Sekolah Menengah Sains Pokok Sena

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (dikenalis sebagai SMSPS atau nama ringkasnya, SAINA) merupakan sebuah Sekolah Menengah Sains yang terletak di Km 25, Jalan Kuala Nerang di negeri Kedah Darul Aman.

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
Lencana SAINA
Lokasi
 Malaysia Km 25, Jalan Kuala Nerang, 06400, Pokok Sena,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kerajaan, Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi
MotoBerilmu, Beramal, Bertaqwa
Ditubuhkan1996
Nombor sekolah6047823733
Kod sekolahKEAB002
Pengerusi PIBGEncik Nesar Ahmad Khan
PengetuaPuan Pengetua Cemerlang, Dr. Azizah binti Ibrahim
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Ahmad Shabuddin bin Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Md Roslan bin Zainol
Penolong Kanan KokurikulumPuan Maizuny bin Mohamad
Faks6047825275
Laman sesawang

Pada 2020, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena memiliki 190 pelajar lelaki dan 230 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 420 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2020

SAINA adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat dan dasar negara yang bertujuan melahirkan golongan cendiakawan yang bakal mewarisi negara Malaysia, terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi. Sekolah ini hanya menyediakan aliran pengajian Sains Tulen.

Sejarah SAINA sunting

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena siap dibina pada bulan November 1995. Pada masa itu pengurusan SAINA dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman yang diamanahkan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengambilan pelajar pertama sekolah ini pada 15 Januari 1996 menyaksikan seramai 136 orang pelajar tingkatan satu ditempatkan dalam lima buah kelas dan 168 orang pelajar tingakatan empat yang ditempatkan dalam enam buah kelas. Bilangan guru pada waktu itu seramai 25 orang. [1]

Lokasi SAINA sunting

Fail:L000003 1-1-.jpg
Gambar sekolah lama

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah dibina di satu kawasan di kilometer 20 sebelah kiri jalan utama dari Alor Star, menghala ke Kuala Nerang, Kedah. Sekolah ini terletak kira-kira 2 kilometer dari Pokok Sena. Bangunan-bangunan sekolah terletak di kawasan tanah seluas 50 ekar, bersebelahan kebun getah.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
Km 25, Jalan Kuala Nerang
06400, Pokok Sena
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047823733
Fax = 6047825275

Prasarana sunting

Bangunan Akademik sunting

Infrastruktur asal sekolah merangkumi empat blok bangunan akademik tiga aras, satu blok bangunan kemahiran hidup dua tingkat, bengkel pertanian untuk subjek Kemahiran Hidup, dewan sekolah, dan kantin sekolah. Surau sekolah yang mempunyai dua aras, lebih dikenali dengan Surau Al-Fatonah, mampu memuatkan 900 orang jemaah pada sesuatu masa.

Kemudahan yang disediakan sekolah ialah 12 buah kelas untuk menengah rendah dan 12 buah kelas untuk menengah atas. Selain itu, sekolah juga menyediakan pusat sumber, dua buah bilik komputer, bilik tayangan, sebuah makmal sains, dua buah makmal untuk setiap subjek Sains Tulen (fizik, kimia dan biologi.)

Bilik-bilik khas juga diwujudkan. Misalnya bilik bahasa Melayu, bilik bahasa Jerman, bilik bahasa Jepun, bilik pembelajaran kendiri (Self-Access Learning, SAL) untuk kegunaan P&P bahasa Inggeris, bilik pendidikan seni dan Galeri Wawasan Kemanusiaan.

Asrama sunting

Asrama sekolah terdiri daripada empat blok asrama tiga aras; dua blok asrama putera, dan dua blok asrama puteri. Di antaranya, terdapat dewan makan yang mampu memuatkan 800 orang pelajar.

Kemudahan Sukan Dan Ko-Kurikulum sunting

Kemudahan utama yang disediakan ialah sebuah padang bola sepak dan padang ragbi yang juga boleh digunakan untuk acara olahraga. Pada tahun 2007, sebuah pavilion baru telah didirikan di sisi padang. Selain itu juga kemudahan sukan lain di sekolah ini berupa sebuah padang hoki, dua buah gelanggang bola keranjang, dua buah gelanggang bola tampar, dua buah gelanggang sepak takraw, dua buah gelanggang tenis yang dilengkapi dengan satu wall practice.

Sebuah pusat kegiatan ko-kurikulum berupa tapak perkhemahan yang dibina di antara bengkel pertanian dan surau. [1]

Cogan Kata SAINA sunting

  • BERILMU - Mempunyai banyak ilmu
  • BERAMAL - Melakukan sesuatu sebagai satu kebiasaan
  • BERTAQWA - Takut dan taat pada perintah Allah SWT

Cogan kata Sekolah Menengah Sains Pokok Sena ialah "Berilmu, Beramal, Bertaqwa". Ia membawa maksud bahawa seorang penghuni sekolah ini perlu menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin selama berada di sini. Setelah berilmu, mereka perlu mengamalkan segala ilmu yang diperolehi dengan cara yang betul. Individu yang berilmu dan mengamalkan ilmunya akan melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ia selaras dengan konsep SBP yang ingin melahirkan warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang cemerlang dalam semua aspek. Cogan kata Berilmu, Beramal, Bertaqwa melengkapi sifat warga impian SBP.

