Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan atau nama ringkasnya SMK Syed Hassan, merupakan sebuah Sekolah Sukan Negeri Perlis dan Sekolah Menengah Harian yang terletak di Jalan Sekolah Derma, Kangar Perlis.

Logo SMK Syed Hassan
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan
Alamat
Jalan Sekolah Derma
 Malaysia Kangar, 01000, Perlis Indera Kayangan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Sukan Negeri, Sekolah Harian
MotoBertekun Kunci Kejayaan
Nombor sekolah6049766217
Kod sekolahREA0056[1]
PengetuaEncik Muhamad Rizal bin Ibrahim
Tenaga pengajar82
KelasTingkatan 1 - 5 : 22

Tingkatan 6 : 4

PPKI : 10
SloganIt All Begins Here
LaguBertekun Kunci Kejayaan
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Ahmad Sobri bin Salleh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Norizal bin Mustapa
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Zaki bin Mohamad Radzi
Faks6049776641
Laman sesawang
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: Tc. Faiz Hazizi

Pada Januari 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan memiliki 447 orang pelajar perdana (tingkatan 1 – 5), 62 orang pelajar PPKI dan 48 orang pelajar Tingkatan 6, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 557 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru dan 20 orang Anggota Kumpulan Pelaksana. Terdapat 22 buah kelas, terbahagi kepada 12 kelas menengah rendah dan 10 kelas menengah atas. Bagi menengah rendah terdapat 4 kelas dari setiap tahap dan satu daripadanya adalah kelas aliran muzik. Bagi menengah atas terdapat 5 kelas di setiap tahap dan pecahan aliran yang terdapat di peringkat menengah atas ini adalah Sains Tulen, Sains Sosial, MPV, dan PVMA.

Sekolah Sukan Negeri (SSN) ini telah beroperasi secara menumpang di sekolah-sekolah biasa sejak tahun 2002. SSN telah mendapat suntikan baru apabila Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan telah meluluskan Pelan Pembangunan Sukan Sekolah-sekolah dalam mesyuaratnya pada 30 Jun 2005. Beberapa peruntukan sukan telah diberi, antaranya menaiktarafkan kemudahan sukan, pembinaan gelanggang serbaguna dan peruntukan pembelian peralatan sukan. Perlaksanaan SSN secara rasmi dan beroperasi sebagai sebuah sekolah sukan mulai ambilan pelajar Tingkatan Satu 2009 dan akhirnya akan menjadi Sekolah Sukan Berasrama. Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan menawarkan Program Khas Latihan untuk enam jenis sukan iaitu olahraga, bola sepak, bola jaring, hoki, badminton dan sepak takraw. Pengambilan atlet dan pelajar ke SMK Syed Hassan, Sekolah Sukan Negeri Perlis adalah melalui tiga kaedah iaitu Talent Identification (Ujian Tid) Tingkatan 1, Talent Scouting (Tingkatan 2 - 5) dan Talent Nomination (Laluan Khas).

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan ditubuhkan pada 10 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Kangar (L) di sebelah petang (di belakang Pejabat Pos Kangar). Bilangan murid seramai 151 orang iaitu 99 orang lelaki dan 52 orang perempuan. Guru sekolah ini seramai 3 orang. Pada tahun 1966, pelajarnya telah bertambah menjadi 361 dan guru seramai 14 orang. Pada Januari 1967 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang mengandungi 12 bilik darjah, di Jalan Sekolah Derma. Pada tahun 1967, kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah menduduki peperiksaan SRP. Pada 14 Mei 1968, sekolah ini telah dirasmikan dengan nama Sekolah Menengah Syed Hassan, Kangar bersempena dengan nama Y.T.M Almarhum Tuan Syed Hassan Ibni Almarhum Syed Mahmud. Majlis ini telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, Syed Putra Jamalullail. Upacara ini telah disaksikan oleh DYMM Raja Perempuan, YAB Datuk Menteri Besar, Tan Sri Sheikh Ahmad, YB Menteri Pelajaran, En. Mohd Khir Johari, pembesar-pembesar negeri dan rakyat.

SMK Syed Hassan pernah diterajui oleh:

1. Wan Din b. Che Mat (1965-1972)

2. Ibrahim b. Shahar (1973-1980)

3. Yahya b. Man @ Othman (1981-1988)

4. Mohd Yusof b. Abd Rahman (1988)

5. Sulaiman b. Ismail (1989-1995)

6. Zainol Rashid b. Mohd Zain (1995)

7. Marzuki b. Ahmad (1995-1997)

8. Samsu b. Abas (1997-2000)

Teraju kepimpinan selepas bergelar SSN ialah:

1. Abdul Aziz bin Abdullah (2001-2010)

2. Azni bin Man (2010-2012)

3. Azemi bin Abu (2012 - 2017)

4. Rose Aza bin Che Arifin (2017 - 2023)

5. Muhamad Rizal bin Ibrahim (2023 - kini)

Lagu Sekolah sunting

BERTEKUN KUNCI KEJAYAAN sunting

Bertekun untuk jaya,

Mencapai cita mulia

Mencari pedoman, mencari pengetahuan

Bekalan hidup bahagia


Kan kami harumkan nama

Sekolah, nusa dan bangsa

Kan kami tetap sematkan di dada

Bertekun kunci kejayaan


Di bidang pelajaran, juga di bidang sukan

Tetap kami perjuangkan

Bersama kita berusaha

Mencapai cita jaya


Kan kami harumkan nama

Sekolah, nusa dan bangsa

Kan kami tetap sematkan di dada

Bertekun kunci kejayaan

Bertekun kunci kejayaan

Komposer / Penulis Lirik : Cikgu Dahasry Bin Abdul Rahman

Lagu Pelajar Sejati sunting

(Solo)

Tidak Lemah Tidak Mengalah

Itulah Rahsia Hikmah

Menjadi Teladan Contoh

Walau Dirempuh Masalah


Hasrat Jadi Insan Yang Mulia

Siang Dan Malam Kami Berdoa

Tetapkan Hati Kuatkan Jiwa

Azam Kami Untuk Berjaya


(Korus )

Pelajar Sejati Capai Impian

Sahsiah Terpuji Kami Kotakan

Takkan Tewas Waktu Berlawan

Semangat Juang Kami War-Warkan


Pelajar Sejati Diungguli

Semua Cabaran Kami Tempuhi

Ilmu Terpahat Disanubari

Tekad Kami Julang Pertiwi


Pelajar Sejati Ikrar Kami

Berdisiplin Berjiwa Murni

Beriltizam Dan Bercita Tinggi

Janji Kami Takkan Khianati


Tuntut Ilmu Tujuan Kami

Tanpa Berasa Sangsi

Julang Guru Mithali

Kami Hormati Ilmu Diberi


(Ulang Korus)

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan (Sekolah Sukan Negeri Perlis)
Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia.
Telefon : +604-9766217
Faks : +604-9776641
E-Mel: rea0056@moe.edu.my
Laman Web: www.smkshssn.edu.my

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Portal Rasmi SMK Syed Hassan

Facebook Rasmi SMK Syed Hassan

Instagram Rasmi SMK Syed Hassan

Youtube Rasmi SMK Syed Hassan (TVPSS)