Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad


Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad atau nama ringkasnya SMK TIWA atau SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tanjung Tualang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad
Lokasi
Jalan Tanjung Tualang, 31007, Batu Gajah, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6053661440
Kod sekolahAEE2066
Faks6053669885

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad memiliki 692 orang pelajar lelaki dan 723 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1415 orang. Ia mempunyai seramai 66 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad terletak kira-kira 1 km dari bandar Batu Gajah menghala ke Tanjung Tualang. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 2 Januari 1965. Pada peringkat permulaan, sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah dengan permulaan 3 kelas dengan 8 orang guru. Ketika itu, sekolah ini lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Batu Gajah yang hanya mempunyai tiga buah kelas yang menggunakan pengantar Bahasa Inggeris. Pada Januari 1966, jumlah kelasnya bertambah kepada 15 buah (dengan 20 orang guru) dan tiga kelas daripadanya menggunakan pengantar Bahasa Melayu.

Pada tahun 1967, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri di Batu 1, Jalan Tanjung Tualang dan jumlah kelasnya telah meningkat kepada 23 kelas dalam dua sesi pagi (Tingkatan 2 dan 3) dan petang (Kelas Peralihan dan Tingkatan 1) dengan muridnya pelbagai kaum. Bangunan ini telah dirasmikan pada 14 Mac 1969 oleh Menteri Pelajaran Malaysia (pada ketika itu) iaitu YB En. Mohd Khir bin Johari.

Pada tahun 1990, sekolah ini telah menerima kemasukan murid tingkatan empat sebanyak tiga kelas dan kumpulan pertama menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1991. Pada tahun 1994, sekolah ini telah menerima bangunan tambahan satu blok tiga tingkat dan pada tahun 1996, sekolah ini telah menerima kemasukan murid Aliran Sains.

Pada 16 Februari 1998, sekolah ini telah dinaikkan kepada gred A dan pada 1 Jun 2001 sekolah ini telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad dan dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdullah Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta. Pada Tahun 2003, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan dua makmal komputer dan pada tahun berikutnya mata pelajaran elektif Teknologi Maklumat ditawarkan kepada murid tingkatan empat. Pada tahun 2009, sekolah ini telah menerima kemasukan murid Kelas Rancangan Khas tingkatan 1 seramai 23 orang, 2010 (22 orang) dan 2011 (22 orang) dan 2012 (21 orang). Pada 2011, murid sulung Rancangan Khas telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan pencapaian 100% lulus dan empat orang murid mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Pertambahan kemasukan murid ke sekolah ini menyebabkan pihak sekolah merancang pembangunan fizikalnya dan pada tahun 2012, SMK Toh Indera Wangsa Ahmad telah mendapat bangunan baru berbentuk kabin dengan enam buah bilik darjah. Pihak sekolah juga sedang merancang pembinaan sebuah surau bagi keperluan murid menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan Islam.

Pencapaian sunting

Pelajar sekolah ini mendapat tempat kelima dalam pertandingan Drama Komsas peringkat kebangsaan pada tahun 2015.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad
Jalan Tanjung Tualang
31007, Batu Gajah
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053661440
Faks = 6053669885

Pautan luar sunting