Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban atau nama ringkasnya SMK Tun Saban, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tasek.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban
Lokasi
Jalan Tasek, 33100, Pengkalan Hulu,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6044778245
Kod sekolahAEE7033
Faks6044778245


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban memiliki 526 pelajar lelaki dan 533 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1059 orang. Ia mempunyai seramai 86 orang guru.2009

Nama sekolah ini, iaitu Tun Saban telah diambil sempena nama seorang pembesar yang telah mengasaskan sistem beraja di Hulu Perak lebih kurang 400 tahun lalu.

Sejarah sunting

Memandangkan di Kroh belum lagi mempunyai sekolah menengah dan para pelajar yang memerlukan pelajaran semakin meningkat, satu cadangan telah dibuat oleh wakil UMNO iaitu Tn. Hj. Din bin Dahanam di Dewan Merdeka Lenggong. Kemudian cadangan telah diluluskan dan diberi nama sebagai kelas lanjutan yang beroperasi di Sekolah Kebangsaan Keroh (SKK). Menjelang tahun 1965, nama kelas ini ditukar kepada nama Sekolah Menengah Keroh hingga ke peringkat tingkatan tiga dalam aliran Melayu dan Inggeris.

Pada tahun 1963, kerajaan telah memperuntukkan sebidang tanah di Jalan Betong, tetapi tanah itu tidak begitu sesuai. Satu tapak baru telah dicadangkan di Jalan Tasek oleh Menteri Besar Perak. Bermulanya tahun baru maka bermulanya Sekolah Menengah Rendah Keroh yang baru. Guru besar pada ketika itu ialah En. Roslan Bin Ahmad. Semasa di bawah pentadbiran Guru Besar En. PGK Menon, nama sekolah ini telah ditukar kepada nama Sekolah Menengah Tun Saban. Nama ini diambil sempena nama pembesar yang telah mengasaskan sistem pemerintahan beraja di Hulu Perak. Beliau ialah anak kepada Bendahara Tun Perak.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban
Jalan Tasek
33100, Pengkalan Hulu
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6044778245
Fax = 6044778245

Pautan luar sunting