Bendera SAINA sunting

 
Bendera SMSPS

Maksud Bendera:

  • HIJAU - Keseimbangan dunia dan akhirat
  • BIRU - Perpaduan dan permuafakatan warga sekolah
  • PUTIH - Kesucian dan keikhlasan
  • KUNING - Kesetiaan kepada sekolah dan negara
  • MERAH - Keberanian dan kekuatan rohani serta jasmani

Rumah Sukan SAINA sunting

Terdapat 4 buah rumah sukan di SAINA seperti berikut: Angsana (kuning), Cengal (merah), Jati (biru) dan Merbau (hijau).

Ungu merupakan warna rasmi dan tradisi SAINA yang kebiasaannya digunakan pada acara serta majlis rasmi SAINA, perlawanan sukan dan aktiviti warga SAINA di dalam dan luar sekolah.

Pentadbiran SAINA sunting

Pada 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan En. Muhamad Hasnan bin Hasan mula datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu En. Muhamad Hasnan bertugas di SBP, Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.

Pada tarikh yang sama juga iaitu 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Ismail bin Haji Bakar datang melaporkan diri di SAINA melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu beliau bertugas di Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar, Kulim, Kedah.

Bagi melengkapkan pentadbiran sekolah, pada 15 hb. Disember 1995, En. Khalid bin Dan melaporkan diri untuk menjalankan tugas rasmi sebagai pengetua pertama di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu, En. Khalid bin Dan berasal dari SBP, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semua pegawai-pegawai di atas adalah lantikan bahagian Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. [2]

Lagu Rasmi SAINA sunting

SMSPS dipuja,
Sekolahku yang tercinta,
Kamilah putri putra jaya,
Mendukung wawasan negara.

Kami pelajar setia,
Disiplin santapan jiwa,
Tekun serius berusaha,
Cemerlang di hari muka.

Berilmu harapan semua,
Beramal dan bertakwa,
Menjadi insan mulia,
Seimbang akhirat dunia.

Doa ayah dan ibu,
Bimbingan panduan guru,
Kami berjanji bertekad,
Semoga Allah memberi berkat.

Sumber: [3]

Pengisian Pelajar sunting

Akademik sunting

Berikut ialah senarai mata pelajaran yang ditetapkan bagi seluruh pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.

Menengah Rendah
(Tingkatan 1—3)
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam Pendidikan Islam Pendidikan Islam
Sejarah Sejarah Sejarah
Matematik Matematik Matematik
Sains Matematik Tambahan Matematik Tambahan
Geografi Biologi Biologi
Reka Bentuk dan Teknologi atau Asas Sains Komputer Fizik Fizik
Kimia Kimia
Pendidikan Seni:
(Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik)
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Bahasa Antarabangsa#:
(Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin atau Bahasa Jerman)
Bahasa Antarabangsa#:
(Bahasa Arab, Bahasa Jepun, atau Bahasa Jerman)
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Komputer
Nota:
Bukan suatu mata pelajaran teras, tetapi pelajar wajib menghadiri kelas bagi subjek-subjek ini.
# Kelas bahasa arab ditetapkan untuk pelajar tingkatan satu hingga empat sahaja. Pelajar kemasukan tingkatan empat tidak berpeluang mempelajari subjek ini atas sebab peperiksaan bahasa arab selaras SBP diadakan pada tingkatan empat.Manakala bagi bahasa Jerman, bahasa Mandarin dan bahasa Jepun, peperiksaan diadakan pada tingkatan 5.

Ko-Kurikulum sunting

Selain itu juga, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena juga menawarkan para pelajar untuk bergerak aktif dalam gerak kerja ko-kurikulum. Senarai yang menyusul memaparkan aktiviti ko-kurikulum yang aktif di sekolah ini.

Unit Beruniform Persatuan Akademik Kelab Sukan
Kadet Remaja Sekolah Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) Bola Sepak
Pandu Puteri Persatuan Bahasa Inggeris
(English Society, ENGSOC)
Ragbi
Pergerakan Puteri Islam Malaysia Persatuan Sains Tenis
Kadet Bomba dan Penyelamat Persatuan Matematik (PERMATA) Hoki
Kadet Polis Persatuan Pendidikan Islam (PERISAI) Memanah
Kadet Jabatan Pertahanan Awam Persatuan Sejarah Bola Jaring
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Persatuan Kemahiran Hidup Bola Tampar
Pengakap Persatuan Bahasa Antarabangsa Sepak Takraw ESports Persatuan Geografi Bola Keranjang

Alumni SAINA sunting

Persatuan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (Alumni SAINA) merupakan persatuan bagi bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.[4]

Alumni SAINA telah didaftarkan dan diluluskan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada tahun 2016. Sehingga tahun 2022, Alumni SAINA telah mempunyai lebih daripada 600 orang ahli berdaftar.

Alumni SAINA juga merupakan ahli rasmi di dalam Gabungan Persatuan Alumni SBP sejak tahun 2020.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Sidang Pengarang (2005). Muka Surat 4, Senada Edisi ke-10.
  2. ^ "Sejarah Sekolah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-16. Dicapai pada 2010-09-18.
  3. ^ Lagu Sekolah. Dicapai pada 21 Jun 2010
  4. ^ Alumni SAINA Dicapai pada 4 Julai 2022



|}