Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya


Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya atau nama ringkasnya SMK TTDI Jaya, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, Shah Alam.Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya memiliki 1109 pelajar lelaki dan 1048 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2157 orang. Ia mempunyai seramai 142 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya
Lokasi
Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, Shah Alam, SHAH ALAM, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSentiasa Cemerlang
Ditubuhkan2 Januari 2001
Nombor sekolah0378471096
Kod sekolahBEA8637
PengetuaEncik Rasul Maideen bin Haja Maideen (SMK Shah Alam)
Faks0378471145
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya (SMK TTDI Jaya) ialah sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor.

Sekolah ini telah mula beroperasi pada 2 Januari 2001, dengan Encik Rasul Maideen bin Haja Maideen sebagai pengetua. Sekolah ini mula beroperasi dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, pada sesi petang iaitu dari 1.15 hingga 6.50 petang. Seramai 27 orang guru mula berkhidmat mendidik seramai 204 pelajar yang telah mendaftar. Warga sekolah seterusnya berpindah ke bangunan SMK TTDI Jaya yang telah dilengkapkan dengan kemudahan asas dan perabot yang diperlukan pada 6 Jun 2001.

Sekolah ini mempunyai sebanyak lebih 40 buah kelas yang memuatkan satu sesi. Antara nama kelas adalah Gamma & Zeta (kelas aliran sains tulen), Sigma (kelas grafik kejuruteraan), Epsilon (kelas sains komputer), Nano (kelas akaun/ekonomi ), Delta (kelas sastera) Tetra, Neutron, Omega (kelas MPV) dan Beta.

Kemudahan Fizikal Sekolah sunting

Sebagai sebuah sekolah kerajaan dan ingin menjayakan misi sekolah untuk mencapai kedudukan 3 terbaik di Shah Alam, pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya berusaha untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif. Secara kasarnya, SMK TTDI Jaya memiliki sebuah blok pentadbiran, 5 blok akademik, sebuah surau, sebuah bilik persalinan dan sebuah kafeteria sekolah.

Berikut ialah kemudahan yang terdapat di SMK TTDI Jaya berdasarkan blok dan kemudahan bangunan di sekolah.


Blok A sunting

  • Aras Bawah
    • Bilik Gerakan Sidang Redaksi
    • Bilik Karisma Jati (Gerakan Pengawas) (MPP)
    • Bilik Percetakan
    • Pejabat Unit Peperiksaan dan Akademik
    • Stor Bangunan 1
    • Stor Bangunan 2
  • Aras Satu
    • Pejabat Pengetua dan Pentadbir
    • Pejabat Pentadbir Sesi Petang
    • Bilik Disiplin
    • Bilik Mesyuarat
    • Bilik Ketua Panitia
    • Dewan Seri Budi (dewan rasmi)
  • Aras Dua
    • Pejabat Unit Teknologi Maklumat
    • Perpustakaan Sekolah
    • Pusat Akses Sekolah
    • Makmal Komputer 1
    • Makmal Komputer 2
    • Bilik Akses Kendiri (SAL)
    • Bilik Server
    • Bilik Media (Tayangan)
    • Bilik Gerakan Pustakawan Sekolah (MPS)

Blok B sunting

  • Aras Bawah
    • Bilik Gerakan Sidang Redaksi
    • Kedai Buku Seri Makmur
    • Kelas
    • Ruang Legar
  • Aras Satu, Dua, dan Tiga
    • Kelas


Blok C sunting

  • Aras Bawah
    • Bilik Bahasa Arab dan J-Qaf
    • Kelas
    • Ruang Legar
  • Aras Satu, Dua, dan Tiga
    • Kelas


Blok D sunting

  • Aras Bawah
    • Bilik Operasi Buku Teks (BOSS)
    • Bilik Sukan
    • Koperasi Sekolah
    • Ruang Legar
    • Tandas
  • Aras Satu
    • Dewan Wawasan
    • Studio Sinaran Seni
    • Bilik Matematik (PINTAR)
    • Bilik Geografi (LESTARI)
    • Tandas
  • Aras Dua
    • Makmal Kajihayat
    • Makmal Sains 1
    • Makmal Sains 2
  • Aras Tiga
    • Makmal Biologi
    • Makmal Fizik
    • Makmal Kimia


Blok E sunting

  • Keseluruhan Blok ini menempatkan bengkel-bengkel untuk subjek Kemahiran Hidup Bersepadu, Automotif dan Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara (MPPPU)

Blok Tingkatan 6 sunting

  • Blok ini merupakan antara blok yang baru dibangunkan pada tahun 2009. Blok ini menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang mengambil aliran Kemanusiaan di SMK TTDI Jaya. Terdapat 5 unit kelas dalam blok ini. Lokasi blok ini juga berhampiran dengan tapak semaian dan kebun yang diuruskan oleh pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Pertanian.

Surau Al-Falah sunting

  • Surau Al-Falah merupakan surau utama di SMK TTDI Jaya. Pembangunan surau ini diletakkan diluar blok bangunan sekolah bagi membolehkan kedudukan surau ini secara terus menghadap kiblat. Surau ini hanya berupaya menampung 300 orang pelajar serentak dalam sesuatu masa.

Disebabkan kekangan tersebut, pada tahun 2010 disebabkan oleh kemasukkan pelajar yang semakin ramai, pihak sekolah mengambil keputusan untuk menjadikan Ruang Legar Blok D sebagai ruang solat sementara untuk semua pelajar lelaki manakala Surau Al-Falah digunakan sebagai ruang solat untuk pelajar perempuan.

