Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin


Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin atau nama ringkasnya SMK Tun Syed Zahiruddin, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Melaka.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin
Lokasi
Ayer Tawar,, 77300 Merlimau, Melaka
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU, BERWAWASAN, CEMERLANG
Nombor sekolah06-2633492
Kod sekolahMEA1081[1]
PengetuaPn. Faridah Binti Mat Zon
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Norhayati Binti Abdul Samad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Zuraidah Binti Husin
Faks06-2633471
Laman sesawang

SMK Tun Syed Zahiruddin juga dikenali sebagai TUSZA dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa dan penduduk di sekitar sekolah. Nama ini ialah singkatan Tun Syed Zahiruddin (Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke-4 iaitu Tun Syed Zahiruddin b. Syed Hassan). Singkatan ini adalah agar mudah untuk warga sekolah dan penduduk mengenali SMKTSZ.

Sejarah sunting

SMK Tun Syed Zahiruddin merupakan sebuah sekolah menengah baharu dalam daerah Jasin yang telah dibuka pada awal tahun 2011 bertempat di Kampung Ayer Tawar, Merlimau, Melaka. Penubuhan sekolah ini ialah rentetan daripada kepadatan bilangan murid di sekolah-sekolah menengah berhampiran seperti SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub dan SMK Dang Anum. Sekolah ini mula dibina pada tahun 2008 dengan kos pembinaan sebanyak RM28 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan siap sepenuhnya pada 1 November 2010. Ia dibina di kawasan seluas 25 ekar meliputi 15 ekar kawasan bangunan pendidikan dan kemudahan prasarana yang lain.

Pada asalnya, sekolah ini telah dinamakan sebagai SMK Ayer Tawar sempena dengan nama kawasan ia didirikan. Namun, nama sekolah ini telah ditukar kepada SMK Tun Syed Zahiruddin sebagai mengenang jasa Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang ke-4 iaitu Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan.

SMK Tun Syed Zahiruddin memulakan sesi persekolahan yang pertama pada 3 Januari 2011. Jumlah murid seramai 330 orang terdiri daripada murid tingkatan 1, 2 dan 4 (19% murid Melayu, 8% murid Cina dan 1% murid India) dan guru seramai 25 orang (10 guru lelaki dan 15 guru perempuan) serta 3 orang staf.

Pada tahun 2011, pihak sekolah telah membuka 11 buah kelas terdiri daripada 4 buah kelas tingkatan 1, 4 buah kelas tingkatan 2 dan 3 buah kelas tingkatan 4. Menjelang tahun 2012 pula, pihak sekolah menambah bukaan kelas kepada 7 buah kelas lagi terdiri daripada kelas tingkatan 3 dan 5. Seterusnya pada tahun 2015 kelas tingkatan 1, 2, dan 3 telah dibuka sepenuhnya sebanyak 12 buah kelas terdiri dari 4 buah setiap tingkatan. Manakala tingkatan 4 sebanyak 5 buah kelas dengan penambahan mata pelajaran elektif iaitu Lukisan Kejuruteraan dan tingkatan 5 pula sebanyak 5 buah kelas.

Sekolah ini telah diterajui oleh dua orang pengetua semenjak penubuhannya pada tahun 2011, iaitu Tuan Haji Mat Johan bin Jahis dari 2011 sehingga 2017, manakala dari tahun 2017 bermula bulan 1 Mac hingga sekarang sekolah ini diterajui oleh Puan Hajah Nor Afzan binti Mat Salleh. Mulai tahun 2018, sekolah ini akan melalui transformasi terkini kerana mempunyai tiga aliran iaitu aliran Perdana, aliran Pendidikan Khas dan yang terkini iaitu aliran Tingkatan 6 yang mula beroperasi mulai Januari 2018 merangkumi sebanyak 12 kelas iaitu Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas yang terdiri daripada dua aliran iaitu aliran Sains dan Aliran Sastera.

Kemasukan pelajar Tingkatan 6 akan bermula pada 2 Januari 2018  yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub dari kelas aliran Sastera dan pelajar-pelajar SMK Dang Anum iaitu pelajar-pelajar dari aliran Sains. Hal ini kerana, operasi kelas tingkatan 6 dari kedua-dua sekolah tersebut akan ditamatkan sepenuhnya mulai tahun 2018. Selain itu, dengan kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 6 ini, sekolah ini telah mempunyai pertambahan tenaga pengajar seramai 29 orang.

