Sekolah Menengah Sains Labuan

sekolah menengah sains di Labuan, Malaysia


Sekolah Menengah Sains Labuan ialah sebuah sekolah menengah sains berasrama penuh di Labuan, salah satu Wilayah Persekutuan di Malaysia. Sekolah ini terletak di Kampung Sungai Pagar iaitu kira-kira 17 kilometer (11 batu) dari pusat Bandar Labuan.

Sekolah Menengah Sains Labuan
Lokasi
 Malaysia Sekolah Menengah Sains Labuan, Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Sains, Sekolah Terkawal, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi
MotoSM EXCEL
Nombor sekolah087-461525
Kod sekolahWEA1001[1]
Pengerusi PIBGEncik Zulkifli
PengetuaTuan Haji Mahamad Shukri bin Said[2]
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Rohana binti Yasin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Siddiq
Faks087-462835
Laman sesawang
Map

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Sains Labuan pada mulanya ditubuhkan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Labuan. Pembinaan bangunan = sekolah ini bermula pada tahun 1983. Pada awal tahun 1985, sekolah ini dijangka sudah boleh digunakan pada bulan Julai. Dengan itu seorang pegawai dari Unit Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Encik Mohd. Sharif Haron telah ditukarkan ke Labuan pada bulan Mac 1985 untuk menyalaraskan dan menyelia kerja-kerja pembinaan Sekolah Berasrama Penuh Labuan ini.

Proses kemasukan pelajar-pelajar ke SBPL bermula pada bulan Julai 1985 dengan pengumuman hari pendaftaran pelajar telah dibuat menerusi media massa. Walau bagaimanapun, proses tukar milik geran tanah tidak dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang dijadualkan. Pembekalan alat-alat sekolah juga tergendala.Oleh itu, pendaftaran pelajar seperti yang diumumkan telah ditanggungkan. Walaupun begitu, memandangkan ada juga pelajar yang melapor diri, maka SBPL terpaksa juga digunakan pada bulan 0gos 1985. kumpulan pertama pelajar yang menjadi peneroka ini terdiri daripada 22 orang pelajar Tingkatan Satu, 45 orang pelajar Tingkatan Empat dan 29 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah. Bilangan guru pada ketika itu ialah 15 orang dengan Encik Mohd.Sharif Haron sebagai ketua dan penyelianya. Lewat bulan Oktober 1985, Dr. Hamdan Mohammed telah melapor diri sebagai pengetua SBPL yang pertama.

Apa yang menarik pada peringkat awal ini ialah SBPL telah meminjam bangunan SMK Labuan dan bersidang pada sebelah petang. Pelajar-pelajar Tingkatan Enam Rendah bersama-sama dengan tiga orang guru pula ditempatkan di Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu. Pelajar-pelajar lelaki pada ketika itu ditumpangkan di Institusi Latihan Perindustrian Labuan dan pelajar pelajar perempuan menumpang di rumah guru- guru wanita di Taman Sea View, Tanjung Aru, Labuan. Bagi pelajar yang mempunyai saudara mara di Labuan, mereka menumpang di rumah saudara mara mereka. Pada masa yang sama juga SBPL mempunyai seorang pembantu kerani sementara dan dua orang pemandu.

Tahun 1986 amat bersejarah dan menggembirakan apabila SBPL dibenarkan berpindah ke bangunan sendiri. Tidak sampai sebulan berpindah iaitu pada 29 Januari 1986. SBPL telah menerima tetamu kehormatnya yang pertama iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Othman Malek, Ktua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia dan isteri. Pada 4 Mac 1986, SBPL menerima tetamu kehormatnya yang kedua iaitu Yang Berhormat Haji Bujang Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 1986 SBPL telah menerima 93 orang pelajar Tingkatan Satu. 85 orang pelajar Tingkatan Empat dan 33 orang pelajarTingkatan Enam Rendah. Bilangan guru juga telah bertambah menjadi 16 orang.

Pada tahun 1987 pula, sekali lagi SBPL mencatat sejarah apabila Yang Berhormat Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia telah sudi membuka tirai perasmian SBPL pada 2 Oktober 1987. Mulai tarikh itu jugalah sebuah tugu kenangan sempena majlis perasmian itu terbangun gagah di hadapan pejabat pendaftaran sekolah.

Bilangan pelajar SBPL juga telah bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 2010, bilangan pelajar telah meningkat kepada 410 orang. Bilangan guru pula telah meningkat kepada 53 orang. Sekarang ini, telah banyak guru-guru baru terutamanya lepasan Universti telah di hantar ke sini. Manakala guru-guru lama pula telah dihantar ke tempat asal masing-masing.

