Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tijah


Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tijah atau nama ringkasnya SMK Tun Tijah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lorong Tun Fatimah, Durian Daun.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tijah
Lokasi
Lorong Tun Fatimah, Durian Daun, 75400, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerdisiplin Berilmu Berjaya
Nombor sekolah06-2824591
Kod sekolahMEA2086[1]
Pengerusi PIBGDatuk Akramudin bin Haji Ab. Aziz
PengetuaPuan Suzanah Binti Zubir
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Suzanna Binti Mohamad Sabudin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Zullita binti Md Yusop(BERSARA)
Penolong Kanan KokurikulumPn. Tan Lee Chan
Faks06-2824591

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tijah memiliki 347 orang pelajar lelaki dan 303 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 650 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sejarah awal Sekolah Men. Keb. Tun Tijah bermula pada tahun 1959, iaitu hanya terdapat sebuah sekolah menengah Melayu untuk pelajar perempuan di Sekolah Menengah Inggeris Gajah Berang. Kelas ini mempunyai 40 orang pelajar.

Pada tahun 1961, terdapat 3 buah kelas dan pelajarnya seramai 120 orang. Pada tahun ini juga, kelas menengah Melayu yang terdiri daripada 11 buah darjah aliran Inggeris telah dipindahkan ke Durian Daun, Melaka. Pentadbiran kelas ini dikelolakan oleh Sekolah Tinggi Perempuan Melaka yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Pada tahun 1964, terdapat 10 buah kelas menengah Melayu dengan bilangan pelajar seramai 330 orang dan guru seramai 16 orang, maka pentadbirannya tidak lagi dikelolakan oleh Sekolah Tinggi Perempuan Melaka. Aliran Inggeris diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Bandar Melaka.

Ketiadaan bangunan sendiri menyebabkan sekolah ini menggunakan bangunan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan bangunan asrama Perempuan Melayu yang belum diduduki.

Pada awal tahun 1965, sekolah ini berpindah ke bangunannya sendiri dan sekolah ini dirasmikan pada 9hb Oktober 1965 oleh Y.B Encik Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pendidikan Malaysia. Nama sekolah ini ialah Sekolah Tun Tijah iaitu diambil sempena nama serikandi Melaka iaitu Tun Teja.

Perkembangan sekolah ini amat pesat iaitu 13 buah kelas pada tahun 1965, 24 buah kelas pada tahun 1973 dan bilangan pelajar turut meningkat daripada 425 pelajar kepada 973 pelajar. Pada tahun 1969, sekolah ini hanya mempunyai sebuah lagi bangunan tambahan untuk 7 buah bilik darjah dan sebuah perpustakaan.

Pada tahun 1977, bermulalah aliran sains dan pelajarnya seramai 32 orang dan kemasukan pelajar lelaki bermula pada tahun 1989.

Peristiwa penting di Sekolah Tun Tijah ialah penambahan Pusat Sumber yang dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Rahim Tamby Chik iaitu Ketua Menteri Melaka pada 19hb Julai 1984. Surau sekolah ini dirasmikan oleh Tuan Hj. Hashim bin Mohammad iaitu pada 21hb Oktober 1978.

Lagu Sekolah TUN TIJAH sunting

Masyhur Sekolah Tun Tijah

Bagai lagenda nya

Gagah perkasa

Pantang mengalah

Walau dimana sahaja


Putera puteri di Tun Tijah

Berusaha sentiasa

Rajin bersukan

Rajin belajar

Jadi rakyat berguna


Tun Tijah Tun Tijah bergerak maju

Teruslah maju ke angkasa biru

Kami berusaha

Untuk negara


Selamatkanlah Tun Tijah

Murid dan gurunya

Panjang umurnya

Murah rezekinya

Masyhur sepanjang masa

Pencapaian sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tijah aktif dalam kebudayaan genap 2014 SMK Tun Tijah juara 8 tahun berturut-turut.[[:]]

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tijah
Lorong Tun Fatimah, Durian Daun
75400, Melaka
Melaka,   Malaysia
Telefon = 06-2824591
Faks = 06 -2824591

Rujukan sunting

Pautan luar sunting