Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman

Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman atau nama ringkasnya SMK Sulaiman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 4, Jalan Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman
Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman
Lokasi
 Malaysia Km 4, Jalan Kuala Lumpur, 28700, Bentong,, [Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6092221046
Kod sekolahCEE0018
Pengerusi PIBGEncik Ismail Bin Che Mat
PengetuaPuan Zai Ming (Cina)
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Hisham Azman Bin Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Rosmila Binti Moiden
Penolong Kanan KokurikulumTuan Haji Mohd Nazri Bin Mohamad Ali
Faks6092220200


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman memiliki 294 pelajar lelaki dan 488 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 782 orang. Ia mempunyai seramai 85 orang guru.

belajar di sini. 170 pelajar perempuan menetap di asrama dan 50 pelajar lelaki menetap di asrama.

Untuk pelajar menengah bawah, setiap tingkatan ada 5 kelas, Arif(Kelas Aliran Agama/KKQ),Bestari(Kelas Aliran Agama/Bahasa Arab),Cekal(Dual Language Program Class/ Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris),Dedikasi(Kelas Bahasa Jepun) dan Gigih(Kelas Aliran Biasa/tidak ambil apa-apa aliran).

Untuk pelajar menengah atas ada 5 kelas juga, iaitu Alfa(Kelas Sains Tulen), Beta(Kelas Sains Tulen tidak termasuk Biologi), Cyber(Kelas Akaun), Sigma(Kelas Perniagaan, Ekonomi dan Reka Cipta) serta Karisma( Kelas Seni dan Geografi).2019

Sejarah sunting

Sekolah ini dibuka pada 1912 dengan nama Anglo-Chinese School, pembukaan sekolah ini adalah hasil daripada kesedaran penduduk Cina tempatan. Encik Goh Sam Yong telah dilantik menjadi guru besar yang pertama dengan 60 orang murid serta dua orang guru. Pada tahun 1932, kerajaan telah mengambil alih pentadbiran sekolah dan nama sekolah ini ditukar kepada Goverment English School.

Pada tahun yang sama juga, Encik Muthutamby dilantik sebagai guru besar menggantikan Encik Goh Sam Yong. Pada tahun 1928 bilangan murid telah meningkat kepada 200 orang. Murid perempuan juga dibenarkan masuk ke sekolah ini. Pada tahun 1932, Encik Appudarai mula memegang jawatan sebagai guru besar ketiga. Disebabkan keadaan ekonomi merosotm, bilangan murid telah berkurangan dengan bilangan murid hanyalah 108 dengan dua orang guru.

Pada 1939, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Sulaiman Bentong. Peristiwa ini adalah sebagai penghormatan kepada Al-marhum Tengku Sulaiman ibni Al marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah. Semasa pendudukan Jepun, sekolah ini dijadikan sekolah Jepun dan pelajar dikehendaki mempelajari bahasa Jepun. Selepas perang dunia kedua, sekolah ini kembali berkembang pesat. Pada penghujung tahun 1945, bilangan pelajar melebihi 300 orang dan lebih banyak bilik darjah didirikan.

Pada tahun 1953, buat pertama kalinya, pelajar-pelajar menduduki peperiksaan Senior Cambridge. Tahun 1956, bilangan pelajar telah meningkat kepada 750 orang. Bilangan kelas sebanyak 20 buah dan tenaga pengajar seramai 29 orang. Encik Rasiah telah menjadi guru besar keempat pada tahun 1958. Tahun 1959, Sulaiman English School dibahagikan kepada dua persekolahan iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah. Bangunan-bangunan baru sekolah menengah telah siap dibina di tapak sekarang pada tahun 1963 dan pelajar mula berpindah dan belajar di sekolah ini pada awal tahun 1964.

Sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Sulaiman. Menteri Pelajaran pada masa itu, YB Encik Mohd Khir Johari merasmikan pembukaan bangunan baru sekolah ini. Encik Somasundram digantikan oleh Encik Eddy Wee pada 1965. Encik R.I.S Stork memegang jawatan pengetua pada tahun 1966. Pada tahun 1974, Sekolah Menengah Sulaiman memulakan kelasa Tingkatan enam aliran Sastera. Pada tahun 1978, kelas Tingkatan enam aliran sains dimulakan. Pada tahun 1980 bilangan pelajar bertambah kepada 1081 orang. Puan Hew Yoon Yew mengambil alih tugas sebagai pengetua mulai April 1986-1990.

Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Sulaiman ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman atas arahan Kementerian Pelajaran bertujuan untuk menyeragamkan semua sekolah di Malaysia demi mewujukan sistem pendidikan yang lebih mantap dan merealisasikan wawasan Pendidilan Negara. Mulai tahun 2006, SMK Sulaiman telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Pahang untuk menempatkan sebahagian pelajar Tingkatan Satu ke Kelas Rancangan Khas. Pelajar-pelajar ini merupakan sebahagian daripada pelajar sekolah-sekolah Daerah Bentong yang telah mendapat keputusan cemerlang dalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Penempatan pelajar ini menandakan bermulanya SMK Sulaiman sebagai salah sebuah Sekolah Rancangan Khas (SRK) yang dianggap setanding dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Pencapaian sunting

Tahun 2013 merupakan tahun yang paling bersejarah bagi SMK Sulaiman. SMK Sulaiman kini telah dianugerahkan dengan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Kejayaan yang diperolehi ini tidak datang bergolek sebaliknya semua pihak telah bertungkus-lumus menjayakannya. Niche area bagi SMK Sulaiman adalah Bahasa Inggeris, Koir, dan Bola Baling.

Pada tahun 2023, seramai 24 orang pelajar SMK Sulaiman telah berjaya mengharumkan nama sekolah kerana memperoleh GPS 1.71 dalam mata pelajaran Reka Cipta.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman
Km 4, Jalan Kuala Lumpur
28700, Bentong
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092221046
Fax = 6092220200

Pautan luar sunting