Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz

Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz atau nama ringkasnya SMK Tok Muda Abdul Aziz, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sentosa.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz
Lokasi
 Malaysia Jalan Sentosa, 31100, Sungai Siput (U),, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6055951370
Kod sekolahAEA4085
Faks6055951371


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz memiliki 441 pelajar lelaki dan 506 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 947 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz (SMKTMAA) ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Sungai Siput (U), negeri Perak. Pada masa ini SMKTMAA merupakan sekolah menengah gred A dan dikategorikan sebagai sekolah menengah dalam bandar.

Sejarah sunting

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1971 dengan menampung pelajar-pelajar Melayu dari sekolah rendah kawasan Sungai Siput. Nama awal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Siput. Pembukaan sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, Dato Musa Hitam. Bendera sekolah ini dicipta oleh En. Aun b. Yob Abas dalam tahun 1972, manakala logonya dicipta oleh En. Zainal Abidin b. Yusof. Kedua-dua orang guru ini merupakan kakitangan sekolah ini.

Pada tahun 1972 juga, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan. Hasil cadangan persatuan ini, nama sekolah ini ditukar kepada nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput mengambil sempena nama seorang penghulu yang mengasaskan Sungai Siput (U), bapa kepada Datuk Haji Abdul Wahab, Tok Panglima Bukit Gantang, pejuang kemerdekaan dan Menteri Besar Perak yang pertama. Pada tahun 1976 nama baru sekolah ini diterima secara rasmi. Pada tahun 1988, asrama putera dan asrama puteri mula dibuka kepada murid di kawasan Sungai Siput ini. Pada tahun 1989, Jabatan Pendidikan Perak telah memperkenalkan Kelab Rancangan Khas di sekolah ini. Pada tahun 1990 pula, kelas Tingkatan Enam telah dimulakan.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz
Jalan Sentosa
31100, Sungai Siput (U)
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055951370
Fax = 6055951371

Pautan luar sunting