Sekolah Menengah Sains Kepala Batas


'Sekolah Menengah Sains Kepala Batas atau secara ringkasnya disebut SMS Kepala Batas (SMSKB/SAKBA/KEBSESS) merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi dan merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang kedua dibina dinegeri Pulau Pinang, setelah Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin, yang pertama. Sekolah ini terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
Lokasi
Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah berasrama penuh, Sekolah kerajaan
MotoKUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN
Nombor sekolah(604)5751592
Kod sekolahPEA 2091 [1]
Pengerusi PIBGAhmad bin Darus
PengetuaAzlan Nor Bin Hussin
GPK Pentadbiran dan AkademikNazri bin Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohd Zulkizan bin Md Zen
Penolong Kanan KokurikulumNurul Azhariah binti Musa
Faks(604)5754145
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sejarah awal sunting

Sekolah Menengah Sains Kepala Batas dibuka 23 Mac 2009. Dalam usia beberapa bulan saja, ia dikenali hampir seluruh rakyat Pulau Pinang. Sekolah ini dirasmikan oleh YB Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Merupakan sekolah yang berasrama penuh, ia menjadi rebutan calon UPSR dan PMR/PT3 untuk mendapat tempat di sini. Seramai lebih kurang 300 orang pelajar diambil sebagai perintis sekolah ini pada 2009.

Pada Januari 2018, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 749 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.Januari 2018[1]


Lagu Sekolah sunting

Bermula langkah menuju kejayaan
SMSKB jadi kebanggaan
Berganding bahu atas satu harapan
Bersama menjana kegemilangan
Guru mendidik penuh dedikasi
Kami berjanji akan menghargai
Kami berjanji akan berbakti
Tersemat kukuh di hati kami
Kualiti pemangkin kecemerlangan
Menjadi budaya sepanjang zaman
Pembakar semangat teras perjuangan
Sehingga Kejayaaan Dalam Genggaman
SMSKB sekolah yang tercinta
Seindah namanya kebanggaan semua
Mendidik dan menbina
Anak-anak bangsa
Mencipta nama di persada dunia

Pengetua sunting

Sekolah ini ditadbir oleh Puan Jamaah binti Taman yang merupakan Pengetua Cemerlang yang diiktiraf daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth. Pengetua ke-2 ialah Encik Mohd Jaafar Bin Mohd Ramli yang tiba dari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA). Seterusnya, Pengetua ke-3 ialah Puan Azizah binti Abu Bakar. Hari ini, SMS Kepala Batas berada di bawah pentadbiran Encik Azlan Nor bin Hussin selaku pengetua sekolah yang keempat.

Penolong Kanan Pentadbiran sunting

Penolong Kanan Pentadbiran perintis ialah Encik Zamri bin Sabri. Pada 11 Oktober 2022, Encik Zamri bin Sabri telah bersara setelah genap 13 tahun beliau menaburkan benih ilmu kepada anak anak SAKBA. Menggantikan beliau, Encik Nazri bin Ishak sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sunting

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perintis ialah Encik Ishak bin Harun. Setelah beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, tempat beliau digantikan oleh Encik Noor Azman bin Mohd Noor selaku PK HEM yang ke-2. PK Hal Ehwal Murid dijawat oleh Encik Nazri bin Ishak yang juga merupakan bekas PK Kokurikulum pada sebelumnya. Setelah dinaikkan pangkat, Tugas Encik Nazri bin Ishak disandang oleh Encik Mohd Zulkizan bin Md Zen pada 17 Oktober 2022.