SMK Tun Syed Zahiruddin telah diberikan fasiliti surau baru yang mula beroperasi pada tahun 2013. Surau ini telah diberi nama An-Najihin yang bermaksud "kejayaan" diambil sempena himpunan nama-nama indah dalam Islam yang melambangkan kesepaduan yang jitu terhadap warga TUSZA pada masa ini.

Struktur bangunan surau ini didirikan dengan tidak menggunakan sebarang paku. Surau ini dibina bertujuan menampung kapasiti pelajar yang semakin bertambah tahun demi tahun sejajar dengan kemasukan pelajar Tingkatan 6 mulai tahun 2018. Di samping itu, surau ini dibina adalah untuk kemudahan para pelawat dan tetamu yang bertandang ke sekolah ini untuk menunaikan solat.

Pada penghujung sesi persekolahan tahun 2017, sekolah ini telah mula membuat renovasi terhadap Surau An-Najihin iaitu penambahan tempat wuduk serta kajang bagi tujuan keselesaan dan keselamatan pelajar. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan mural-mural hasil usaha guru-guru dan para pelajar. Landskap sekolah ini juga telah diperindah dari semasa ke semasa dengan pokok bunga yang pelbagai.

Visi sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Moto sekolah sunting

Berilmu, Berwawasan, Cemerlang

Slogan sekolah sunting

Membangun Dengan Misi, Melayani Dengan Hati

Lagu sekolah sunting

Bersama kita berusaha
Membina kecemerlangan
Memantapkan ilmu di dada
Menjadi insan terbilang

SMKTSZ sekolah pilihan
Berusaha meningkatkan pencapaian
Menjana transformasi gemilang
Menuju kejayaan

Pendidikan berkualiti
Berlandaskan Satu Malaysia
Bersama cogan kata dijulang
Berilmu, Berwawasan, Cemerlang
Berilmu, Berwawasan, Cemerlang

Lencana sekolah sunting

Biru
Lambang perpaduan murid SMKTSZ yang berbilang bangsa, bersatu padu serta berusaha dalam memajukan pembangunan sekolah berasaskan sains dan teknologi.
Kuning
Mendukung dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan Falsafah Rukun Negara.
Merah
Lambang keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan SMKTSZ sebagai sebuah sekolah yang berilmu, berwawasan dan cemerlang.
Hijau
Lambang kesuburan fizikal dan mental warga sekolah yang berada dalam Negeri Melaka Bandar Berteknologi Hijau.
Putih
Lambang kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan murid yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
Bentuk gear dan geometri
Lambang kepentingan sains dan teknologi dalam pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Gelungan rantai
Sukan sebagai aktiviti dalam melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas.
Bentuk logo seperti plak
Sekolah sentiasa ingin berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
Tun Syed Zahiruddin
Nama Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-4 iaitu Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan.
Berilmu, Berwawasan, Cemerlang
Moto sekolah.

Pengetua sunting

Pengetua Tahun
Tn. Haji Mat Johan bin Jahis 2011 – 2017
Pn. Hjh. Nor Afzan binti Mat Salleh 2017 – 2019
Tn.Haji Johan bin Othman 2019- 2022
Pn. Faridah binti Mat Zon 2022-kini

Barisan pentadbir sunting

Jawatan Nama Pentadbir
Pengetua Pn Faridah Binti Mat Zon
Penolong Kanan 1 Pn. Norhayati Binti Abdul Samad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Zuraidah Binti Husin
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Rafidah Binti Abdul Jalil
GPK Tingkatan 6 Tn. Hj. Zamri bin Samad @ Limat
GKMP Teknik & Vokasional En. Mohd Khairi Bin Kabil
GKMP Sains & Matematik Pn. Rozita Binti Abu Samah
GKMP Kemanusiaan Pn. Ruhizatul-Alua binti Jali
GKMP Bahasa Pn. Rafeah Binti Alias
 
