Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong atau nama ringkasnya SMK Telok Gadong (SMKTG), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Serampang 3, Off Jalan Teluk Pulai, 41100 Klang. Dibuka rasmi pada 1 Disember 1991. Sekolah ini bertaraf sekolah Gred B pada 1 Januari 1991 hingga Januari 1998. Kemudian telah bertukar taraf menjadi sekolah Gred A sehingga kini. Keluasan sekolah adalah lebih kurang 6.5 ekar. SMK Telok Gadong merupakan salah sebuah sekolah yang terlibat secara langsung dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong memiliki 1402 pelajar lelaki dan 1278 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2680 orang. Ia mempunyai seramai 139 orang guru.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong
Lokasi
Jalan Serampang 3, Off Jalan Teluk Pulai, KLANG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Menara Hidup
Nombor sekolah+603-33710804
Kod sekolahBEA0103
Faks+603-33722259
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong.


Falsafah SMK Telok Gadong sunting

Falsafah sekolah adalah mengandungi visi, matlamat dan objektif sekolah dengan memenuhi kehendak seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Rukunegara, dan Wawasan Negara dan pendidikan bertaraf dunia. Berasaskan nilai teras seperti berakhlak mulia, amanah, rajin, ikram, berilmu dan berfikir

Piagam Sekolah sunting

Kami Berjanji Akan Memastikan Anda

  • Menerima pendidikan yang sempurna dan berterusan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Aspirasi Negara.
  • Menerima layanan mesra dan berhemah bagi semua urusan penyampaian perkhidmatan kami.
  • Mendapat maklumat yang lengkap dan jelas dari mana-mana guru dan kakitangan kami.
  • Merasa selamat, selesa dan berpuas hati dengan kemudahan yang kami sediakan semasa menerima perkhidmatan yang diperlukan.
  • Menjadi insan yang berpendidikan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Visi Sekolah sunting

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Misi Sekolah sunting

Warga SMK Telok Gadong beriltizam untuk merealisasikan visi dengan

  • Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum dari segi kuantiti dan kualiti.
  • Menyediakan pelbagai kemudahan bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Memupuk nilai-nilai murni ke arah melahirkan warga SMKTG yang bersahsiah tinggi.
  • Menyemai semangat permuafakatan dan perpaduan di kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.

Ringkasan Sejarah Sekolah sunting

Terbinanya Sekolah Menengah Telok Gadong adalah atas cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan pada masa itu yang telah mengadakan lawatan rasminya ke Sekolah Rendah Sungai Udang. Beliau berhasrat untuk membina sebuah sekolah menengah di kawasan ini memandangkan bilangan penduduk yang ramai tetapi tidak ada sekolah memengah. Cadangan beliau mendapat sambutan yang baik oleh penduduk di sekitar kawasan.

1 Disember 1991 - Terdiri daripada 2 buah bangunan empat tingkat, SMTG dibuka secara rasmi dengan 449 orang pelajar dan 25 orang guru. Sebanyak 9 kelas tingkatan 1 dan 3 buah kelas tingkatan peralihan. Encik Mokhtar bin Haji Ahmad telah dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan sebagai Pengetua yang pertama di sekolah ini. Encik Chong Hock Lim dilantik sebagai Guru Penolong Kanan 1 manakala Encik Tung Soon Yu sebagai Guru Penolong Hal Ehwal Murid.

17 April 1993 - PIBG ditubuh secara rasmi dengan pengerusi pertama, En. Abdul Rahman Bin Tan Chik.

10 Oktober 1994 - Bendera dan lagu sekolah berkibar dan berkumandang buat pertama kalinya. Bendera Sekolah direkacipta oleh En. Alias Bin Samsudin, manakala lagu sekolah dicipta bersama oleh Mohd Hanif Bin Jahabar Salleh (pelajar tingkatan 3.3 sessi 1993/1994) dan Puan Diana Ng (guru sekolah).

