Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Latar Belakang sunting

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
 
Lokasi
JALAN BUNGA MAWAR 2/5, SEKSYEN 2, 40000 SHAH ALAM, PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA
Maklumat
Jenis sekolahSEKOLAH BANTUAN KERAJAAN
MotoSEDERAP MENGGARAP KECEMERLANGAN
Ditubuhkan1 Mac 1979
Nombor sekolah03-55198404
Kod sekolahBEA8603
PengetuaROHAIDAH BINTI ZAINAL
GPK Pentadbiran dan AkademikNORANI BINTI HUSAIN
Faks03-55196213

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau nama ringkasnya SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bunga Mawar 2/5, Seksyen 2, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pada tahun 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memiliki 483 pelajar lelaki dan 486 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 969 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2021

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan sekolah menegah yang pertama dan tertua di Shah Alam. Mula dibina pada tahun 1978 di atas sebidang tanah seluas 9.6 ekar dan diasaskan oleh guru besar yang pertama iaitu Encik Kasim Bin Sohoot. Menggunakan nama Sekolah Menengah Shah Alam sewaktu menumpang di Sekolah Rendah Seksyen 16, Shah Alam selama dua bulan.

Sekolah ini mula beroperasi di Seksyen 2, Shah Alam (lokasi sekarang) pada 1 Mac 1979 apabila bangunan sekolah siap dibina. Lencana dan bendera sekolah telah direka pada tahun 1983. Lagu sekolah pula dicipta oleh bekas pengetua sekolah yang ketiga iaitu Encik Salihuddin Bin Mohd Said. Seterusnya, pada 15 Ogos 1987 nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menegah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atas cadangan ahli jawatankuasa PIBG sekolah bersempena perkenan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sekolah ini telah dirasmikan oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, sempena acara sambutan Hari Keputeraan baginda dan sebagai tanda genap 10 tahun usia sekolah ini pada tahun 1989.

Senarai Pengetua (1979 - Kini) sunting

  1. En Mohd Kassim Bin Sohoot (Jan 1979 – Jul 1982)
  2. En Mohd Jais Bin Sarfan  (Ogos 1982 – Sept 1983)
  3. En Salihuddin Bin Mohd Said (Okt 1983 – Feb 1986)
  4. Pn Hajjah Hamidah Binti Abd. Kadir (Mei 1986 – 1995)
  5. Pn Hajjah Normah Binti Mohamed (1995 – Ogos 2004)
  6. Pn Hajjah Nafsiah Binti Jaafar (Okt 2004 – Nov 2007)
  7. Datin Hajjah Rohani Binti Mustaffa (Mei 2009 – 2014)
  8. Tuan Haji Azizan Bin Yusoff (2014 - 2019)
  9. Pn Johana Binti Mat Said (Mei 2019 - Mei 2022)
  10. Dr. Ts. Haji Shanusi Bin Haji Ahmad ( Jun 2022 - Dis 2022)
  11. Pn Rohaidah Binti Zainal (Mac 2023 - sekarang)

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jalan Bunga Mawar 2/5, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon Pejabat = 03-55198404
Faksimili Pejabat = 03-55196213
Emel Sekolah = bea8603@moe.edu.my
Laman Facebook = facebook.com/smkssaas8603

Pautan luar sunting