Penolong Kanan KoKurikulum sunting

Penolong Kanan KoKurikulum perintis ialah Encik Harris Ganae bin Nainar. Setelah beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin, Bukit Mertajam, tempat beliau digantikan oleh Encik Noor Azman bin Mohd Noor selaku PK Kokurikulum yang ke-2. Seterusnya Encik Noor Azman telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang sama dan digantikan oleh Puan Rosnah Hanim binti Abdul Halim selaku PK Koku yang ke-3. Selepas itu Puan Rosnah telah digantikan oleh Encik Nazri bin Ishak. Bermula pada Disember 2020, Encik Mohd Zulkizan bin Md Zen telah dilantik sebagai PK Koku SMS Kepala Batas yang baharu. Oleh kerana SAKBA telah kehilangan Guru Lagenda, Encik Zamri bin Sabri. Encik Mohd Zulkizan bin Md Zen telah dinaikkan pangkat dari Penolong Kanan Kokurikulum ke Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Beliau digantikan oleh Puan Nurul Azhariah binti Musa sebagai PK Kokurikulum yang ke-6.

Lembaga Kepimpinan Pelajar sunting

Buat julung kalinya, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas membuat Sistem Pemilihan Lembaga Kepimpinan Pengawas secara undian dan melibatkan semua kakitangan sekolah, guru-guru serta murid-murid. Pemilihan ini dilakukan secara dalam talian.


Bagi sesi 2024/2025, Batch 2024 atau dikenali sebagai LEOFEX (Legacy Of Excellent) akan meneruskan Kepimpinan Melalui Teladan yang diwariskan sejak turun temurun. Berikut merupakan Majlis Tertinggi Sekolah (MT) :–



KETUA PELAJARSYAMIL MUQHLISH BIN SHAMSUL ANWAR 'Seorang yang menunjukkan sifat kepimpinan yang sebenar, beliau juga tegas dalam melakukan setiap tugasan dan aktif sukan. (5 TITANIUM)

TIMBALAN KETUA PELAJAR INURIN ATIQAH ALYA BINTI ROZAINI 'Seorang yang berketrampilan rapi serta beliau juga menunjukkan sifat kepimpinan sebenar dan amanah dalam menjalankan tugas. (5 TITANIUM)


TIMBALAN KETUA PELAJAR IIMUHAMMAD ADAM HAZIQ BIN AHMAD HAFIZAN 'Seoarang yang cekap, pantas dan ikuti arahan dalam menjalankan tugas. (5 ALUMINIUM)


SETIAUSAHA KEHORMATMUHAMMAD DANISH BIN MOHD. SAAD 'Seorang yang Kemas, teratur dan berkeyakinan tinggi serta Beliau juga bijak menguruskan tugas. (5 CHROMIUM)


PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMATNURUL AMIRA AMANI BINTI NURUL AMRY 'Seorang yang berani menanggung risiko, tabah dan tegas serta bersedia membantu dalam pengurusan Lembaga Kepimpinan Pengawas. (5 BARIUM)


KETUA ASRAMA PUTERA (ASPURA)MUHAMMAD ZAKWAN BIN MOHAMAD ZAMRI 'Seorang yang menunjukkan sifat keberanian, tegas serta Beliau juga bergerak pantas dalam menjalankan amanah dalam hal hal pengurusan Asrama Putera. (5 PLATINUM)


KETUA ASRAMA PUTERI (ASPURI)ANIS SURAYYA BINTI AHMAD BADRY 'Seorang yang 'independent' serta tegas dalam menjalankan hal hal pengurusan Asrama Puteri. (5 TITANIUM)

Sistem Rumah sunting

Sistem rumah merupakan pendekatan yang diperkenalkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai langkah menghasilkan modal insan yang serba boleh bagi menyahut cabaran era globalisasi.