GURU SMKTSZ 2019
 
GURU SMKTSZ 2018
 
Guru-guru SMKTSZ 2017

Galeri sunting

Galeri Sejarah sunting

Galeri Warisan Sejarah Sekolah SMK Tun Syed Zahiruddin telah ditubuhkan pada bulan Mei 2011 hasil cetusan idea Tuan Haji Mat Johan bin Jahis selaku Mantan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin (2011 – 2017). Penubuhan galeri ini adalah bermatlamatkan pemeliharaan warisan sejarah sekolah dan warisan budaya negara bagi menjana kecemerlangan Institusi Pendidikan SMK Tun Syed Zahiruddin. Galeri ini telah dibina di aras bawah blok akademik 2 dan diuruskan bersama oleh Panitia Sejarah dan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk merealisasikan idea penubuhan galeri ini dengan melibatkan majoriti tenaga pengajar terawal SMK Tun Syed Zahiruddin, antaranya ialah Allahyarhamah Pn Hajah Marina binti Mohd Said, Pn Ruhizatul-Alua binti Jali, Pn Hajah Siti Zakiah Ramtan, Pn Hajah Reny Azreena binti Abdul Rahman dan lain-lain lagi. Selain menyumbang tenaga, mereka juga turut menyumbang koleksi-koleksi barangan lama kepunyaan sendiri untuk dipamerkan sebagai sebahagian daripada jenis-jenis koleksi yang terdapat di dalam galeri ini. Oleh kerana itu, penubuhan galeri ini tidak membabitkan jumlah kos tertentu kerana ia dibina atas ihsan dan sumbangan warga guru di sekolah ini.

Terdapat pelbagai sudut di dalam Galeri Warisan Sejarah yang memaparkan tema-tema tertentu seperti sudut Informasi dan Sejarah Sekolah, koleksi gambar-gambar Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, tokoh-tokoh akademik pelbagai bidang ilmu dan sebagainya. Selain itu juga, terdapat pelbagai jenis koleksi khazanah lama yang terdiri daripada barang-barang dan peralatan tembaga, ukiran kayu jati, alat permainan tradisional, peralatan elektronik lama, peralatan dapur tradisional, sulaman tekad benang emas, set peralatan pakaian tradisional perkahwinan Melayu, alatan pertanian tradisional, koleksi tembikar dan pinggan mangkuk lama dan lain-lain lagi.

Objektif sunting

Galeri Warisan Sejarah Sekolah ditubuhkan

  1. sebagai tempat mengumpul, menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan sejarah SMK Tun Syed Zahiruddin dan khazanah lama warisan negara.
  2. sebagai pusat kajian dan penyelidikan sejarah.
  3. sebagai pusat informasi tentang sejarah SMK Tun Syed Zahiruddin.
  4. sebagai satu usaha penerapan dan penghayatan nilai patriotisme dan jati diri warga SMK Tun Syed Zahiruddin.
  5. sebagai satu usaha untuk menanam rasa cinta dan menghargai budaya warisan bangsa


Koleksi barangan di dalam Galeri Sejarah

Artifak Artifak Artifak Artifak
 
Batu kisar
 
Peralatan dapur
 
Peralatan padi
 
Peralatan sejarah
 
Lampu gasolin
 
Seterika arang
 
Labu sayong
 
Alat merenjis air mawar
 
Gobek
 
Congkak
 
Pelamin
 
Bakul siah
 
Dacing
 
Set minuman
 
Kotak kayu
 
Gendang
 
Kimono
 
Senduk kayu
 
Alat kuih kapit
 
Pelita kaki
 
Guru SMKTSZ
 
Sudut Informasi
 
Nyiru
 
Lesung tangan
 
Pemain piring hitam
 
Tudung saji
 
Tudung duang
 
KACIP PINANG
 
Pemegang lilin
 
Peralatan dapur
 
Baju kebaya
l
 
Alat tembaga
Artifak Info Pautan video
Gamelan
  • Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul.
  • Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.
  • Pada tahun 1914, apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. Baginda telah melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan menari gamelan.
  • Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiat dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.
  • Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad dan En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong, togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.
  • Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
  • Bagaimanapun, gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman pada 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang pada 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu.
  • Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.
  • Gamelan ialah himpunan alat muzik (ensembel) yang terdiri daripada alat muzik membranofon seperti gendang, idiofon berbentuk bilah dan pencon, aerofon seperti seruling, dan kordofon seperti rebab dan ziter.
  • Gamelan kebanyakan terdapat di pulau JawaMaduraBali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel.
  • Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.
Video
Mesin ketik
  • Mesin ketik atau mesin tik ialah mesin, atau alat elektronik dengan sebuah set tombol-tombol yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas.
  • Dari awal penemuannya sebelum tahun 1870 sampai pada abad ke-20, mesin ketik banyak digunakan oleh para penulis profesional dan pekerja di [ejabat. Sejak detik tersebut, mesin ketik telah menjadi sebahagiaan perniagaan perusahaan dan menjadi produk komersial di seluruh dunia.
  • Walaupun masih terkenal dengan beberapa profesion, seperti penulis, mesin ketik fungsinya telah digantikan dengan kehadiran mesin lain.
  • Pada akhir dasawarsa 1980-an, mesin pengolah kata dan komputer pribadi telah menggantikan fungsi mesin ketik di beberapa negara di dunia barat. Walaupun demikian, mesin ketik masih digunakan di beberapa negara tertentu di dunia hingga saat ini.
Video
Kukur kelapa
  • Kukuran ialah sejenis alat yang bergerigi digunakan untuk mengukur, mengeruk (mengikis) isi kelapa. Ia merupakan salah satu alat terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung.
  • Kukuran merupakan alat yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu tradisional kerana sebahagian besar resepi masakan masyarakat Melayu menggunakan santan kelapa.
  • Meskipun penggunaan kukuran semakin dilupakan oleh penduduk kota yang lebih cenderung menggunakan peralatan moden, namun penggunaannya masih lagi diteruskan di kampung-kampung.
Video
Congkak
 
