Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera atau nama ringkasnya SMK Taman Sejahtera, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Sejahtera.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera | |
---|---|
Lokasi | |
Taman Sejahtera Bukit Mertajam, 14000, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang Malaysia | |
Koordinat | 5°20′05″N 100°29′29″E / 5.3347°N 100.4914°EKoordinat: 5°20′05″N 100°29′29″E / 5.3347°N 100.4914°E |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu Cahaya Kesejahteraan |
Ditubuhkan | 7 Januari 2002 |
Nombor sekolah | 6045521805 |
Kod sekolah | PEA0011 |
Pengetua | Abul Halim bin Hussin |
Faks | 6045516861 |
Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 533 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2020
Sejarah
suntingSMK Taman Sejahtera diberi nama oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dengan nama lokasi taman perumahan “Tamam Sejahtera” di Mukim 15, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Jarak sekolah dari pusat bandar Bukit Mertajam adalah 6km. Sekolah mula dibina pada bulan Disember 1999 di sebuah tapak seluas 9 ekar, dan siap bina pada 26 September 2001. Penyelaras dilantik pada 1 Disember 2001 bagi melaksanakan tugas penyelarasan pembukaan. SMK Taman Sejahtera mula beroperasi pada 7 Januari 2002, dengan 320 orang pelajar, 19 orang guru dan 4 orang staf, dengan 3 kelas Peralihan dan 6 kelas Tingkatan 1. PK Pentadbiran pertama ialah En Abdul Salis bin Abdul Halim. PK HEM pertama ialah Pn Hajjah Sharifah binti Syed Zain dan PK Kokurikulum ialah En Azhar bin Muhamad.[1][2]
Sekolah ini terdiri daripada empat (A ke D) blok bangunan kelas disertai dengan dewan di tengah-tengahnya dan lagi satu padang untuk aktiviti bersukan. Blok A dan B mempunyai 15 buah bilik, Blok C mempunyai 12 buah bilik dan Blok D mempunyai 11 buah bilik. Blok A mempunyai Koperasi Sekolah, Bilik Rawatan, Galeri, Pejabat, Bilik Disiplin, Dewan Tertutup, Bilik Guru, Surau, Bilik Kaunselor, Bilik Peperiksaan, Bilik Mesyuarat, Bilik Pengawas, Bilik Tayangan dan Pusat Sumber Sekolah. Blok B mempunyai 1 Bengkel RBT, 3 Makmal Sains, 1 Makmal Fizik, Kimia dan Biologi, 1 Makmal Komputer, 1 Makmal Bahasa, Bilik Seni dan bilik kelas. Blok C terdiri daripada bilik kelas dan kantin sekolah. Blok D terdiri daripada bilik kelas dan 6 Bengkel RBT. Pelan sekolah boleh merujuk laman sesawang di OpenStreetMaps
Senarai Pengetua
sunting- En Wan Abdul Halim bin Haji Wan Mohamad (penyelaras, 1 Januari 2002-31 Disember 2004)
- En Shuib bin Zainordin (16 Ogos 2005-15 Mei 2009)
- Pn Khalijah binti Sirat (16 Mei 2009-Okotober 2013)
- En Mohd Salleh bin Shari (Oktober 2013-November 2017)
- En Abul Halim bin Hussin (2018-kini)
Misi dan visi
sunting- Visi[3]
- Ke arah mewujudkan sekolah yang terbaik dan berkesan dalam melaksanakan program pendidikan bagi melahirkan insan yang sejahtera di dunia dan akhirat
- Misi
- Berusaha mendidik pelajar menjadi insan yang baik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan berakhlak mulia.
- Meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran ko-kurikulum dan ciri kepimpinan yang unggul.
- Menanamkan budaya kerja yang ikhlas, berkualiti dan terpuji.
- Mewujudkan suasana perhubungan warga sekolah yang mesra dan persekitaran yang sejahtera.
Lambang Sekolah
sunting- Maksud Lambang[1]
- Putih: Suci, bersih, unggul, beragama dan nilai akhlak yang mulia
- Biru gelap: Penyayang, mesra toleransi, permuafakatan dan keharmonian warga sekolah.
- Kuning: Kejayaan, kecemerlangan, kegemilangan dan kesejahteraan.
- Hijau gelap: Bumi tuhan yang subur, kaya dengan khazanah dan pelbagai ilmu yang bermanfaat.
- Perisai: Sekolah yang mantap dan berkesan
- Buku dan komputer: Kesungguhan dan kegigihan menuntut ilmu dan kemahiran yang sentiasa berkembang dan bermanfaat.
- Jalur Cahaya Matahri Terbit: Ilmu dan kemahiran yang dituntut diamalkan dan disebarkan untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
- Tiga buah kubah: Seluruh aktiviti berterusan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, prinsip agama dan nilai akhlak yang mulia.
- Bulan dan bintang: Sentiasa berusaha ke arah kejayaan, kecermelangan, kesejahteraan dan disepadukan dengan rasa kesyukuran.
Lagu Sekolah
sunting- SMK Taman Sejahtera
- Satu Tekad Transformasi Bersama
- Bersemangat Berusaha
- Pacu Cemerlang Utama
- Sekolah Jadi Kebanggaan
- Lahir Insan Yang Terbilang
- Disiplin dan Keazaman
- Ke Puncak Kesejahteraan
- Hormat Pada Guru Ibu Bapa
- Tuntutan Agama dan Negara
- Visi Dijunjung Misi Dijaga
- SMKTS ke Puncak Jaya
- Visi Dijunjung Misi Dijaga
- SMKTS ke Puncak Jaya
- Usaha Pasti Kita Berjaya
- Lagu: Khairy Hazmy bin Hashim
- Lirik: Mohd Salleh bin Shari[4]
Senarai Uniform, kelab persatuan dan sukan permainan
sunting- Uniform
Pandu Puteri, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba dan Penyelamat, Pengakap, Taekwondo
- Kelab persatuan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah & Geografi, Sains & Matematik, Pendidikan Islam, SPBT, Komputer, Seni & Alam Sekitar, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Koperasi & Kepenggunaan, Rukun Negara, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pencegah Jenayah, Seni & Kebudayaan, Inovasi.
- Sukan
Olahraga, Bola Jaring, Bola Baling, Bola Sepak, Sepak Takraw, Ping Pong, Badminton, Bola Tampar, Frisbee, Bola Keranjang, Petanque.
Pencapaian
sunting- Bola sepak tempat ke-2 (2011)
- Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah -kategori NGO - tempat ke 4
- Pertandingan Kabaddi Pulau Pinang tempat ke-3 (2020)[5]
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera
- Taman Sejahtera
- 14000, Bukit Mertajam
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = 6045521805
- Fax = 6045516861
Rujukan
sunting- ^ a b Sejahtera Edisi 2, 2011, Pulau Pinang
- ^ https://smkts.wordpress.com/sejarah-sekolah/
- ^ https://smkts.wordpress.com/visi-sekolah/
- ^ Permata Sejahtera Edisi 3
- ^ https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2020/02/20/youngsters-battle-it-out-in-kabaddi-contact-sport