini. Walau bagaimanapun, kelas yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan pelajar yang kian bertambah hari demi hari.Bagi menghadapi masalah tersebut, sebahagian daripada pelajar menghadiri kelas di bangunan wayang Cathay yang lama yang kemudiannya ditukar nama kepada New Century Theatre.Kekurangan kelas seterusnya dapat diatasi apabila sebuah bangunan baru-baru di Jalan Angsana siap dibina pada tahun yang sama.Bangunan tersebut telah dirasmikan pada 31 Mei. Berikutan pembinaan bangunan baru itu, Rev Father John Decker telah mendapat cetusan idea untuk menubuhkan Sekolah Menengah St. Joseph pula. Beliau mengemukakan cadangan bahawa kelas bagi sekolah rendah diadakan pada sebelah petang manakala sekolah menengah pula diadakan pada sebelah pagi.

Sebelum tahun 1962, pelajar-pelajar sekolah yang tamat Tingkata Tiga terpaksa melanjutkan pelajaran mereka di Sekolah Menengah Tanjung Lobang atau di sekolah lain yang menawarkan Tingkatan Empat seperti di Sibu atau Kuching. Pada tahun 1961, SMK St. Joseph dengan kerjasama St. Columba telah berganding bahu menubuhkan kelas Tingkatan Empat sebelum membuka kelas sendiri pada tahun 1963. Pelajar-pelajar ini kemudiannya menduduki peperiksaan Senior Cambridge Certificate pada tahun 1964 di bangunan baru di Jalan Brighton. Blok bangunan kelas yang pertama ini dibina atas usaha Rev. Father John Dekker dan kemudiannya dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Kuching pada 13 Mei 1964.

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph Miri telah banyak melahirkan golongan pemimpin negeri yang terkemuka. Antaranya ialah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak iaitu Tun Pehin Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri Sarwak iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Senadin merangkap Menteri Pengangkutan Negeri Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Lee Kim Shin.

Sekolah yang berusia 79 tahun ini akan terus gigih memainkan peranan penting dalam usaha mendidik generasi muda masa kini. Antara pencapaian cemerlang yang pernah digapai oleh sekolah ini ialah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri (1996) , Anugerah President Leo Tertinggi bagi Daerah 308 (Malaysia-Singapura-Brunei) tahun 1997 dan 1998, Most Outstanding Student London's Imperial College (1998), Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri (1998) dan Anugerah Istimewa Ketua Menteri Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM (2000).

Selain itu, sekolah ini juga pernah menyandang gelaran johan dalam Pertandingan Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian sebanyak 6 kali pada tahun 1996 dan sekali gus membawa pulang Piala Pusingan Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman di Pulau Pinang.[1]


Pencapaian sunting

Sijil Kecemerlangan PMR

Sijil Kecemerlangan SPM

Sijil Kecemerlangan Kokurikulum

Sijil Johan Halaman Tercantik

Pingatl Kecemerlangan Pancaragam Peringkat Dunia (2007 & 2011)

Trofi Johan Pancaragam Hong Kong (2006)

Sijil & Trofi Kecemerlangan Pasukan PBSM (10 tahun berturut-turut)

Sijil & Pingat Kecemerlangan Kelab Leo Peringkat Antarabangsa
OUR HUMBLE PRESENTATION AT INTERNATIONAL ARENA:

World Top Universities Colleges' Graduates (Oxford, etc)

M'sia Red Cresent Society (German, Sri Lanka, etc)

School Marching Band (WMBCKL, Hong Kong)

Inclusive Education Programme (S.E.A, USA, etc)

Leo Club Leadership (International, Italy)

Perfect Board Leadership (USA, Germany)

Cultural Dance Troupe (China, S.Korea, USA, etc)

Public Speaking Competition (UK)

Sisterhood Programme (S.Korea)

Mathematics & Chemistry Quizes (Australia)

British Council Connecting Classroom

NZ Asia CodeTech CodeCamp 2023 (New Zealand)

Pentadbiran SMK St Joseph Miri sunting

Bil Pengetua Tahun Perkhidmatan
1 Rev. Fr. John Dekker   1964-1966
2 Rev. Fr. Edmund Slowey   1966-1968
3 Rev.Fr. Keogan   1969-1974
4 Rev. Fr. McClorey   1974-1976
5 Richard Tan   1976-1978
6 Nicholas Yii   1978-1993  
7 Mr. Ng Chen Soo   1994
8 Marcus Hugo   1995  
9 Marcus Gau Lian   1996 - 2011  
10 Miss Gan Chia Ling   2012
11 Mr. Ng Meng Heong   2013 - 2020
12 Mr. Peter Use Lenjau 2021 - Present

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph
Jln Dato Temenggong Lawai Jau.
98007, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085433229
Fax = 6085433229

Pautan luar sunting