Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz

Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz atau nama ringkasnya SMK Ungku Aziz (SMKUA), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Chulan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz
Lokasi
Jalan Raja Chulan, SABAK BERNAM, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1959
Nombor sekolah0332161275
Kod sekolahBEA6041
PengetuaMohd Sueib bin Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikMastor bin Selamat
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAzman bin Hamzah
Penolong Kanan KokurikulumIsmail bin Kosman
Faks0332163640


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz memiliki 675 pelajar lelaki dan 681 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1356 orang. Ia mempunyai seramai 119 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Ungku Aziz (SMKUA) berasal dari sekolah menengah kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada masa itu beberapa buah Darjah Menengah Melayu ditubuhkan masing-masing di Sabak Bernam, Parit Baru dan Sungai Besar. Kesemua Darjah Menengah Melayu ini digabungkan dan di tempatkan di bangunan lama sekolah Melayu Sabak Bernam. Tapak bangunan sekolah ini telah dijadikan sebagai tapak masjid Sabak Bernam yang ada sekarang.

Rasional penubuhan SMK adalah untuk memenuhi aspirasi rakyat untuk mendaulatkan cita-cita Bahasa Kebangsaan selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan. Ia juga bertujuan untuk menempatkan murid-murid luar bandar yang tidak mampu bersekolah di bandar dimana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris seperti Sekolah Dato’ Abdul Razak Tanjung Malim, Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Victoria Institution di Kuala Lumpur. Sebuah Sekolah Menengah Inggeris telah ditubuhkan di Sungai Besar, tetapi sekolah aliran Bahasa Kebangsaan masih belum wujud. Oleh yang demikian, adalah difikirkan amat perlu untuk menubuhkan sekolah ini.

Pada awal tahun 1961, kumpulan pertama pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan Sijil Menengah Rendah. Bangunan baru sekolah menengah siap dibina pada tahun 1963 dan buat pertama kalinya pelajar sekolah ini mengambil peeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Abdul Rahman Talib, PJK. Pada 18 Julai 1970 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Ungku Aziz kerana pada masa itu sudah banyak sekolah menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan. Jadi adalah difikirkan perlu untuk menukar nama agar dapat membezakannya dengan sekolah-sekolah yang lain dan mengenali identiti setiap sekolah menengah yang ada di Sabak Bernam. Nama sekolah ini diambil sempena nama seorang tokoh pendidikan yang terkenal pada masa itu, iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz , Naib Chanselor Universiti Malaya. Professor Diraja Ungku Aziz sendiri telah merasmikan upacara pertukaran nama tersebut.

Pada 18 Julai 1985, SMKUA telah menyambut Jubli Perak, yang telah dirasmikan oleh Dato’ Dr Yunus Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1992, SM KUA telah mendapat anugerah” SEKOLAH HARAPAN NEGARA” Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Pada 7 November 2009, sambutan Jubli Emas diadakan dan dirasmikan oleh Dato Dr Anwar Ridhwan, sasterawan Negara. Mulai tahun 2011 sebuah bangunan baru 4 tingkat menempatkan 3 buah makmal sains, makmal ERT dan 16 bilik darjah mula beroperasi.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz
Jalan Raja Chulan
45200 Sabak Bernam
Selangor, Malaysia
Telefon = 332161275
Fax = 332163640

Pautan luar sunting