Sekolah Menengah Sains Jeli
Sekolah Menengah Sains Jeli (JeSS) merupakan Sekolah Berasrama Penuh berlokasi di Jalan Jeli-Dabong, 17600, Jeli, Kelantan, Malaysia.
Sekolah Menengah Sains Jeli | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Bandar Jeli, Jeli, Kelantan Darul Naim![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh |
Moto | Ilmu, Amal, Taqwa |
Nombor sekolah | 099448200 |
Kod sekolah | DEA9006 |
Pengerusi PIBG | Dr. Haji Mohd Nasir bin Mohd Nor |
Pengetua | En. Haji Bahari |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn.Norhazilah Binti Abdullah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Suhaimi Bin A. Ghani |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Khairul Azman bin Mat Amin |
Faks | 099448202 |
Laman sesawang | http://smsainsjeli.blogspot.my |
Sejarah
suntingSekolah Menengah Sains Jeli, dikenali sebagai Jess di daerah Jeli,[perlu rujukan] Kelantan telah dibangunkan dalam keluasan 42 ekar. Kompleks sekolah telah mula dibina pada tahun 2010 dan telah siap dibina pada tahun 2012. Pembinaan kompleks sekolah yang mempunyai 4 blok serba-canggih, astaka dan sebuah surau telah menelan kos sebanyak RM82 juta. Kemudian, 3 buah rumah pentadbir telah ditambah iaitu sebuah gred C dan dua buah gred D yang mana telah mula dibina pada 22 November 2013 dan telah siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2014. Sekolah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-4 di Kelantan & ke-67 di Malaysia.JeSS merupakan sekolah SBP ke-4 di Kelantan dan ke-67 di Malaysia yang mempunyai kapasiti yang boleh memuatkan 900 orang pelajar dan telah beroperasi pada Januari 2013 dengan kemasukan 9 orang guru Batch Pertama .
Pada Februari 2013. Sekolah ini menerima pelajar sulung iaitu pelajar Tingkatan Seramai 10 orang dan diikuti dengan pelajar Tingkatan 4 seramai 90 orang pada 15 April 2013. Sekolah ini ditadbir oleh seorang ayahanda yang berwibawa iaitu Tun Haji Idris bin Hamat dan dibantu oleh barisan pentadbir yang lain untuk memastikan pentadbiran sekolah dalam keadaan yang unggul.
Setiap tahun, JeSS terus berkembang selari dengan perkembangan dan keperluan negara. Dengan keazaman dan penggembelingan tenaga yang padu daripada pihak JeSS, ia telah menempatkan diri No.1 di Kelantan dan No.16 SBP di Malaysia dalam keputusan SPM 2015. Hal ini telah membangkitkan kebanggaan semua warga JESS. Sekolah ini merupakan sekolah yang baharu. Semoga JeSS terus unggul di persada dunia pendidikan dengan gelanggang global yang lebih mencabar dan dapat melahirkan bakal-bakal pemimpin bertaraf dunia yang terbilang.
Visi, Misi, Falsafah, Moto dan Lagu Sekolah
suntingVisi
suntingJeSS sekolah cemerlang menjelang tahun 2020.
Misi
suntingMelaksanakan pengurusan pendidikan secara profesional dan dinamik demi melahirkan insan cemerlang berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.
Falsafah
suntingSetiap insan berpotensi dididik kearah kecemerlangan
Moto
suntingIlmu, Amal, Taqwa
Lagu Sekolah
suntingIlmu amal taqwa… Tersemat di dalam jiwa… Demi mencapai cita… Jatuh bangun bersama… Sehati dan sekata… Amalan nilai murni… Guru-guru disanjungi… Jasamu diingati… Panduan hidup kami… Membangunkan potensi… Kami berikrar… Taat setia… Bersatu padu… Menabur jasa… Ke arah wawasan dan kecemerlangan… Demi Sains Jeli yang tercinta…