Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri atau nama ringkasnya SMK Tanjong Puteri, ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Baling, Kuala Ketil, Kedah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Baling,, 09300 Kuala Ketil,, Kedah Darul Aman![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Bertekun, Berjaya, Berbakti |
Ditubuhkan | 1985 |
Nombor sekolah | 604-4164673 |
Kod sekolah | KEA0065 |
Pengerusi PIBG | YB. MEJAR(B) MANSOR BIN ZAKARIA |
Pengetua | TN HJ MOHD FADHLEE BIN ABDULLAH |
Faks | 604-4163853 |
Pada 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri memiliki 786 pelajar lelaki dan 738 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1530 orang pelajar. Ia mempunyai seramai 94 guru dan 14 orang staf sokongan.[1]
SejarahSunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri pada mulanya dikenali sebagai SMK Kuala Ketil II, diasaskan pada Januari 1985 untuk menampung kemasukan pelajar daripada sekolah-sekolah rendah di sekitar pekan Kuala Ketil. Ketika mula ditubuhkan SMKK II masih tidak mempunyai bangunan sendiri. Lantaran itu pihak pentadbiran dan pengurusan terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil. Pada peringkat awal penubuhan, jumlah pelajar hanya 313 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Jumlah kelas ialah lapan buah, iaitu 4 kelas tingkatan 1 dan 4 kelas peralihan. Kakitangan sekolah terdiri daripada 14 orang guru dan seorang jaga.
Pada tahun berikutnya iaitu 1986 barulah pengurusan dan pentadbiran berjalan sepenuhnya di bangunan sendiri. Jumlah pelajar meningkat kepada 601 orang. Kakitangan sekolah pula terdiri daripada 27 orang guru, seorang kerani, seorang pembantu makmal rendah, 2 orang pekerja am dan seorang jaga.
Pada 1 Januari 2011, Sekolah Menengah Kuala Ketil II telah ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri.[1]
Barisan pengetuaSunting
- En Abdullah b. Abd Samad (1 Jan 1985- 15 Dis 1987)
- En Abdullah b. Ibrahim (16 Dis 1987-15 April 1988)
- En Saad b. Ahmad (16 April -15 Jan 1988)
- Tn Hj Nayan b. Bakar (16 Jan 1992-31 Ogos 1996)
- Cik Hajah Aishah bt Said (1 Sept 1996-15 Januari 1998)
- Tn Hj Roslan b. Said (16 Jan 1998-15 Mei 1999)
- En Lim Cheng Uo (16 Mei 1999-31 Ogos 2000)
- Tn Hj Ismail b. Shaidan (1 Sept 2000-15 Mac 2005)
- Pn Hjh Rohani bt Said (16 Mac 2005-2008)
- Pn Naimah Ibrahim (2009-2010)
- Pn Fatimah bt Shaari (2010-2016)
- Mohd zaki Bin Abdullah (2016-2017)
- Mohd fadhlee Bin Abdullah (2017 - kini)
Misi dan visiSunting
- Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
- Visi
Sekolah Cemerlang Dan Berintegriti
PencapaianSunting
AlamatSunting
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri
- Jalan Baling
- 09300, Kuala Ketil
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 604-4164673
- Faks = 604-4163853
- Email: smktanjongputeri@gmail.com
RujukanSunting
- ^ a b "SMK TANJONG PUTERI: Sejarah Sekolah..." SMK Tanjong Puteri. 25 September 2012. Dicapai pada 26 Mac 2014.