Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar atau Nama ringkasnya SMK Tunku Panglima Besar (SMKTPB), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Lunas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar
Logo smk tunku panglima besar2023 LOGO SMK TUNKU PANGLIMA BESAR ( PANG5 )
Lokasi
 Malaysia Jalan Lunas,, 09000, Kulim, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoSabar Tekun Berjaya
Nombor sekolah6044891090
Kod sekolahKEB5026
PengetuaPn Haslelawati Binti Rahim@Omar ( 2021 - kini )
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Yahya Bin Salleh ( 2021 - kini )
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPnRosmizan Binti Osman ( September 2023 - Kini)
Penolong Kanan KokurikulumPn Roslaily Binti Kamarzaman ( September 2023 - Kini )
Faks6044893442
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar memiliki 564 pelajar lelaki dan 538 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1102 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar mula ditubuhkan pada tahun 1962 dengan nama Sekolah Pelajaran Lanjutan Kulim kerana Sekolah ini menjadi tempat pelajar-pelajar menyambung pelajaran mereka selepas tidak berjaya dalam SPM. Pada tahun 1965 nama Sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kulim (SMK) dengan para pelajarnya terdiri daripada lepasan SPM. Mulai tahun 1968 sistem persekolahan telah dimulakan setakat peringkat menengah rendah iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja. Sisitem ini berlanjutan sehingga ke tahun 1973 dimana ambilan pelajar tingkatan 4 dimulakan dan kumpulan pertama pelajar mengambil SPM adalah pada tahun 1974.

Pada 06 Mei 1991 nama sekolah ini telah ditukar sekali lagi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar (SMKTPB) iaitu mengambil sempena gelaran kepada Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Yaakub Alhaj iaitu kekanda kepada bekas Perdana Menteri pertama Malaysia Almarhun Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Pertukaran nama sekolah ini telah dirasmikan oleh Dato’ Yusof bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri Kedah Darulaman. Pada masa sekarang gelaran Tunku Panglima Besar  disandang oleh Yang Teramat Mulia  Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Ibni Tuanku Abdul Halim Mu’adzan Shah.  Pertukaran nama ini  telah dapat mengatasi kekeliruan di antara sekolah ini dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (SMKK) yang terletak berjiran.  

Pada tahun 2002 sekolah ini telah dipilih untuk melaksanakan projek perintis bagi Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di daerah Kulim Bandar Baharu dan seterusnya  tahun 2003 kelas tingkatan 6 aliran Sastera telah mula ditawarkan

Pentadbir Sekolah sunting

Pengetua : Pn Haslelawati Binti Rahim@Omar ( 2021 - Kini )

GPK Pentadbiran Dan Akademik : En Yahya Bin Salleh ( 2021 - Kini )

Penolong Hal Ehwal Murid : En Mahadzhir Bin Ahmed ( 2021 - Kini )

Penolong Kanan Kokurikulum : Rosmizan Binti Osman ( Jun 2022 - Kini)

Maksud Lambang sunting

  • Merah : Keberanian
  • Kuning : Warna Diraja
  • Biru : Kesetiaan Kepada Sekolah Dan Cinta Akan Sekolah
  • Padi : Lambang Negeri Kedah
  • Keris : Kepahlawanan
  • 1962 : Tahun Penubuhan Sekolah

Moto Dan Visi Sekolah sunting

Moto : Memperkasa Panglima

Visi : SMKTPB KE ARAH KECEMERLANGAN BERTERUSAN

Pencapaian sunting

Johan Hoki Lelaki bawah 16 tahun (1996 - Antara sekolah-sekolah Daerah Kulim)

Menyertai Dalam Pelbagai Jenis Sukan Yang Diadakan Pada Tahun Berikutnya

Alamat Dan Nombor Untuk Dihubungi sunting

SMK Tunku Panglima Besar, Jalan Lunas, Kawasan Perusahaan Kulim, Kulim, Kedah
Laman Facebook
Telefon - 6044891090
Fax - 6044893442

Maklumat Tambahan sunting

Pada Setiap 16 Mei, Sekolah Ini Menyambut Hari Guru

Menjadi Tuan Rumah Untuk Sukan Olahraga Peringkat Daerah Kulim (MSSD)

Pada 2021, Salah Sorang Pelajar Panglima Telah Mendapat Tempat Kedua Untuk "Murid Cermelang Kokurikulum Sekolah Menegah (Lelaki) 2021"

Untuk 15 Tahun Yang Lepas, Pelajar Panglima Telah Mewakili Dalam Pelbagai Jenis Sukan Didalam Pelbagai Peringkat

Untuk Sesi SPM 2022 ( Batch 2004 ), SMKTPB Berjaya Memperolehi Gred Purata Yang Rendah Berbanding Gred Purata Nasional (GPN)

Senarai Pengetua sunting

1966 : En Lee Pak Kan

1967 : En Oh Khen Liang

1967 - 1972  : En Ng Kam Yew

1973 - 1979 - En Khalid Bin Ahmad

1980 - 1983 : En Ishak Bin Sin

1984 - 1986 : Tn. Hj Rahman Bin Yob

1986 - 1988 : Tn. Hj Hashin Bin Khamis

1988 - 1992 : En. Zakaria Bin Husein

1995 - 1997 : En. Osman Bin Mehad

1997 - 1998 : En. Hussin Bin Mohamad

1998 : En. Baharom Bin Hj Mohamad

1988 - 2000 : En Zainal Bin Ahmad

2001 - 2004 : Pn. Rohani Binti Mat

2005 - 2006 : En. Md Isa Bin Hassan

2006 - 2008 : Tn. Hj Omar Bin Muhamad

2008 - 2013 : Pn. Azizah Binti Ishak

2013 - 2014 : Tn. Hj Shafin Bin Mohd Daud

2014 - 2017 : Tn. Hj Yazi Bin Yusof

2017 - 2018 : Tn. Haji Mohd Isa Bin Abu Bakar

2018 : En Saridan Bin Abdul Hamid

2019 - 2020/21 : Pn Ruzana Binti Md Noor

2021 - Kini : Pn. Haslelawati Binti Rahim @ Omar

Pautan Luar sunting

Blog

https://smktpb.tripod.com/