Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Selangor

Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman atau nama ringkasnya SMK Tuanku Abdul Rahman, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Batu Arang dalam Daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Kod sekolah bagi sekolah ini ialah BEB7655 dan terletak di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.[1] Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman memiliki 342 pelajar lelaki dan 296 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 638 orang dan 42 orang guru pada tahun 2009. Pada tahun 2020, sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 655 orang dengan 49 orang guru.[2]

SMK Tuanku Abdul Rahman
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Batu Arang, Gombak, Selangor
Malaysia
Koordinat3°19′03″N 101°28′22″E / 3.317509°N 101.472722°E / 3.317509; 101.472722Koordinat: 3°19′03″N 101°28′22″E / 3.317509°N 101.472722°E / 3.317509; 101.472722
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoAkhlak, Pengetahuan, Semangat
Ditubuhkan1930-an
Nombor sekolah360352237
Kod sekolahBEB7655
PengetuaPuan Nor Anida binti Mamat
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Vasante a/p Palanisamy
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hasiah binti Mamat
Penolong Kanan KokurikulumEncik. K. Ravechandran a/l Krishnasamy
Faks360353198
Laman sesawang

Sejarah sunting

Sekolah ini yang diasaskan oleh En.Baktiar Singh pada awalnya adalah sebuah sekolah Inggeris swasta dengan nama Batu Arang English School pada tahun 1930-an. Operasi sekolah ini diuruskan oleh Syarikat Perlombongan Arang Batu pada tahun 1942, Kemudiannya, sekolah ini diambil alih oleh pemerintah Jepun dan menyerahkannya kepada Syarikat Malayan Colleries Limited (MCL) untuk dikendalikan pada tahun 1945. Pada tahun 1959, aktiviti perlombongan arang batu telah ditutup. Kesan dari penutupan itu, kerajaan telah mengambil alih pengurusan sekolah dengan nama Sekolah Rendah/Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris.

Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Abu Bakar Baginda pada tahun 1961. Mulai tahun 1966, bangunan sekolah menengah dan rendah diasingkan dan sembilan buah bilik darjah kemudianya dibina lagi pada tahun 1968 untuk menempatkan pertambahan bilangan pelajar yang semakin meningkat pada ketika itu. Bangunan tersebut kemudianya dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, En. Khir Johari pada 22 Februari 1969 dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman.

Pada tahun 1983, kelas tingkatan 4 dibuka dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Blok konkrit tambahan telah dibina pada tahun 1989 hingga 1991. Pada tahun 2001, sekolah buat kali yang pertama telah menerima Anugerah Cemerlang Pejabat Pelajaran Daerah Gombak bagi pencapaian cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM bagi tahun 2000. SMKTAR juga telah berjaya mencatatkan kecemerlangan pencapaian peratusan keseluruhan PMR pada tahun 2007 dengan peratusan sebanyak 63.3%. Pada tahun yang sama juga SMKTAR telah menerima penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) bagi kategori Lonjakan Saujana.

Pencapaian sunting

Pada tahun 1983, kelas tingkatan 4 dibuka dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Blok konkrit tambahan telah dibina pada tahun 1989 hingga 1991. Pada tahun 2001, sekolah buat kali yang pertama telah menerima Anugerah Cemerlang Pejabat Pelajaran Daerah Gombak bagi pencapaian cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM bagi tahun 2000. SMKTAR juga telah berjaya mencatatkan kecemerlangan pencapaian peratusan keseluruhan PMR pada tahun 2007 dengan peratusan sebanyak 63.3%. Pada tahun yang sama juga SMKTAR telah menerima penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) bagi kategori Lonjakan Saujana.

Pengetua sunting

Swasta (1930-1961) sunting

  1. En.Baktiar Singh
  2. Mrs.Johnson
  3. Mr.Nelson John

Kerajaan (1962-kini) sunting

Bil. Nama Tahun
1 En. G. Jayaraman 1962-1963
2 En. S. Sreenivasan 1964-1965
3 En. K. Satkunasinggam 1966-1979
4 En. Durai Rajah 1980-1984
5 En. Aputharajah 1985-1986
6 Tn. Hj.Abd Shukor (memangku) 1987-1988
7 En.Ghazali Othman 1987-1988
8 En.Hooi Weng Fatt 1988-1993
9 En. Mayandy Nadeson 1993-1995
10 En. Sadaperam 1996-1997
11 En. Rajendram Perumal 1997-1998
12 En.Baharum Sulaiman 1998-1999
13 Pn.Hjh. Saadah Othman 1999-2000
14 Tn.Hj. Mohd Sarib Sapie 2000-2004
15 Tn.Hj. Wahid Rais 2005-2006
16 Tn.Hj. Mohd Sarib Sapie 2006-12.2009
17 Pn. Ho Yip Leong (Memangku 4.01.2010)
18 Pn. Norzida Binti Ab. Muin 2010-2015
19 Pn. Saraswaty 2015-2016
20 En. Mohd Azman bin Osman 2017-2018
21 Pn. Nor Anida Binti Mamat 2018-2020
22 Tn. Hj. Kamarudin bin Kudong 2020 - sekarang

Pengangkutan sunting

Bas Smart Selangor laluan MPS3 dari pekan Batu Arang ke stesen Sungai Buloh berkhidmat di persekitaran sekolah ini.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Rawang" (dalam bahasa Inggeris). APAC Directory. Dicapai pada 2021-11-03.
  2. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link)
  3. ^ Norafiza Jaafar (29 Mei 2020). "Laluan baharu Bas Smart Selangor di Batu Arang". Sinar Harian. Karangkraf. Dicapai pada 2021-10-10.

Pautan luar sunting