Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor atau nama ringkasnya SMK Sungai Bayor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak Simpang Tiga.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor
Lokasi
 Malaysia Simpang Tiga, 34140, Rantau Panjang,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6058394580
Kod sekolahAEA6049[1]
Faks6058394580
Map


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor memiliki 592 pelajar lelaki dan 602 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1194 orang. Ia mempunyai seramai 79 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada akhir tahun 1968, kerja pembinaan tapak dimulakan di atas sebidang tanah seluas 7 ekar. Lokasi tersebut terletak di simpang tiga, selama, perak. pada akhir tahun 1970, kerja pembinaan bangunan telah siap dibina yang terdiri daripada satu blok bangunan, bangunan kantin dan sebuah padang. blok bangunan terdiri daripada satu pejabat, dua buah tandas guru, dua buah tandas pelajar, sebuah makmal, dua buah bilik SRT dan enam buah bilik darjah.

Pada tahun 1971, kelas bermula dengan rasminya yang terdiri daripada dua kelas sahaja iaitu kelas Tingkatan 1. Bilangan guru sebanyak 11 orang termasuk pengetua sekolah iaitu En. Shamsudin bin Shaari. Sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Sungai Bayor. Pada tahun 1972, kelas TIngkatan Satu dan Dua bertambah dengan bilangan guru seramai 12 orang. Pada tahun 1973, bilangan tingkatan bertambah iaitu Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Pada tahun ini juga, pelajar Tingkatan Tiga yang pertama telah mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SPR) buat pertama kalinya. Peratus kelulusan pada tahun tersebut sebanyak 42%. Manakala pelajar yang telah Berjaya dalam peperiksaan tersebut telah menyambung pelajaran mereka di Sekolah Menengah Dato Haji Hussein, di pekan Selama.

Pada 1975, sebuah lagi bangunan baru dibina yang diberi nama Blok Tun Abdul Razak. Setelah siap dibina, bangunan ini telah menampungjumlah pertambahan pelajar. Pembinaan blok tersebut menyebabkan kerajaan sesi persekolahan ditukar menjadi sesi pagi sahaja. Pada tahun 1979, Pengetua Sekolah Menengah Sungai Bayor, Encik Shamsuddin Bin Shaari telah bertukar ke Taiping. Beliau digantikan oleh Encik Aziz Bin Johar Ali yang mula bertugaspada Januari 1980. Pada tahun 1981, blok (rumah guru dua pintu) telah didirikan bersebelahan dengan bangunan sekolah. Sebuah tapak pertanian disediakan di belakang rumah guru.

Pada 1982, kelas Tingkatan Empat Sastera mula diadakan di sekolah ini dan peperiksaan SPM yang pertama dijalankan pada tahun 1983. Pada tahun 1983, untuk mengatasi masalah kelas, sebuah bagunan padang siap (Blok Tun Ismail) telah dibina dan mengandungiempat buah bilik darjah. Pada tahun 1985, pengetua sekolah ini, iaitu Encik aziz bin Johar telah bertukar dan digantikan oleh En. Tajuddin bin Haji Salleh dan mula bertugas pada 4 April 1986. Dari semasa ke semasa, kemajuan sekolah semakin bertambah. Bilangan guru dan pelajar juga bertambah dan ini menyebabkan kerajaan telah memperuntukkan dua lagi bangunan tambahan iaitu bangunan Blok Dr. Mahathir pada tahun 1987dan sebuah tempat letak basikal pelajar telah didirikan.

Pada 15 Jun 1991 pengetua sekolah iaitu Encik Tajuddin bin Haji Salleh telah bertukar dan tempat beliau telah digantikan oleh pengetua baru iaitu Tuan Haji Che Had bin Jassin yang mula bertugas pada 16 Jun 1991. Semasa perkhidmatan beliau, telah banyak kemajuan dicapai sama ada dalam bidang kokurikulumatau kurikulum. Pada tahun 1995, aliran sains Tingkatan Empat telah diadakan dan pelajar tidak lagi perlu menyambung pelajaran di SEkolah Menengah Dato Haji Hussein.

Pada Tahun 1998, pengetua baru iaitu Encik Rusli bin Abdul Rashid ditugaskan untuk menggantikan Encik Che Had. beliau merupaka seorang pengetua yang tegas, berketrampilan dan berdedikasi. tenaga pengajar pula telah mencapai 67 orang termasuk pengetua. Sebagai pengetua yang baru menerajui sekolah ini, beliau cuba membuat berbagai perubahan dari segi pentadbiran, kokurikulum dan kurikulum. Semoga di bawah pentadbirannya, sekolah ini boleh bersaing dan menjadi sebuah sekolah yang berkesan di mata masyarakat.      


Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor
Simpang Tiga
34140, Rantau Panjang
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058394580
Fax = 6058394580


Rujukan sunting

Pautan luar sunting