Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi

Lencana SMK Sungai Besi

Alamat  Malaysia Sungai Besi, Kuala Lumpur
Telefon 0390570334
Faksimili 0390575645
Klasifikasi Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Maju dengan Amanah, Jaya dengan Usaha
Slogan Maju dengan Amanah, Jaya dengan Usaha
Kod Sekolah WEA0195
Pengetua ABD RASHID BIN IDRIS
Penolong Kanan Akademik NOR AWALANA BINTI BOLOT
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar RAHAMAZLINA BINTI ABD RAHMAN
Penolong Kanan Kokurikulum YAP CHOOI PHIN
Penolong Kanan Petang ROSITA BINTI IDRIS
Tahun dirasmikan 2 Januari 1987 (buka)
10 Julai 1999

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi memiliki 986 pelajar lelaki dan 955 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1941 orang. Ia mempunyai seramai 125 orang guru pada tahun 2009. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi mempunyai guru-guru yang berinovasi dan amat kreatif dalam segi pendidikan mahupun kokurikulum.

Pada tahun 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi telah berubah menjadi salah satu sekolah yang mengikuti program abad ke-21 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak kementerian telah mengadakan sebuah sistem yang digelar ''PEPATIH'' yang boleh dimuat turun di telefon pintar. Ia merupakan sebuah sistem kedatangan murid-murid mahupun guru-guru yang memerlukan mereka untuk mengecap jari mereka di sebuah mesin yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. ''PEPATIH'' diwujudkan untuk manfaat semua pihak terutamanya bagi ibu bapa yang ingin melihat kedatangan anak mereka sama ada mereka ponteng sekolah ataupun hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi
Sungai Besi, Kuala Lumpur
Telefon = 0390570334
Fax = 0390575645