Congkak
  • Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
  • Papan congkak berbentuk bangau menyudu.
  • Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm.
  • Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.
  • Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu per satu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.
  • Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Selepas itu, setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu
  • Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, manakala pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi walau satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
  • Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Perbuatan ini dikenali sebagai "tembak".
VIDEO
Bakul Sia
 
Bakul Siah
  • Bakul Sia kebiasaannya diperbuat daripada buluhkayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.
  • Ia terdiri daripada beras, daging, kain, kuih muih dan sebagainya sehingga ia menjadi salah satu bahan yang dilihat semasa upacara perkahwinan. Bakul Sia mempunyai satu tingkat hingga ke beberapa tingkat.
  • Corak hiasan dan besarnya bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan seperti mana yang dikehendaki oleh pemiliknya.
Video

Aktiviti sekolah sunting

  • Pelancaran Bulan Kemanusiaan dan Bulan Kemerdekaan (17 Julai 2017)
  • Perasmian Minggu Bahasa 2017 (10 Julai 2017)
  • Perasmian Minggu Teknik dan Vokasional (21 Julai 2017)
  • Majlis Mesra Waris 2017 (6 Julai 2017)
  • Majlis Ikrar Bebas Rasuah (Jun 17)


Artikel sekolah sunting

Pelbagai artikel mengenai sekolah ini telah tersiar dalam akhbar.

Artikel Artikel Artikel

Panorama sekolah sunting

Terdapat 3 blok akademik di TUSZA. Blok 1 secara umumnya menempatkan beberapa kelas menengah atas dan menengah bawah. Blok 2 pula menempatkan kelas-kelas pendidikan khas, menengah rendah dan menengah bawah. Blok 3 pula menempatkan perpustakaan sekolah, beberapa buah kelas dan bilik-bilik khas. Blok-blok ini berada membentuk secara empat segi dan blok di tengah menempatkan pejabat sekolah, bilik guru, dan bilik-bilik khas. Terdapat blok lain yang menempatkan makmal-makmal sekolah, bengkel Kemahiran Hidup. Terdapat juga Dewan Ulul Azmi, surau dan kantin untuk kegunaan warga sekolah.

 
Panorama sekolah
 
Panorama sekolah
 
Panorama sekolah

Pencapaian sunting

  1. Johan Tandas Terbersih Sekolah Menengah Negeri Melaka – 2011
  2. Johan Folio Kerjaya Sekolah Menengah Negeri Melaka – 2011
  3. Johan Blog Kaunseling Sekolah Menengah Negeri Melaka – 2011
  4. Anugerah Perdana Pengurusan Bilik Kaunseling Sekolah Menengah Negeri Melaka – 2011
  5. Penyertaan Kebangsaan Toyota Eco Youth 2013
  6. Anugerah 5 Bintang Kebangsaan Program Minda Sihat Proaktif - 2016
  7. Tempat Kelima pertandingan blog peringkat Negeri Melaka – 2017
  8. Pertandingan Bola Tampar Perempuan Tempat Ke 4 Peringkat Negeri – 2017
  9. Pertandingan Bola Tampar Perempuan peringkat Negeri - 2019
  10. Ikon Inspirasi Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah 2020 - Cikgu Rugayah binti Sulaiman
  11. Anugerah Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya Unggul 5 Bintang Kebangsaan & Negeri - 2021
  12. Anugerah Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Kebangsaan & Negeri - 2021
  13. Ikon PPDa Kebangsaan & Negeri Melaka 2021 - Puteri Nursyamirah Zafifah binti Hinshamuddin

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin
Ayer Tawar,
77300 Merlimau,
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2633492
Faks = 06-2633471

Rujukan sunting

Pautan luar sunting