Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent
Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent atau nama ringkasnya SMK Tarcisian Convent, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Abdul Manap, Taman Lim.
SMK Tarcisian Convent Ipoh | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Abdul Manap, Taman Lim, 30100, Ipoh., Perak Darul Ridzwan![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Simple in Virtue, Steadfast in Duty |
Nombor sekolah | 6055277134 |
Kod sekolah | AEB2049 |
Faks | 6055270215 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent memiliki 0 pelajar lelaki dan 1081 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1081 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009
Sejarah Sunting
SMK Tarcisian Convent Ipoh telah ditubuhkan pada tahun 1965 dengan tujuan untuk menampung murid-murid dari SK Tarcisian Convent dan sekolah-sekolah berhampiran seperti SK Guru Nanak.
Sekolah ini terletak dalam satu kawasan yang sama dengan SK Tarcisian Convent. SMK Tarcisian Convent telah ditubuhkan atas daya usaha Rev Mother Pauline dan nama sekolah adalah sempena nama seorang paderi ketika itu iaitu Sister Tarcisius.
Pada mulanya pentadbiran sekolah ini diletakkan di bawah SMK Convent di Jalan Sultan Idris Shah tetapi pada tahun 1967, pentadbiran sekolah ini telah dipisahkan daripada SMK Convent sebagai sebuah sekolah yang beridentiti sendiri.
Pencapaian Sunting
Telah menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan pencapaian koir sekolah (second diploma)
Alamat Sunting
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent
- Jalan Abdul Manap, Taman Lim
- 30100, Ipoh
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6055277134
- Fax = 6055270215