Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu (SMK Sungai Pusu) terletak di Batu 7, Jalan Gombak, Selangor, Malaysia. Ia telah dirasmikan pada 1999 yang memperlihatkan pengetua sekolah yang pertama ialah Pn. Hajah Fuzi bt Miar Ahmad. SMK Sungai Pusu merupakan sebuah sekolah asrama harian yang menempatkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekitar daerah Gombak. Di samping itu, SMK sungai Pusu juga menerima pelajar-pelajar harian daripada Sekolah Kebangsaan Gombak Utara dan Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu. SMK Sungai Pusu merupakan sebuah Sekolah Bestari, daripada sejumlah 88 buah Sekolah Bestari di seluruh negara.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Km11 Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Selangor![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Tekun, Taat, Taqwa |
Ditubuhkan | 1999 |
Nombor sekolah | 0361861701 |
Kod sekolah | BEA7616[1] |
Pengerusi PIBG | En. Mohd Jaini Bin Mohd @ Amat |
Pengetua | Ustaz Mohd Rohan bin Sidek |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Jamaliah binti Hj Ghazali |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Rosmazarah binti Sulong |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Norazah binti Bari |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Pn. Noor Suliza binti Sulaiman |
Faks | 0361871512 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu |
Sejarah Sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu mula dibina pada pertengahan tahun 1997 di atas tanah seluas 15.4 hektar dengan anggaran kos sebanyak RM 7 juta. Sekolah ini mempunyai 12 buah bangunan iaitu 3 blok bilik darjah, 1 blok makmal, 1 blok bengkel kemahiran hidup, 1 blok rumah pertanian, 2 blok asrama, kantin, dewan makan, dewan besar dan surau. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu berstatus sekolah asrama harian yang pertama di daerah Gombak. Asrama ini didiami oleh pelajar-pelajar daripada rancangan khas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu ini mula beroperasi pada 5 Disember 1998.Semua kerja-kerja pentadbirannya dijalankan buat sementara di pejabat Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu sehingga 28 Disember 1998. Urusan pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu bermula pada 21 Disember 1998 hingga 28 Disember 1998.Pada 28 Disember 1998 urusan pentadbiran berpindah ke pejabat baru sekolah ini. Pada Januari 1999,sejumlah 260 orang pelajar tingkatan satu mula belajar di 8 buah kelas di sekolah ini. Seterusnya pada Julai 1999, Sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan salah sebuah Sekolah Bestari di dalam Projek Rintis Sekolah Bestari.
Moto sekolah Sunting
Tekun, Taat, Taqwa
Tekun dalam konteks kesungguhan mencari ilmu untuk dunia dan akhirat;
Taat dalam konteks kepatuhan kepada Tuhan , ibu bapa, guru dan peraturan sekolah;
Taqwa dalam konteks mengamalkan suruhan Tuhan dengan penuh ikhlas berdasarkan apa yang dipelajari
Visi,Misi dan Slogan Sunting
- Visi
- Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
- Misi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Slogan Sunting
Kami pemimpin terbilang.
Objektif sekolah Sunting
- Mengutamakan dan mengamalkan 3T(tekun, taat, taqwa)
- Mementingkan program 3K(kebersihan, keceriaan, keselamatan)pada setiap masa
- Melahirkan pelajar yang berdikari dalam memperoleh ilmu pengetahuan baru yang diminati.
- Melahirkan pelajar yang berdaya fikir kritis dan kreatif serta cekap dalam teknologi maklumat.
- Meningkatkan kecemerlangan akademik dari semasa ke semasa untuk semua pelajar.
- Melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
- Menggalakkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum melalui pengurusan kokurikulum yang lebih aktif dan bermakna dengan memberi peluang kepada semua warga sekolah.
- Meningkatkan usaha untuk pembangunan diri pelajar yang seimbang melalui amalan budaya ilmu,tertib, sopan, iltizam dan sentiasa mengejar kemajuan.
- Melibatkan semua guru, ibu bapa, masyarakat, badan koprat dan swasta setempat secara padu,kukuh, ikhlas dan prihatin untuk membantu dan membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
Falsafah sekolah Sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu akan menyediakan pendidikan untuk dunia dan akhirat.
Melalui pendidikan ini akan melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Melalui usaha murni ini juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan melalui pemupukan dan sokongan padu guru-guru yang profesional.
Warga sekolah ini sentiasa berusaha untuk mencari pengetahuan dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab, berbudaya tinggi dan berbudi pekerti mulia.
Diharapkan warga SMKSP juga sentiasa memberi sumbangan kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.
Piagam pelanggan sekolah Sunting
Kami Warga SMK Sungai Pusu dengan penuh kesedaran beriltizam untuk......
1. Menyediakan peluang pendidikan ke arah melahirkan warga sekolah yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
2. Menyediakan persekitaran pendidikan yang lengkap dan kondusif.
3. Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
4. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyakarat, dan pihak-pihak berkepentingan secara padu, kukuh dan iklhas dalam suasana hubungan yang harmoni.
Logo sekolah Sunting
- Tiang kanan : melambangkan tiang agama dengan 5 Rukun Islam Lencana SMKSP
- Tiang kiri : melambangkan tiang Rukunnegara dengan 5 Prinsip Rukunegara
- Al-Quran/Buku : melambangkan nilai-nilai Islam dan kecemerlangan akademik pelajar.
- Obor : melambangkan semangat dan kesungguhan pelajar dan warga sekolah dalam mencapai kejayaan.
- Motif awan larat : melambangkan landasan budaya Melayu.
- Garisan Putih yang membahagikan warna merah dan kuning : melambangkan keseimbangan insan
- Garisan berselang kuning/merah ( cahaya obor) : melambangkan semangat pelajar dan guru demi kecemerlangan sekolah.
