Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan atau nama ringkasnya SMK Tengku Ampuan Intan (juga disingkatkan sebagai SMKTAI/IPHS), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (Asrama Harian) Premier yang terletak di Jalan Sekayu, Kuala Berang, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan
سكوله منڠه كبڠسأن تڠكو امڤوان اينتن
(SMKTAI/IPHS)
Alamat
Jalan Sekayu, 21700 Kuala Berang, Malaysia
Kuala Berang, Terengganu
Malaysia
Maklumat
Nama lainIntan Premier High School
Nama-nama lamaTengku Ampuan Intan School

Tengku Ampuan Intan Secondary School

Sekolah Menengah Kuala Berang
JenisSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoUsaha Tangga Jaya
Ditubuhkan1950
Daerah sekolahHulu Terengganu
PengetuaChe Wan Ahmad Che Wan Sulong
Penolong Kanan PentadbiranBakhtiar Jusoh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridChe Rahimah bt Che Muhamed
Penolong Kanan Kokurikulumtbd
Ketua PengawasAmir Sabrin bin Ibrahim
Gred• Tingkatan 1–5
• Berkeperluan khas
Jumlah penuntut610+
Bahasa pengantar• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
Bilik kelasIbnu Sina, Ibnu Tufail, Ibnu Yunus, Ibnu Khaldun, Ibnu Rushd, Ibnu Battuta
Rumah-rumahBerani, Kental, Mantap, Hebat
LaguLagu Sekolah "Intan Mulia"
Buku tahunanIntan
AlumniAlumni SMTAI & SMKTAI
Telefon+6096811231
Faks+6096811709
Laman sesawang
Map
Map
Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan memiliki 285 orang pelajar lelaki dan 455 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 740 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009

Lencana sekolah sunting

 

Gergaji – Asas Kepada Teknologi

Obor – Penyuluh Kehidupan

Perisai – Ketahanan dan Keselamatan

Roda – Teknologi

Rantaian Gelang – Kepentingan Kokurikulum

Merah – Keberanian dan Dinamik

Kuning – Kedaulatan Raja dan Martabat Bangsa

Putih – Kesucian dan Kemurnian

Biru – Perpaduan dan Keharmonian

Sejarah sunting

Sekolah ini dibuka pada tahun 1955 sebagai Sekolah Rendah Inggeris, dan diberi nama Tengku Ampuan Intan School (TAIS), mengambil sempena nama gelaran Tengku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Setia Raja, yang dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949, setelah berkahwin dengan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Sultan Terengganu) pada tahun 1944. Pada tahun 1961, TAIS dijadikan Sekolah Menengah Inggeris terulung di daerah ini. Kemudian pada tahun 1964, sebuah sekolah menengah kebangsaan didirikan bersebelahan TAIS. Untuk beberapa tahun, kedua-dua sekolah menengah ini bersaing antara satu sama lain dengan dua orang Guru Besar/Pengetua yang berlainan.

Pada tahun 1971, kedua-dua sekolah menengah ini digabungkan di bawah seorang pengetua, tetapi masih mempunyai dua aliran (Melayu dan Inggeris) dan dinamakan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan (SMTAI). Pada tahun 1980, Sekolah Menengah Aliran Inggeris telah ditukar kepada aliran Melayu sepenuhnya dan keadaan ini kekal hingga sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan (SMKTAI) pada tahun 1997. Sekolah menengah ini pada mulanya menampung pelajar-pelajar dari 30 buah sekolah ‘feeder’ (Feeder School) dari semua mukim di daerah Hulu Terengganu.

Bagaimanapun setelah Sekolah Menengah Kebangsaan Landas dibuka pada tahun 1971, Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil dan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang pada tahun 1984 dan SMK Menerong pada tahun 1993, mengurangkan lagi sekolah-sekolah ‘feeder’ ini kepada 12 buah sekolah sahaja. Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Sekolah Kebangsaan TelagaSekolah Kebangsaan Pauh, Sekolah Kebangsaan Lerek, Sekolah Kebangsaan Dura, Sekolah Kebangsaan Pasir Nering, Sekolah Kebangsaan Dusun, Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh, Sekolah Kebangsaan Kemat, Sekolah Kebangsaan Padang Setar dan Sekolah Kebangsaan Langgar. Apabila Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang dibuka pada tahun 2002 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor dibuka pada tahun 2004 jumlah ‘Feeder School’ semakin berkurangan. Pada tahun 2005, hanya pelajar yang mendapat 5A dan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh daerah Hulu Terengganu akan ditempatkan di SMKTAI. Pada tahun 2006 apabila Sekolah Menengah Kebangsaan Tersat dibuka, sekolah ini mula menjalani satu sesi persekolahan sahaja.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan,
Jalan Sekayu, Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman, Malaysia


