Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng

Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng atau nama ringkasnya SMK Tat Beng, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sungai Nyior.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng
Lokasi
Sungai Nyior, 34800, Trong,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6058544220
Kod sekolahAEE6060
Faks6058544409


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng memiliki 418 pelajar lelaki dan 445 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 863 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada tahun 1969, SMKTB dimulakan dengan rasminya. Nama Tat Beng adalah mengambil dari mantan ahli parlimen Bruas iaitu Yeoh Tat Beng yang meninggal dunia semasa terlibat dalam projek pembinaan sekolah ini. Ketika itu hanya terdapat tiga buah blok. Sebelum tahun 1969, murid-murid dan guru-guru menumpang di dua buah sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Rendah Temelok dan Sekolah Menengah Rendah Sungai Kerang. Tugas pentadbiran sekolah, masing-masing dikendalikan oleh seorang pengetua. Sekarang, kedua-dua buah sekolah itu dinamakan SRJK(C) Temelok dan SRJK(C) Sg. Kerang.


Pada masa itu, ramai penduduk sekitar kawasan Trong seperti Kampung Temelok, Kampung Padang Gajah, Kampung Sg. Tinggi dan Trong ingin sekolah dibina di kampung mereka. Penduduk kampung Sg. Rotan juga mahukan tapak sekolah menengah dibina di Padang Gajah kerana ini akan memudahkan anak-anak mereka bersekolah. Oleh itu, Tuan Hj. Saad Bin Hj. Ahmad, PJK ( salah seorang pengerusi AJK Lembaga Tadbir sekolah ) ingin mendermakan tanahnya di Padang Gajah untuk tujuan tersebut. Beliau telah pergi ke Pejabat Pelajaran di Ipoh dan merayu agar sekolah itu dibina di Padang Gajah tetapi hasrat beliau tidak tercapai.

Tambahan pula, penduduk di persekitaran Trong menentang cadangan lokasi tersebut kerana kedudukannya yang agak jauh. Pada tahun 1969, seorang penduduk iaitu En. Ng Shye Kiat telah mendermakan tanah miliknya di Sg. Nyior untuk tujuan pembinaan sekolah.

Oleh sebab kawasan ini strategik, pembinaan sekolah di sini dipersetujui oleh penduduk tempatan. Akhirnya dengan kesepakatan terbinalah bangunan sekolah menengah untuk kawasan ini di Sg. Nyior.

Pada tahun 1984, bangunan sekolah ini diperluas iaitu dari tiga blok asalnya kepada tujuh buah blok termasuk sebuah bangunan dua tingkat dan sebuah bangunan bentuk baru yang dibina dengan harga yang murah. Kalau ditinjau secara lebih dekat kedudukan SMKTB memang terpencil iaitu jauh dari sekolah-sekolah menengah yang lain di daerah ini. Ramai yang beranggapan bahawa sekolah ini ialah sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, walhal sebenarnya ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan, SMKTB seperti sekolah-sekolah menengah kebangsaan yang lain mendapat bantuan penuh daripada kerajaan.

Sepanjang era 90 an, terdapat beberapa perubahan dan pertambahan dari segi fizikal antaranya ialah pembinaan sebuah bilik kebal pada tahun 1991 untuk kegunaan sekolah-sekolah sekitar Trong. Di bawah pentadbiran silih berganti lakaran sejarah baru dibuat dengan bermulanya kelas aliran Sains. Pada Tahun 2000, sebuah blok 2 tingkat untuk makmal sains dibina. Dua buah lagi blok baru SMKTB beserta Kompleks Rumah guru tersergam indah siap dibina dalam tahun 2002. Terdapat juga dua subjek Vokasional diperkenalkan kepada pelajar bermula tahun 2002 iaitu Pembinaan Domestik dan Rekaan Jahitan dan Pakaian untuk pelajar Tingkatan 4. Makmal komputer juga telah dibina pada tahun 2002.

Kini SMKTB menjangkau usia 43 tahun ( sehingga 2012 ) dengan lebih kurang 800 orang pelajar, 75 orang staf akademik dan 12 orang staf sokongan. Mulai Tahun 2007, kami telah menerima kemasukan kumpulan pertama pelajar Tingkatan 6.

Pencapaian sunting

Bekas pelajar SMKTB yang bernama Lim Wui Fan telah mendaoat keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 9A+ dan 1A pada tahun 2015.[1]

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng
Sungai Nyior
34800, Trong
Perak,   Malaysia
Telefon = +605-85442208
Fax = +605-8544409

Pautan luar sunting