Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim


Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terletak di Jalan Jitra.

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)
Lokasi
06009, Jitra,, Kubang Pasu, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah, Sekolah kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh
MotoBelajar & Berbakti
Ditubuhkan7 Mei 1963
Nombor sekolah6047143209
Kod sekolahKEA4036
PengetuaZuraisham bin Che Azmi
GPK Pentadbiran dan AkademikWan Zainon binti Ton Harun
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridWan Mohd Nasri Bin Wan Abdul Rahman
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Yusfadzillah bin Mohd Yusoff
Faks6047143215
Laman sesawang
Map

Pada 2009, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) memiliki 342 orang pelajar lelaki dan 258 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 600 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim bermula dengan sebuah darjah menengah pengantar Melayu yang telah dibuka di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dengan bilangan pelajar seramai 31 orang pada tahun 1958. Bilangan pelajar telah meningkat kepada 791 orang pada tahun 1963. Pada peringkat ini, wujud keperluan untuk menubuhkan sebuah sekolah khusus bagi menempatkan pelajar-pelajar aliran Melayu.

Pelajar-pelajar aliran berkenaan yang menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar kemudiannya telah diserap menjadi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH). Mereka dipindahkan ke bangunan sendiri yang terletak di Jenan, Jitra, Kedah pada 7 Mei 1963. Kompleks berkeluasan lebih 51 ekar ini mempunyai 27 bilik darjah, sebuah dewan besar, sebuah gimnasium dan sebuah kantin. 2 buah bilik darjah dijadikan asrama sementara. Pada 1964, 3 buah bangunan asrama dan sebuah masjid dibina. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman ketika itu pada 8 April 1965.


Alamat sunting

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)
Jalan Jitra
06009, Jitra
Kedah,   Malaysia
Telefon = 6047143209
Faks = 6047143215

Pautan luar sunting