Selaras dengan perkembangan pesat Malaysia menuju era Wawasan 2020 SBPL bergerak memenuhi tuntutan dan harapan negara dengan memulakan program Matrikulasi Universiti Sains Malaysia telah menggantikan pengambilan pelajar Tingkatan Enam. Pada 10 April 1997 secara rasminya SBPL menjadi sepenuhnya aliran sains dengan pengisytiharan nama Sekolah Berasrama Penuh Labuan kepada Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL).

Cogan kata SMSL berasaskan kepada 3 kata kunci “USAHA JAYA BAKTI” yang membawa maksud “pelajar SMSL dikehendaki berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Setelah berjaya, pelajar dikehendaki berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Dengan berpegang kepada cogan kata sekolah dan gandingan bersama guru, pelajar dan kakitangan bukan mengajar, ibubapa dan masyarakat setempat. SMSL mengorak langkah menuju ke arah kecemerlangan dan seterusnya membantu ke arah merealisasikan wawasan negara.

sunting

 

  1. Kuning  : Taat setia kepada Raja, Negara dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
  2. Biru  : Kegigihan memperjuangkan cita-cita
  3. Bentuk Angkup  : Jurusan Sains
  4. Pulau dan Laut  : Kesemestaan dan keterbukaan dalam pemikiran

Akademik sunting

Sebelum itu, sekitar bulan April 1987, keputusan Peperiksaan SPM yang pertama bagi SBPL telah diumumkan. Kelulusan 98.6% dikira cukup hebat dengan keadaan SBPL yang serba kekurangan. Dan bermula dari sinilah keputusan peperiksaan SBPL dalam peperiksaan SRP/PMR, SPM dan STPM terus meningkat.

Bermula dari tahun 1989 hingga 1994, kelulusan pencapaian SRP/PMR ialah 100% manakala peperiksaan SPM pula mencapai kelulusan 100% selama tiga tahun berturut-turut (1992-1994). Begitu juga dengan peperiksaan STPM, pencapaiannya adalah 100% lulus. Sekali lagi berjaya meraih 100% lulus peringkat PMR pada tahun 2000.

Setiap tahun SMSL berjaya mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang cemerlang dan berjaya mengekalkan tempat sebagai sekolah terbaik di WP Labuan.

Sehingga kini, SMSL sudah banyak melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kokurikulum sunting

Nama SBPL yang seiring dengan nama sekolah-sekolah yang sudah ‘establish’ sama ada pada peringkat negeri mahupun pada peringkat kebangsaan. Contohnya, aktiviti Forum Remaja. SBPL telah mnejadi johan peringkat negeri Sabah dan tempat ketiga dalm peringkat kebangsaan pada tahun 1991. Dalam Pidato diraja pula, SBPL telah menjadi johan peringkat negeri Sabah dan tempat ketiga peringkat kebangsaan pada tahun 1992, manakala pertandingan perahu layar banyak rekod telah dicipta. Pada tahun 1992, beberapa orang pelajar SBPL telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Regatta Perahu Layar Asia yang berlangsung di Beijing, China. Pada tahun 1993, Pasukan bola tampar SBPL juga tidak ketinggalan iaitu dalam pertandingan Pesta Piala Perdana Menteri pada tahun 1994. Pasukan bola tampar perempuan telah menjadi Johan Zon Sabah dan Sarawak dan naib johan peringkat kebangsaan manakala pada tahun 1995, pasukan bola tampar lelaki SBPL telah menjadi Johan peringkat Zon Sabah dan Sarawak dan Johan peringkat kebangsaan. Pasukan bola baling perempuan (1996) , pasukan bola keranjang perempuan (1997) dan pasukan bahas Bahasa Inggeris (1997) juaga telah mewakili Zon Sabah dan Sarawak pada Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama penuh peringkat kebangsaan.

Pentadbiran sunting

Setakat ini SBPL / SM Sains Labuan telah ditadbirkan oleh sembilan orang pengetua.

  1. Dr. Hamdan Mohammed ( Oktober 1985-September 1990)
  2. En. Zakaria Jap (Januari 1991-September 1992)
  3. Tuan Haji Mamat @ Ismail Abdullah (Oktober 1992-Mac 1995)
  4. Tuan Haji Sayed Muhammad bin Sayed Ahmad (Mac 1995-Disember 1996)
  5. Puan Maznah (Febuari 1997-Mei 1999)
  6. Tuan Razali bin Mohd. Tahir (Jun 1999-Ogos 2002)
  7. Puan Sherfah Fatimah Hayaty binti Ismail (2002 – 2006)
  8. Tuan Haji Ali bin Haji Deros (2006 – hingga Feb 2011)
  9. Tuan Haji Mahamad Shukri bin Said (Mei 2011 hingga sekarang)

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Koordinat: 5°16′58″N 115°10′31″E / 5.282848°N 115.175413°E / 5.282848; 115.175413