- Warna hijau : melambangkan Islam dan kesuburan minda.
- Warna kuning : melambangkan kebudayaan dan ketaatan.
- Warna merah : melambangkan keberanian.
- Lencana SMK Sungai Pusu telah diubahsuai daripada lencana asal yang telah dicipta oleh Mohd Fadli bin Che Arbi dalam satu pertandingan mencipta logo sekolah yang diadakan pada tahun 1999.
Lagu Sekolah Sunting
SMK Sungai Pusu,
Wawasan bergerak maju,
Warganya beriltizam,
Mencapai kecemerlangan,
Tekun,taat dan taqwa,
Motto sekolah kita,
Rajin, cekal, berusaha,
Pastinya kan berjaya,
Tuntut ilmu jangan jemu,
Ikrar setia pada guru,
Harapan ayah ibu,
Ingtilah selalu.
Kelas-kelas Sunting
Kelas-kelas yang ada di SMK Sungai Pusu:
1.Kelas Aliran Agama (KAA): Sunting
- 1 Ar-Razi
- 1 Al-Farabi
- 1 Al-Baihaqi
- 2 Ar-Razi
- 2 Al-Farabi
- 2 Al-Baihaqi
- 3 Ar-Razi
- 3 Al-Farabi
- 3 Al-Baihaqi
Jumlah : 9
2.Menengah Atas 2021: Sunting
- 4 Al-Balkhi
- 4 Al-Dinawari
- 4 Al-Farisi
- 4 Al-Jazari
- 4 Al-Haitham
- 4 Al-Jahiz
- 4 Al-Idrisi
- 4 Al-Halabi
- 4 Al-Khasib
- 4 Al-Karaji
- 4 Al-Kashi
- 5 Al-Balkhi
- 5 Al-Dinawari
- 5 Al-Farisi
- 5 Al-Haitham
- 5 Al-Jahiz
- 5 Al-Idrisi
- 5 Al-Halabi
- 5 Al-Khasib
- 5 Al-Karaji
- 5 Al-Samu
Jumlah : 21
3.Menengah Rendah : Sunting
- 1 Bestari
- 1 Arif
- 1 Excel
- 1 Analog
- 1 Pentium
- 1 Intel
- 1 Linux
- 1 Digital
- 1 Modem
- 2 Bestari
- 2 Arif
- 2 Excel
- 2 Analog
- 2 Pentium
- 2 Intel
- 2 Linux
- 2 Digital
- 2 Modem
- 3 Bestari
- 3 Arif
- 3 Excel
- 3 Analog
- 3 Pentium
- 3 Intel
- 3 Linux
- 3 Digital
- 3 Modem
Jumlah : 27
Jumlah Keseluruhan : 57
Kokurikulum Sunting
Kokurikulum terbahagi kepada tiga iaitu :
Unit Beruniform Sunting
SMK Sungai Pusu mempunyai 7 unit beruniform.Iaitu :
1.Kadet Polis
2.KRS
4.Pengakap
5.Puteri Islam
7.Silat.
Persatuan Sunting
SMK Sungai Pusu mempunyai 16 persatuan.Iaitu :
1.Video dan Fotografi
2.Kelab Kaunseling
3.Bahasa Melayu
4.Persatuan Bahasa Inggeris
5.Kelab Sains Dan Matematik
6.Kelab Seni/Kebudayaan
7.Persatuan Pendidikan Islam
8.KKQ
9.Persatuan Kemahiran Hidup
10.Persatuan Lanskap Dan Keceriaan
11.Rukun Negara Dan Sejarah
12.Persatuan Geografi Dan Pencinta Alam
13.Koperasi
14.Persatuan Pengguna
15.Kelab Komputer
16. Kelab Pencegah Jenayah
Permainan Sunting
Permainan di SMK Sungai Pusu mempunyai sebanyak 10 sukan.Iaitu :
1.Bola Jaring
2.Bola Baling
3.Bola Sepak
4.Bola Tampar
5.Catur
6.Hoki
7.Permainan Dalaman Dan Luaran
8.Sofbol
9.Hoki
10. Olahraga
Rumah Sukan Sunting
Rumah sukan yang terdapat di SMK Sungai Pusu adalah sebanyak 5 rumah.Iaitu :
1.Rumah Sukma
2.Rumah Olimpik
3.Rumah Sukom
4.Rumah Sea
5.Rumah Sukses
Rekod Pencapaian Rumah Sukan SMK Sungai Pusu (Setakat 2015) Sunting
Keputusan Keseluruhan Kejohanan Balapan Dan Padang. Sunting
! !1 !3 !2 !4 !5 |- |2013 |Sea |Sukses |Olimpik |Sukma |Sukom |- |2014 |Sukses |Sea |Olimpik |Sukom |Sukma |- |2015 |Sukses |Sukom |Sea |Sukma |Olimpik |}
Keputusan Perbarisan Rumah Sukan Kejohanan Balapan. Sunting
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | |
---|---|---|---|---|---|
2013 | Sukma | Sea | Sukses | Sukom | Olimpik |
2014 | Sukses | Sukma | Sea | Olimpik | Sukom |
2015 | Sukses | Sukma | Olimpik | Sukom | Sea |
Keputusan Kejohanan Larian Sebestari Sunting
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | |
---|---|---|---|---|---|
2013 | Sea | Olimpik | Sukses | Sukom | Sukma |
2014 | Sukses | Sukma | Olimpik | Sea | Sukom |
2015 | Sukses | Olimpik | Sea | Sukma | Sukom |
Keputusan Rasmi Maskot Terbaik Sunting
Johan | |
---|---|
2013 | Sukma |
2014 | Sukses |
2015 | Sukses |
Alamat Sunting
Rujukan Sunting
- ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018