Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah atau nama ringkasnya SMK Sungai Kapar Indah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Harapan 3A, Taman Sungai Kapar Indah, Kapar, Selangor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah
Lokasi
Jalan Harapan 3A, Taman Sungai Kapar Indah, Kapar, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Berilmu Berjasa
Ditubuhkan2004
Nombor sekolah03-32903121
Kod sekolahBEA0110
PengetuaEncik Samsul Kamal bin Sudarmin
Faks03-32903122

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah memiliki 1067 pelajar lelaki dan 927 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1994 orang. Ia mempunyai seramai 114 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Sungai Kapar Indah telah dibangunkan di kawasan seluas 9.0 ekar di Taman Sungai Kapar Indah, Sementa. Ia adalah sebuah Sekolah Menengah Harian biasa yang boleh menempatkan seramai 1300 pelajar pada satu sesi persekolahan. Sekolah ini mula dibuka pada pertengahan tahun 2003 dengan 2 orang penolong kanan, seorang guru dan 7 staf sokongan. Pengetua pertama iaitu Pn. Hjh. Rahmah bt Arsad telah melaporkan diri pada 29 September 2003.

Sekolah ini mempunyai 6 blok bangunan, dilengkapi dengan prasarana asas yang kondusif terdiri daripada 36 bilik darjah, sebuah makmal komputer, makmal bahasa, makmal Sains, Makmal Matematik, bilik seni visual, bilik ERT, bengkel KH, bilik APD,Bilik SPBT, bilik mesyuarat, Pusat Sumber, kedai buku, kantin, surau, pejabat, bilik guru, dewan terbuka, dataran SMK SKI dan bilik kesihatan.

Semenjak ia dibuka pada 5 Januari 2004, sekolah ini telah memulakan sesi persekolahannya dengan membuka 16 kelas yang menempatkan seramai 530 pelajar dari tingkatan 1,2,4 dan 6. Bilangan guru ketika itu adalah seramai 32 orang. Pada awal tahun 2005, bilangan kelas telah bertambah kepada 32, dengan pelajar berjumlah 1000 orang dan keperluan guru adalah seramai 59 orang. Untuk mengisi tingkatan 1 “feeder school” bagi sekolah ini adalah SK Sementa dan SK Sg Kapar Indah, manakala bagi pelajar tingkatan 2, dan 4 adalah kebanyakannya dari SMKTengku Idris Shah dan SMK Rantau Panjang. Pada tahun 2005, SMKSKI juga telah dipilih untuk menempatkan pelajar tingkatan 1 dalam Program Rancangan Khas (KRK). Pelajar ini adalah pelajar cemerlang UPSR yang tidak berpeluang ke Sekolah Berasrama Penuh. Pemilihan mereka adalah di bawah kawalan PPD Klang.

Berikutan, pertambahan murid yang ramai, menyebabkan sekolah dibuka kepada dua sesi mulai Januari 2006 dengan bilangan kelas sebanyak 11 buah dan guru seramai 28 orang.Pada tahun yang sama iaitu pada bulan Ogos 2006, sekolah turut terpilih untuk membuka Kelas Pendidikan Khas yang menempatkan murid-murid istimewa dari kawasan berhampiran yang bermula dengan bilangan seramai 3 orang guru dan 7 orang murid .

Pada tahun 2009, bangunan tambahan pasang siap telah dibina bagi menampung penempatan pelajar tingkatan 6 Bawah. Pada tahun 2010, kawasan sekolah semakin ceria dengan pembinaan kolam air terjun sumbangan PIBG dan Unit kokurikulum. Ruangan berkenaan kini semakin ceria dengan adanya lukisan mural hasil kreativiti para guru dan pelajar-pelajar SMK Sungai Kapar Indah.

Selain itu, atas inisiatif bersama pihak sekolah dan PIBG, sebuah surau baru telah dibina bagi kemudahan seluruh warga sekolah yang beragama Islam dan boleh digunakan sepenuhnya pada tahun 2012. pada tahun ini juga sekolah sekali lagi telah terpilih untuk membuka sebuah kelas peralihan atas kehendak ibubapa di sekolah berhampiran. Berikutan penambahan pelajar yang semakin meningkat, pada tahun 2012, sekolah sekali lagi menerima bangunan tambahan pasang siap sebanyak 4 buah kelas bagi menampung kekurangan kelas yang dihadapi.

Pada tahun 2012 juga sekolah telah menjalankan program 5S yang bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat berteraskan usaha penambahbaikan berterusan dan pemuafakatan untuk pemantapan organisasi, peningkatan produktiviti serta kepuasan pelanggan. Sehingga berakhirnya tahun 2012 bilangan pelajar sekolah ini adalah seramai 2667 dan guru serama 150 orang.

Pada tahun 2013 pula, sekolah akan menjalankan dua aktiviti besar iaitu menyambut ulang tahun SMK SKI yang ke 10 dan menjadi tuan rumah untuk acara Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah Daerah. Salah satu aktiviti yang akan dijalankan bagi menyambut ulang tahun ke 10 sekolah ialah penubuhan ALUMNI .

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah
Jalan Harapan 3A, Taman Sungai Kapar Indah
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-32903121
Faks = 03-32903122

Pautan luar sunting