Telefon = 6096811231
Faks = 6096811709

Senarai Pengetua sunting

TAIS

1955-1957     : En. Talha Abdul Rahman

1959-1959     : En. Abdul Manaf Said

1959-1960     : YAM Tengku Abdul Rahman

SM INGGERIS

1961-1962     : En. Hashim Jasa

1962-1964     : En. Sidek Embong

1964-1965     : En. Eng Weng Chin

1966-1966     : En. Guru Nathan

1967-1968     : En. Soh Kim Yew

1968-1970     : En. Mohan Singh

SM KEBANGSAAN KUALA BERANG

1964-1967   : En. Mat Don Hassan

1968-1969   : En. Mohd Mokhtar Zakaria

1969-1970   : En. Hashim Embong

SMTAI/SMKTAI

1971-1979    : En. Hashim Embong

1980-1983    : En. Ibrahim Mamat

1984-1986    : En. Mohamad Abdullah

1986-1987    : YM Raja Alias Salim

1988-1996    : Hj. Wan Mansor Ibrahim

1996-1998    : Hj. Daud Jusoh

1998-2000    : Hj. Karim @Kassim Hassan

2001-2003    : Hj. Mohd. Nor Othman

2003-2004    : Hj. Zahari Bin Nik

2005- 2010   : Pn. Hjh Zainab Bt Abd Rahman AMN,PJK

2010 – 2011  : Pn. Meriam

2012 – 2015  : Pn. Maziah

2015-2017 : Pn Hajah Kamariah bt Mamat

2018-2020 : Tn Haji Shariff bin Abd Latiff

2020-2021 : Tn Haji Sohaimi bin Zakaria

2022- Kini : Tn Che Wan Ahmad bin Che Wan Sulong

Visi dan Misi sunting

Visi : Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan Menjadi Sekolah Kelas Pertama Menjelang 2015.

Misi : Melahirkan Generasi Bestari Berminda Kelas Pertama Melalui Kecemerlangan Akademik, Kehebatan Kokurikulum Dan Ketinggian Nilai Kerohanian, Sahsiah Serta Kepimpinan.

Matlamat Sekolah sunting

Merealisasikan aspirasi nasional dengan menyediakan generasi minda kelas pertama dengan:

  1. Menghasilkan pelajar yang berjiwa patriotik dan mempunyai jati diri yang kental
  2. Melahirkan pelajar yang mempunyai ciri kepimpinan, berdaya saing, bermoral, berilmu, sihat mental dan fizikal, mempunyai ketahanan dan berketrampilan sebagai modal insan
  3. Mencapai prestasi dan kualiti tinggi dalam akademik, kokurikulum dan budaya sekolah
  4. Mencapai standard yang ditentukan diperingkat kebangsaan dari segi kemudahan fizikal, kepakaran teknologi maklumat, sumber tenaga serta peluang belajar tanpa keciciran
  5. Guru disegani kerana mencapai tahap profesionalisme yang berkualiti
  6. Melonjakkan kecemerlangan sekolah sebagai Kluster Sekolah Premier.

Piagam Pelanggan sunting

KAMI WARGA SMK TENGKU AMPUAN INTAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

  1. Menyediakan perkhidmatan pentadbiran yang bermaklumat dan  cekap
  2. Menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan sukatan kementerian pelajaran malaysia dari tingkatan 1 hingga 6
  3. Perkhidmatan penyayang dan mesra untuk kesejahteraan pelajar
  4. Memberi peluang kepada setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum
  5. Memastikan ruang kelengkapan dan peralatan mencukupi dan selamat untuk digunakan

Pengertian SMK TAI sunting

S – Semangat

M -Mulia

K – Komited

T -Tekun

G – Gemilang

A – Adab

M – Maruah

P – Prihatin

U – Usaha

A – Azam

N – Nawaitu

I – Iltizam

N – Norma

T – Taqwa

A – Amanah

N – Nurani


Rujukan sunting

https://smkintan.weebly.com/about.html

https://smktai.wordpress.com/

Pautan luar sunting