Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak Selatan

Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak Selatan atau nama ringkasnya SMK Trolak Selatan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Trolak Selatan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak (SEMETRO)
Lokasi
Felda Trolak Selatan, 35600, Sungkai,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTekun , Tabah , Tertib
Nombor sekolah6054322303
Kod sekolahAEA0035
Pengerusi PIBGEn. Ismail bin Sagir
PengetuaPn. Nor Hashimah binti Abdul Samat
GPK Pentadbiran dan AkademikPn.Ainol Huda binti Ayub
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mazlan bin Osman
Penolong Kanan KokurikulumPn. Fatimah binti Mamat
Faks6054321125
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak Selatan memiliki 413 pelajar lelaki dan 345 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 758 orang. azmin lopek pernah sekolah kt sini

Sejarah sunting

Tapak sekolah ini pada asalnya merupakan satau kawasan bukit dan paya. Projek sekolah ini telah dibincangkan pada tahun 1981. Dengan bantuan pinjaman Bank Dunia, sekolah ini berjaya disiapkan pada akhir tahun 1982. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

15 buah bilik darjah 4 buah makmal sains 2 buah bilik bengkel Kemahiran Hidup 2 buah bilik Sains Rumahtangga 4 buah bilik untuk Seni Lukis, Surau, Pusat Sumber dan lain-lain lagi. 2 buah bilik stor. Sebuah kantin Sebuah padang

Sekolah Menengah ini mula dibuka pada 3 Januari 1983 dengan Pengetuanya yang pertama ialah Encik Khusairi bin Omar. Pada tahun pertama pembukaannya, hanya pelajar tingkatan satu sahaja yang belajar di sekolah ini. Mereka merupakan anak peneroka Rancangan Felda Trolak Utara, Trolak Selatan dan Trolak Timur. Pada tahun 1985, buat pertama kalinya sekolah ini mempunyai pelajar yang menduduki peperiksaan SRP dan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1987. Perkembangan akademik sekolah ini diperluaskan lagi apabila kelas aliran sains diwujudkan pada tahun 1994. Sekolah ini telah dirasmikan penubuhannya oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, D.K, S.P.C.M, S.P.T.S, pada hari Khamis bersamaan 19 Julai 1990. Perkembangan yang pesat di Gugusan Felda Trolak menyebabkan pembangunan fizikal sekolah ini turut mengalami perubahan. Pada tahun 1992 telah dibina bangunan kelas blok C dan bangunan makmal sains tulen blok D. Pembangunan ini menjadikan kemudahan asas sekolah ini turut bertambah. Kini sekolah ini mempunyai sebanyak 21 buah bilik darjah, sebuah pusat sumber, empat buah makmal sains teras, sebuah makmal fizik, sebuah makmal kimia dan sebuah makmal biologi.Sebuah makmal komputer sedang dibina bagi mendekatkan lagi pelajar-pelajar dengan ICT. Pembinaan kompleks rumah guru yang mengandungi 12 buah rumah telah didirikan dan pembinaannya disiapkan pada pertengahan tahun 1998. Kini pembinaan apartment yang mengandungi 16 unit rumah telah siap dan dihuni oleh guru-guru Gugusan Trolak.

Pengetua sunting

  1. Allahyarham Encik Khusairi B Omar (1983-1984)
  2. Encik Samsuddin B Md. Noor (1984-1987)
  3. Encik Samsuddin B Jamil (1987-1988)
  4. Encik Azmi B Surip AMP,PPN (1988-1993)
  5. Encik Kamaron bin Kilau (1993-1997)
  6. Encik Mohd Junit B Hj Anuar (1997-1998)
  7. Encik Jantan B Attan @ Atan (1998-9.7.2001)
  8. Tn Hj Mohd Junit B Hj Anuar (2001-2008)
  9. Tn. Hj. Md Nasir b. Moin (2008-2010)
  10. En. Osman bin Mohamed Bahari (2010)
  11. En.Dzulkifli bin Ramli PPT (Jan – April 2011)
  12. En. Shaharuddin bin Mohd Daud (Mei 2011 – 2015)
  13. Allahyarham En Mohamad Abdul Aziz bin Mohd Salleh

Pencapaian sunting

Dalam bidang ko-kurikulum, sekolah ini amat dikenali dan digeruni dalam permainan hoki perempuan sama ada di peringkat daaerah, negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Di peringkat daerah pula, sekolah ini telah muncul sebagai juara MSSPK Daerah Batang Padang selama 6 tahun berturut-turut. Di peringkat negeri pula, sekolah ini pernah menjadi johan negeri Perak pada tahun 1997. Manakala di peringkat kebangsaan pula, pasukan hoki sekolah ini pernah menjadi johan dalam Kejohanan Enam Sepasukan Terbuka UKM, Jemputan PHWPK menjadi johan dan mendapat tempat ketiga di Pesta Hoki USM. Kecemerlangan pasukan hoki perempuan sekolah ini telah menerik perhatian PHWPK dengan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah projek permainan hoki wanita. Sekolah ini juga pernah mencipta nama dalam bidang pantun apabila pernah menjadi johan peringkat Daerah Batang Padang sebanyak dua kali pada tahun 1991 dan 1992. Kecemerlangan dalam bidang pantun terserlah apabila sekolah ini pernah muncul sebagai naib johan peringkat negeri Perak dalam Pesta Pantun pada tahun 1991 dan 1992. Dalam bidang keceriaan, sekolah ini pernah menjadi johan sekolah luar bandar sebanyak dua kali pada tahun 1993 dan 1995 di peringkat Daerah Batang Padang. Sekolah ini juga pernah dipilih mewakili Daerah Batang Padang sebagai Sekolah Harapan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1995 dan pada tahun 1998.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak Selatan
Felda Trolak Selatan
35600, Sungkai
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054322303
Fax = 6054321125

Pautan luar sunting