Akan tetapi pada 2015,pelajar lelaki dan pelajar perempuan dibenarkan solat secara berjemaah di surau al-falah setelah "renovation" dilakukan.

Kafeteria Sekolah sunting

Kafeteria Sekolah atau nama sebenar Kafeteria Jaya ini merupakan kantin sekolah. Konsesi kantin sekolah ini dibuka kepada umum melalui kreteria tertentu antaranya termasuklah harga, kebersihan dan kualiti, status kewarganegaraan dan sejarah kesihatan. Walaubagaimanapun, selain membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, pelajar mempunyai alternaitf lain termasuk mendapatkan di koperasi sekolah pada waktu rehat.

Kantin sekolah ini berupaya menampung bilangan pelajar sehingga 400 orang dalam satu-satu masa dengan kemudahan ruang makan berbumbung atau tidak berbumbung; "open air".

Kemudahan Lain sunting

Selain dari kemudahan fizikal di SMK TTDI Jaya, kemudahan lain yang disedikan termasuklah telefon awam, telefon berkonsepkan "reverse charge" atau dikenali sebagai TeleSiswa dan capaian Internet tanpa wayar (WiFi) di seluruh kawasan sekolah.

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) sunting

SMK TTDI Jaya mempunyai ketetapan waktu PnP yang digunapakai sejak tahun 2001 sehingga kini. Dibawah merupakan senarai waktu pengajaran dan pembelajaran mengikut sesi.

  • Sesi Pagi

Waktu: 7.30 pagi - 12.50 petang Rehat: 10.00 pagi - 10.20 pagi (Tingkatan 3) Rehat: 10.20 pagi - 11.40 pagi (Tingkatan 4,5, dan 6)

  • Sesi Petang

Waktu: 1.05 petang - 6.40 petang Rehat: 3.50 petang - 4.10 petang (Peralihan dan Tingkatan 1) Rehat: 4.20 petang - 4.40 petang (Tingkatan 2)

Waktu ini mungkin akan berubah sekiranya pelajar terlibat dengan program inisiatif akademik seperti Program ELIT, Program Mentor-Mentee, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan apabila Bulan Ramadan menjelma.

Keceriaan Sekolah sunting

Bagi mewujudkan konsep sekolah dalam taman, pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh pihak sekolah, antaraya termasuklah menanam pelbagai jenis pokok di persekitaran sekolah, menanam pokok buah-buahan, mewujudkan ruang santai seperti Taman Refleksologi dan Taman MPP dan menghias ruang-ruang legar utama sekolah.

Tambahan pula, pada tahun 2008, SMK TTDI Jaya merupakan salah sebuah sekolah yang berjaya mendapat anugerah 5S dari Majlis Produktiviti Malaysia (MPC). Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah bertindak membahagikan sekolah kepada beberapa zon tertentu dan diselaraskan dengan polisi 5S SMK TTDI Jaya.

Program 5S di SMK TTDI Jaya ini juga dijalankan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keceriaan sekolah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan mesra pelajar.

Beberapa individu yang terlibat dalam menguruskan 5S termasuklah Pengetua Sekolah ketika itu, En. Rasul Maideen Haja Maideen, dan beberapa orang guru antaranya Pn. Norliza Mustapa, Pn. Rosilawati Yusof, Pn Arfah Mat, Pn. Siti Nor Akma binti Kamaruddin dan beberapa orang pelajar yang bertindak mewakili zon masing-masing.

Beberapa sekolah lain yang turut sama memenangi anugerah 5S terebut termasuklah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah (SMKSAAS).

Kecemerlangan Pelajar sunting

SMK TTDI Jaya juga turut berjaya melahirkan beberapa pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Seni Kreatif dan Fotografi, Kulinari dan Teknologi Maklumat, dan Sukan. Selain dari itu, ada diantara beberapa orang pelajar dari sekolah ini juga telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tambahan lagi, kecemerlangan pelajar ini turut dibantu oleh pelbagai program berunsurkan akademik yang dijalankan di SMK TTDI Jaya termasuklah seminar, kursus dan khemah ibadah, dan program-program lain.

Antara syarikat-syarikat korporat yang terlibat dengan program kecemerlangan pelajar termasuklah UMW, Edubox, dan Brand (melalui program High Achiever Award) dan TIMES Education. Dua orang pelajar cemerlang yang berjaya dalam program tersebut adalah Mohamed Irsyad Bin Mohamed Haniffa (Kelas: 5 Amanah, 2009) dan Nicholas Keevan Rajah (Kelas: 5 Amanah, 2009). Manakala, dalam bidang seni kreatif, Izuani binti Sobri berjaya mengharumkan nama sekolah sehingga diperingkat antarabangsa.

Disiplin Pelajar sunting

Pihak sekolah sentiasa komited dalam melahirkan pelajar yang cemelang, iaitu berlandaskan dan sesuai dengan motto sekolah iaitu Sentiasa Cemerlang. Oleh yang demikian, Majlis Pemimpin Pelajar yang dibimbing oleh Pn. Azura bt Abdullah dan Unit Disiplin, En. Zul Azmi akan sentiasa bersama-sama memastikan pelajar SMK TTDI Jaya mematuhi peraturan sekolah.

Unit Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) yang merupakan tulang belakang sekolah yakni pengawas sekolah telah meningkatkan imej sekolah bermula sesi 6/ 2013 sehingga sekarang yang diketuai oleh pelajar tingkatan 4, Fariz Hizary bin Anuar. Bersama ahli jawatankuasa tertinggi yang lain, perubahan telah dilakukan sedikit demi sedikit bagi mencapai matlamat sekolah ini.

Pada masa ini, disiplin pelajar sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Maklumat perhubungan sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya
Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Pautan luar sunting