Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail atau nama ringkasnya SMK Sultan Ismail, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jln Sek.Sultan Ismail, 80100 Johor Bahru, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail
Lokasi
Jln Sek.Sultan Ismail,, 80100 Johor Bahru, Johor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6072216316
Kod sekolahJEA1001
PengetuaEn Razali bin Tamadi[1]
GPK Pentadbiran dan AkademikPn M.Runah binti Saiku Bi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Noor Linda binti Halil
Penolong Kanan KokurikulumPn Norazuraini binti Ishak
Faks6072232286

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SSI) ditubuhkan pada tahun 1960 dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim (Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada masa itu) pada hari Khamis, 30hb. Mac 1967, bersamaan 18hb. Zulhijjah 1386. Nama sekolah ini adalah diperkenankan dari nama Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, mengambil sempena jasa-jasa baginda kepada rakyat negeri Johor dan minat baginda dalam perkembangan pelajar kebangsaan. Pelajar-pelajar pada awal pertubuhan perlu menumpang di beberapa buah sekolah lain di Johor Bahru. Antaranya termasuk Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) yang menampung sebuah kelas tingkatan 1 aliran Melayu sebelum murid lelaki tersebut berpindah ke Sekolah Menengah Dato' Jaafar (SDJ) manakala murid perempuan berpindah ke Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS). Murid perempuan telah berpindah balik ke MSAB pada tahun 1963.

Kelas-kelas aliran Melayu mendapat bangunan tersendiri di Jalan Abdul Samad dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail pada bulan Mac 1964. Kelas tingkatan 1 hingga 5 bermula sejak itu dan pengetua pertama ialah Encil Ali bin Ismail. Kelas tingkatan 6 dibuka pada tahun 1969 untuk daerah-daerah lain di negeri Johor. SSI bertukar menjadi Sekolah Menengah Atas (tingkatan 4 -6 sahaja) pada tahun 1972. SSI dikembalikan status sekolah menengah sepenuhnya (peralihan hingga T6) pada tahun 1975.

Tenaga pengajar SSI telah meningkat daripada 18 orang hingga 60 orang pada tahun 1968 dan bertambah lagi ke 100 orang pada tahun 1983. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan pada tahun 1974. Yang Dipertuanya ke-1 ilah Encik Abdul Rahman bin Ariffin.

SMK Sultan Ismail membalas budi menampung di sekolah lain dengan menerima tumpangan 812 orang pelajar dan 32 orang guru SM Tasek Utara (1970-1974), Kolej Putri Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru (1985), murid rancangan Felda dari daerah lain, pelajar Yayasan Sabah (1971-2002). Murid-murid tersebut diberi kemudahan tinggal di Asrama Pusat Puteri dan Asrama Pusat Putera Johor Bahru.

2 Kelas Rancangan Khas Agama (KAA) untuk perempuan bagi setiap tingkatan menengah rendah dimulakan pada tahun 1991.[2]

Pencapaian sunting

SSI diiktiraf sebagai Sekolah Kawalan pada tahun 1999, sekolah kluster kecemerlangan pada tahun 2008 dan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2012.[2]

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail
Jln Sek.Sultan Ismail, 80100 Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6072216316
Faks = 6072232286

Rujukan sunting

  1. ^ Senarai Sekolah Daerah Johor Bahru
  2. ^ a b PERKASA JILID 51 2017

Pautan luar sunting