Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama atau nama ringkasnya SMK Taman Klang Utama, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Sg. Keramat, Taman Klang Utama.

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama
Lokasi
Persiaran Sg. Keramat, Taman Klang Utama,, Klang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto#KUinME : Mencetus Inspirasi Mencapai Kualiti
Nombor sekolah03-32918081
Kod sekolahBEA0107
Pengerusi PIBGEn. Yap Ming Hsiang
PengetuaPn Hajah Umi Kalsom Binti Mohd Wahi
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Jaya A/P Ramasamy
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn Hj Rosli Bin Ali
Penolong Kanan KokurikulumPn Zaleha Binti Mohd Sharif
Faks03-32904276
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama memiliki 1110 orang pelajar lelaki dan 1046 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2156 orang. Ia mempunyai seramai 117 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama, Persiaran Sungai Keramat, Klang dibuka pada 6 Januari 1997. Nama asal Sekolah ini ialah Sekolah Menengah Batu 2, Jalan Haji Sirat, Batu Belah, Klang. Pembinaan sekolah ini disempurnakan pada akhir tahun 1996 dan sedia untuk beroperasi untuk sesi persekolahan 1997. Keluasan sekolah ini ialah kira-kira 5.20 ekar. Sekolah ini terdiri daripada 7 buah bangunan iaitu Blok Aspirasi, Blok Bitara, Blok Cendekia, Blok Difusi, Blok Efisien, Blok Firdausi dan Blok Gerbang Minda dengan jumlah bilik darjah sebanjak 31 buah. Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah bandar ini terletak di dalam daerah Klang. Sekolah ini terletak di sebuah Kawasan Perumahan yang sedang pesat membangun di pinggir Bandar Klang. Pada asalnya, kawasan ini merupakan kawasan sebuah ladang kelapa sawit yang telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan diberi nama Taman Klang Utama. Nama sekolah ini mengambil sempena nama taman tersebut. Pada awal penubuhan, pihak sekolah menghadapi masalah terutama dari segi kemudahan fizikal. Selama hampir dua minggu, sekolah telah beroperasi tanpa bekalan elektrik dan talian telefon. Pihak sekolah juga terpaksa membeli beberapa peralatan seperti kerusi dan meja secara kredit memandangkan bekalan yang diterima itu tidak dapat menampung jumlah pelajar berdaftar pada tahun tersebut.Sekolah ini bermula dengan bilangan guru hanya seramai 26 orang dengan bilangan pelajar berjumlah 696 orang yang kebanyakannya ialah pelajar pelajar yang berpindah dari sekolah-sekolah yang berhampiran dan hanya mempunyai kelas-kelas Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan 2. Kini, sekolah ini telah mengorak langkah dengan membuka kelas Tingktan 4 Sains bermula tahun 2000. Pada tahun 1999, persekolahan dua sesi dimulakan memandangkan bilangan pelajar yang meningkat. Sekolah ini mengalami perubahan besar bilangan tenaga pengajar dan bilangan pelajar dari tahun 1997 hingga [bila?].

Visi sunting

Melahirkan pelajar cemerlang, seimbang, berkualiti, berilmu pengetahuan dan berbudi pekerti.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama,
Persiaran Sg. Keramat, Taman Klang Utama,
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-32918081
Faks = 03-332904276
E-mel = bea0107@moe.edu.my

Pautan luar sunting