Di SMSKB, pelajar dibahagikan kepada empat buah "Rumah" yang diberi nama bersempena empat nama buruj yang turut diindikasi oleh warna iaitu:-

DELPHINUS (BIRU) —

KETUA RUMAH : MUHAMMAD AZIM AIZUDDIN BIN MOHD AZIZIE (5 TITANIUM)

PENOLONG KETUA RUMAH : ROSYAZWANI BINTI RAHMATHULLAH (5 ZETA)


ORION (MERAH) —

KETUA RUMAH : MOHAMAD NORQHALIF BIN MOHD NORZAIMIE (5 ZETA)

PENOLONG KETUA RUMAH : NURIN HASYA DAFINAH BINTI SHAHRUN (5 BARIUM)


SERPHEN (HIJAU) —

KETUA RUMAH : MUHAMMAD AKMAL RAZI BIN MOHD FUZI (5 ALUMINIUM)

PENOLONG KETUA RUMAH : NURUL HUDA BINTI MD. ZAIDI (5 BARIUM)


PHOENIX (KUNING) —

KETUA RUMAH : MUHAMAD NAIMAN AZRI BIN ARIFIN (5 TITANIUM)

PENOLONG KETUA RUMAH : NUR FARISHA AYUNIE BINTI SHAHIZAR (5 ZETA)



Keunikan sekolah sunting

Sekolah ini tidak mempunyai tong sampah kecuali tong sampah besar sebagai sumber pembuangan. Hal ini diadakan kerana untuk memupuk para pelajar untuk mengurus sampah dengan bijak.

Terdapat banyak pokok yang ditanam di sekolah ini bagi memupuk warga sekolah yang bersedia menghadapi perubahan iklim.

Sekolah ini mempunyai guru cemerlang peringkat dunia dikenali sebagai Harris Ghani Naina.

Pencapaian awal sunting

  • September 09: Tuan rumah untuk Pertandingan Paintball Peringkat Zon Utara.
  • Oktober 09: Johan Pertandingan Badminton Zon Utara.
  • Mei 2010: Johan Forum Remaja Peringkat Negeri
  • International Star Gazing and Space Camp
  • Book of Record Malaysia (Roket Air)

Batch Pelajar sunting

Batch Pertama

  • 2009-2010: ROOT (Revolution of Obdurate Teenagers)

SPM 2010

  1. batchsmskb0910
  • 2009-2013: Zealous

PMR 2011 SPM 2013

  1. batchsmskb0913

Batch Ke-2

  • 2010-2011: Transcendents (Transformation of Science Students)

SPM 2011

  1. batchsmskb1011
  • 2010-2014: SWAT (Second Warrior Achieve Tactness)

PMR 2012 SPM 2014

  1. batchsmskb1014

Batch Ke-3

  • 2011-2012: Kaizer

SPM 2012

  1. batchsmskb1112
  • 2011-2015: Trigen (Third Generation)

PMR 2013 SPM 2015

  1. batchsmskb1115

Batch Ke-4

  • 2012-2016: Legacy

PT3 2014 SPM 2016

  1. batchsmskb1216

Batch Ke-5

  • 2013-2017: Genofex (Generation of Excellence)

PT3 2015 SPM 2017

  1. batchsmskb1317

Batch Ke-6

  • 2014-2018: Zenith

PT3 2016 SPM 2018

  1. batchsmskb1418

Batch Ke-7

  • 2015-2019: XTrovia

PT3 2017 SPM 2019

  1. batchsmskb1519

Batch Ke-8

  • 2016-2020: Exprintz (Excellence-Perfect-Intelligence)

PT3 2018 SPM 2020

  1. batchsmskb1620

Batch Ke-9

  • 2017-2021: Legend

PT3 2019 SPM 2021

  1. batchsmskb1721

Batch Ke-10

  • 2018-2022: Elite

SPM 2022

  1. batchsmskb1822

Batch Ke-11

  • 2019-2023:Erudite

SPM 2023

  1. batch smskb 1923

Batch Ke-12

  • 2020-2024:Leofex (Legacy Of Excellent)

SPM 2024

  1. batch smskb 2024

Batch Ke-13

  • 2021-2025:Zeonix

SPM 2025

  1. batch smskb 2125

Batch Ke-14

  • 2022-2026:Endeavour

SPM 2026

  1. batch smskb 2226

Batch ke-15

  • 2023-2027:Kaizen

SPM 2027

  1. batch smskb 2327

Rujukan sunting

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Hubungi Kami sunting