Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta atau nama ringkasnya SMK Ulu Kinta, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak dalam mukim Ulu Kinta, Perak. Kedudukan sekolah adalah di antara Institut Perguruan Ipoh dan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Bridged Utara. Pusat bandaraya Ipoh berjarak 23 km dari sekolah ini manakala pekan Tanjung Rambutan berjarak 5 km sahaja.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
Lokasi
 Malaysia Jalan Pasukan Polis Hutan, 31150, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Beramal Berjaya
Ditubuhkan1975
Nombor sekolah605-533 1363
Kod sekolahAEA2302
PengetuaEn. Amran Bin Ramly (2009)
Faks605-533 0445

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta memiliki 764 pelajar lelaki dan 821 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1585 orang. Ia mempunyai seramai 104 orang guru.2009

Sekolah ini dapat menampung bilangan pelajar melebihi 2000 orang. Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada majoriti pelajar Melayu dan minoriti kaum lain seperti Cina, India dan orang Asli serta pribumi Sabah dan Sarawak.

Sebahagian pelajarnya adalah anak-anak polis dari PGA dan pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan.

Sejarah sunting

Pada tahun 1975 sekolah ini mula dibina bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke peringkat menengah selepas tamat peringkat darjah di SKPPH. Ia mula dirasmikan pada tahun 1977 dimana sesi persekolahan bermula dengan pengambilan pelajar kelas Peralihan dan Tingkatan 1 dan penamaan sekolah pada awalnya ialah Sekolah Menengah Rendah Ulu Kinta. Moto pertama sekolah diperkenalkan iaitu 'Berusaha Bergiat Berjaya' yang dicipta oleh pengetua pertama sekolah ini, En. Mohamed Sani B. Uda Mat Sahid. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pertama kali dijalankan di sekolah ini dua tahun selepas ia dirasmikan.

Sepuluh tahun kemudiannya sekolah ini telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Ulu Kinta (SMKUK) dengan didahuli kemasukan kelas tingkatan 4 sastera. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dijalankan setahun kemudiannya. Siapnya pembinaan bangunan Blok F, G dan H bermulalah pula kemasukan tingkatan 4 sains pada tahun 1989 pula. Pada tahun 1995 SMKUK dinaik taraf sekolah Gred A. Pada tahun 1997 pula, berlaku perubahan pada moto sekolah apabila ditukar kepada 'Berusaha Beramal Berjaya' demi menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan pelajar berinsan cemerlang.

Sehingga kini iaitu tahun 2012, SMKUK terus giat berusaha dalam membangunkan sahsiah dan jiwa pelajar cemerlang oleh para guru yang berdedikasi dalam mendidik anak bangsa. Pelbagai program telah dibuat dan semua dilaporkan dalam majalah tahunan SMKUK yang dinamakan BESTARI.

Lagu sekolah sunting

Berusaha terus berusaha,
Beramal hingga berjaya,
Tekun rajin tabah setia,
Pedoman kami semua,


Kami berikrar,
Kami berjanji,
Belajar hingga berjaya,
Kami curahkan tenaga usaha,
Untuk mencapai cita-cita,


Kami berbakti taat setia,
Untuk agama dan bangsa,
Kami bersatu bekerjasama,
Membina negara tercinta.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
Jalan Pasukan Polis Hutan
31150, Ulu Kinta
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055331363
Fax = 6055330445

Pautan luar sunting