Oktober 1994 - Permulaan projek bangunan tambahan yang terdiri daripada 4 buah bengkel Kemahiran Hidup dan 3 buah Makmal Sains.

Jan 1998 - Terbitan majalah sekolah pertama "MENARA 97"

Ogos 2000 - Bangunan baru tiga tingkat (12 buah bilik darjah) dibina.

Jun 2001 sehingga Dis 2002 - Bangunan baru Makmal Komputer dibina

Februari 2007 - Bangunan kilat blok F yang menempatkan 4 buah kelas dibina.

Disember 2008 - Bangunan kilat blok G yang juga menempatkan 4 buah kelas dibina

Infrastruktur Sekolah sunting

Infrastruktur Sekolah termasuklah:

  1. 8 bangunan sekolah termasuk bangunan integrasi khas (PPKI)
  2. 15 kelas untuk setiap tingkatan serta kelas peralihan
  3. Pusat Sumber Sekolah
  4. Makmal Komputer 1 & 2
  5. Makmal Sains 1, 2 & 3
  6. Makmal Fizik
  7. Bengkel Kemahiran Hidup (Kerja Kayu, Masakan, Jahitan)
  8. Bilik Kauseling
  9. Koperasi Sekolah
  10. Surau
  11. Kantin Sekolah
  12. Dewan perhimpunan berbumbung
  13. Dewan tertutup
  14. Padang bola keranjang,
  15. Padang bola sepak
  16. Padang badminton,
  17. Tapak lontar peluru dan padang lompat jauh.
  18. Taman refleksologi
  19. Rumah hijau (pertanian)
  20. Tempat letak basikal (Lelaki),
  21. Tempat letak basikal (Perempuan),

Lambang Lencana SMKTG sunting

Lencana SMKTG sunting

  • OBOR melambangkan semangat yang berkobar-kobar untuk maju dan berjaya di kalangan pelajar-pelajarnya.
  • BUKU bermaksud sumber ilmu yang paling penting.
  • SAYAP bermaksud pelajar-pelajarnya sentiasa berusaha dengan gigih untuk berjaya.
  • BUMBUNG bermaksud sekolah merupakan sebuah gedung ilmu.
  • BENTUK ‘V’ bermaksud kejayaan pelajar-pelajarnya di dalam segala bidang.
  • COGAN KATA: ILMU MENARA HIDUP

Maksud Lencana Warna Sekolah sunting

  • Biru Tua Perpaduan antara warga SMKTG
  • Biru Muda Ketenangan pelajar-pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan
  • Kuning Pelajarnya setia kepada agama, raja, sekolah, negeri dan negara.
  • Hijau Keharmonian alam sekeliling dan saling bertoleransi di kalangan masyarakat
  • Merah Keberanian pelajar-pelajarnya berusaha untuk berjaya dalam semua bidang.

Lagu Sekolah sunting

(Ciptaan: Mohd Hanif Bin Jahabar Sali dan Puan Diana Ng)

Sekolah Menengah Telok Gadong

Kebanggaan Putera Puteri

Memaju Bangsa

Mencurah Bakti Pada Ibu Pertiwi

Ilmu Menara Hidup

Cogan Kata Kita

Sikap Maju Dan Jaya

Membina Disiplin Kita

Hormat Pada Guru

Cinta Pada Ilmu

Berakhlak, Berdisiplin, Bersatu

Wawasan Jaya Kita Tuju

Senarai Pengetua Sekolah sunting

Tahun Nama
16 Jan 1992 sehingga 3 Jan 1995 Encik Mokhtar bin Haji Ahmad
1 Feb 1995 sehingga 30 Mei 1996 Encik Ang @ Saw Seng Hin
1997 Encik Baharum Haji Sulaiman
1998 Puan Teh Sang Lim
2018 sehingga 2022 Tuan Hj shokimi bin saman
2023 sehingga kini Puan Hajah Norazlinda Binti Kassim

Pautan luar sunting