Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar atau nama ringkasnya SMK Syed Abu Bakar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kupang, Kedah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar
Lokasi
 Malaysia Kupang,, 09200, Kupang, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6044765797
Kod sekolahKEA0069
Faks6044765709


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar memiliki 786 orang pelajar lelaki dan 800 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1586 orang. Ia mempunyai seramai 102 orang guru.2009

Sejarah sunting

Selepas hampir tamat zaman pemerintahan Jepun, Komunis cuba mengambil alih pentadbiran dengan menangkap Syed Abu Bakar dan Tuan Adam, DO Baling dan Residennya lalu dibawa ke Kampung Dalam Wang Bawah Gunung, Baling dengan diikat seluruh badan mereka untuk ditanam dalam satu lubang secara hidup-hidup. Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Taha, Kg. Pisang, Kupang (bapa mentua Tuan Guru Haji Umar Zuhdi) atas titah DYMM Sultan Badlishah untuk mengetuai operasi menyelamatkan Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri kepada komunis. Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis seramai 600 orang yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja malah membenarkan Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya membawa keluar Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 40 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat selama 30 minit tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka. Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani dan rakan-rakannya telah menyerahkan Syed Abu Bakar dan Tuan Adam kepada DYMM Tuanku Sultan Badlishah dan Tuan Guru Haji Yahya Taha di Kampung Caruk Bembam, Kupang. Tempat penyerahan inilah hari ini telah didirikan Sekolah Menengah Syed Abu Bakar, Baling sempena nama Syed Abu Bakar.[perlu rujukan]

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar
Kupang,
09200, Kupang
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044765797
Faks = 6044765709

Pautan luar sunting