Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai atau nama ringkasnya SMK Tasek Damai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tawas Baru Utara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai
Lokasi
 Malaysia Jalan Tawas Baru Utara, 30010, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6052917200
Kod sekolahAEA2054
GPK Pentadbiran dan AkademikAhmad Kemunchak bin Abdul Karim
Faks6052921275


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai memiliki 1014 pelajar lelaki dan 1024 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2038 orang. Ia mempunyai seramai 129 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Tasek Damai (SMKTD), Ipoh telah didirikan di atas tanah seluas 20 ekar (8,094 hektar) dan mempunyai 4 buah blok utama dengan sejumlah 24 buah bilik darjah.

Pada akhir tahun 2000, SMKTD telah siap dibina sepenuhnya dan memulakan operasinya pada tanggal 2 Januari 2001. Sebagai persediaan untuk sekolah mula beroperasi sepenuhnya , Tuan Hj. Azmi b. Ahmad telah dilantik sebagai pengetua pertama.

SMKTD bermula dari 998 orang pelajar dan 44 orang guru. Pelajar-pelajar terdiri dari Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan Lima. Pada tahun 2003, SMKTD telah menerima pelajar-pelajar Pendidikan Khas seramai 53 orang. Mereka ialah pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pada tahun 2008 dua buah bangunan Pendidikan Khas yang baru dibina bagi menampung pertambahan pelajar Pendidikan Khas.

SMKTD juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan guru dan bukan guru serta pelajar. Selain bilik darjah, terdapat pelbagai bilik khas seperti berikut.

Pencapaian sunting

Sekolah Menengah Tasek Damai telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang. Antaranya adalah para pelajar yang lahir pada tahun 1990-1995. Mereka merupakan generasi yang bakal menjadi pemimpin dan harapan negara.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai
Jalan Tawas Baru Utara
30010, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052917200
Fax = 6052921275

Pautan luar sunting