Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah

Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuantan, Pahang.

Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
Alamat
KM12, Jalan Gambang 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Nama lamaSekolah Menengah Sains Pahang
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Bestari
MotoHidup Berjasa
DitubuhkanJanuari 1973
Nombor sekolah09-538 1223
Kod sekolahCEE4070
Pengerusi PIBGEncik Hasnor bin Che Wa
PengetuaTuan Haji Mahadzir bin Haji Hanapiah
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Syarifah Hasnizal binti Sayed Kamar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Rokiah binti Mahbob
Penolong Kanan KokurikulumEncik Hashim bin Ismail
Laman sesawang

Sejarah

sunting

Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) terletak di Km 12 Jalan Gambang, Kuantan, Pahang merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Sains Pahang.

Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini menumpang sementara di bangunan Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh. Kumpulan pertama ialah 11 orang guru 3 orang kakitangan dan pelajar tingkatan satu seramai 219 orang (terdiri dari pelajar aliran Melayu dan aliran Inggeris). Pengetua pertamanya ialah Encik Abdul Rahim bin Abdul Hamid. Beliau merupakan pengetua paling lama bertugas di sekolah ini iaitu dari 16 Disember 1972 hingga 31 Disember 1982. Sekolah ini telah berpindah ke bangunan kekalnya di Kuantan pada 8 Januari 1974. Pada tahun berkenaan pengambilan pelajar tingkatan empat dimulakan. Pembukaan sekolah ini telah dilakukan oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah, Sultan Pahang pada 22 Julai 1976. Sempena perasmiannya, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Matlamat utama penubuhan sekolah ini ialah untuk menempatkan para pelajar  lulusan peringkat sekolah rendah dari luar bandar mempelajari mata pelajaran sains  dengan kemudahan yang serba lengkap.[1] Dengan kawasan seluas 18 ekar  serta pelbagai kemudahan  fizikal, disamping pembangunan dan pengubahsuaian yang dilakukan dari semasa ke semasa, sekolah ini telah dapat meningkatkan mutu pencapaian seluruh pelajarnya dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.[2]

SEMSAS ssentiasa peka dan prihatin terhadap sebarang usaha untuk menjadikannya pusat pendidikan yang unggul  bukan sahaja di pantai  timur malah di peringkat kebangsaan. Bagi memastikan cita-cita dan matlamat untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan terlaksana, SEMSAS dengan kerjasama semua pihak sentiasa menganalisis dan mengkaji program-program yang direncana supaya dapat menjana hasil optimum.

Sejajar dengan perkembangan semasa, Semsas telah menjadi sebuah SEKOLAH BESTARI mulai 1 Januari 1999 dan SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN pada tahun 2012.

Falsafah

sunting

Pendidikan di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama bangsa dan negara.

Profil sekolah

sunting

Hidup Berjasa

Melahirkan Insan Yang Hidup Berjasa Serta Menjadi Pemimpin Yang Bertaraf Dunia

Menyerlahkan potensi pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan, penampilan diri dan kemahiran interpersonal.

Mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni berteraskan agama untuk dibudayakan dalam kehidupan warga sekolah.

Mempertingkatkan kualiti pelajar yang celik Teknologi Maklumat (ICT), mempunyai pemikiran kreatif, inovatif dan berdaya saing serta mampu memperkembangkan potensi diri dalam pelbagai bidang.

Ikrar Pelajar

sunting

Kami Pelajar-Pelajar SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHAMD SHAH

Berikrar akan:


•Sentiasa berusha mengejar kehebatan

•belajar dan terus belajar

•sentiasa berdisplin

•saling hormat menghormati

•sedia dipimpin untuk mempimpin

• menyayangi dan menjulang sekolah kami


Hidup berjasa


Lagu Sekolah

sunting

Inilah Sekolah Kami
Yang Kami Sanjungi
Budi Dan Ajaran Guru
Mendidik Dan Membantu

Belajarlah Tugas Kita
Supaya Berjaya
Taat Pada Ibu Bapa
Itu Kewajipan Kita

Sukan Dan Permainan
Kita Sama Jayakan
Rukun Negara Kita
Pastilah Diamalkan

Baktimu Dalam Ingatan
Hingga Akhir Masa
Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah
Lambangnya Hidup Berjasa

  (Ciptaan : Encik Murad Hamid, Guru Muzik Semsas 1975)

Senarai Pengetua

sunting
Dari Hingga Nama Pengetua
1972 1982 Dato Hj Abdul Rahim bin Andul Hamid
1982 1984 Hj Ibrahim bin Ismail
1985 1988 Hj Ibrahim bin Mat Isa
1988 1989 Hj Mohd Fadzilbin Hj Abdul Malik
1989 1990 Abdul Rahim bin Hj Mohamad
1990 1993 Hj Abdul Halim bin Mohd Awin
1993 1994 A. Rahim bin Noh
1995 1998 Haji Mohd Hasnan bin Ismail
1998 2001 Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud
2001 2003 Hajah Maznah binti Hj Abd Hamid
2003 2005 Ab Rahim bin Mansor
2006 2008 Haji Abas bin Abd Rahman
2008 2011 Haji Mokhtar bin Abdullah
2011 2014 Haji Azhari bin Tauhid
2014 2015 Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus
2015 2018 Hajah Safiah binti Awang
2018 2020 Hajah Noridah binti Hj Ramlan
2020 2022 Mazlan bin Sarieyo
2023 Present Haji Mahadzir bin Haji Hanapiah

Sistem Rumah

sunting
Rumah Sukan Warna Moto
Skylab Biru Jati Diri Unggul Teras Kecemerlangan
Soyuz Merah Merah Membara Soyuz Perkasa
Cosmos Hijau Ilmu, Wawasan, