Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab

Sekolah Menengah Kebangsaan
Tun Habab
Lokasi
Jalan Tajul, Taman Seri Lalang, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
JenisSekolah Menengah Kebangsaan
MotoIlmu, Kokurikulum, Akhlak
(Knowledge, Co-curricular, Moral)
Ditubuhkan1965
Daerah sekolahKota Tinggi
AutoritiKementerian Pendidikan Malaysia
Kod sekolahJEA 3037
PengetuaZakaria Bin Abd. Jalil
GredTingkatan 1-5
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Bahasa Arab
LaguNegaraku, Lagu Bangsa Johor, Anak Suria
Telefon(+60) 78831026
Faks(+60) 78821026
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab

Kata aluan pembuka kalam Assalammualaikum, 你好 , नमस्ते, Hallo, Welcome, Selamat Datang ke Laman Wikipedia SMK TUN HABAB.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab atau mesra dipanggil sebagai SMKTH merupakan sekolah yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Sekolah ini juga dianugerahkan dengan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan pelbagai lagi anugerah tertinggi yang lain.[Sejarah 1]

Sejarah Awal Penubuhan[Sejarah 1] sunting

  Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab pada awalnya menggunakan nama Sekolah Menengah Rendah Kota Tinggi dan mula beroperasi pada tahun 1965. Semasa bangunan-bangunan di sekolah ini dalam pembinaan, pelajar-pelajar sekolah ini telah ditumpangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana. Pada pertengahan tahun 1967, bangunan dua tingkat dan dua blok telah siap untuk boleh digunakan, empat kelas mula dibuka bagi setiap tingkatan iaitu tingkatan 1, 2 dan 3. Pada tahun 1970, sebuah blok dibina lagi bagi menempatkan pelajar sekolah ini.[Sejarah 1]
  Pada awalnya, pengetua yang berkhidmat di sekolah ini ialah Abdul Hamid Othman(1967-1973) dan dibantu oleh 20 orang guru. Nama Sekolah Menengah Rendah Kota Tinggi kemudian ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab pada 30 September 1971. Perasmiannya dilakukan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran ketika itu iaitu, Mohammed Rahmat. Nama Tun Habab dipilih sempena nama bendahara kerajaan Johoriaitu Bendahara Tun Habib Abdul Majid Maharaja Padang Saujana. Beliau masyhur dan terkenal ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah Mangkat Dijulang, yang memerintah kerajaan Johor(1685-1699).[Sejarah 1]

Maksud Lencana Sekolah[Sejarah 1] sunting

  • Bulatan – melambangkan pemuafakatan antara pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Hal ini bertepatan dengan pepatah melayu “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
  • Moto – Ilmu, Kokurikulum, Akhlak - warga SMK Tun Habab mementingkan keilmuan, penglibatan dalam bidang sukan dan mengutamakan akhlak yang terpuji.
  • Padi – Melambangkan nilai murni yang ingin dipupuk kepada seluruh warga SMK Tun Habab.
  • Logo STH – Singkatan nama sekolah, yang diambil daripada nama Bendahara Kesultanan Melayu Johor ke-19, Bendahara Abdul Majid Tun Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Seorang Bendahara yang masyhur ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat Dijulang).
  • Merah – Melambangkan kegigihan, kecekalan, kerajinan serta semangat yang berkobar-kobar dalam merealisasikan motto sekolah dan wawasan pendidikan.
  • Biru – Melambangkan perpaduan dan kesefahaman yang terjalin antara pelbagai kaum, serta suasana persekitaran yang harmoni.

Visi & Misi[Sejarah 1] sunting

  • Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
  • Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Badan Kepimpinan sunting

Badan kepimpinan yang ditubuhkan di sekolah ini ialah Duta Penggerak Digital (DPD)DPD, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR)BADAR, Pustakawan, Pengawas dan Student's Leader Board (SLB).SLB

Pautan Luar sunting

  1. ^ a b c d e f [1] Sejarah Penubuhan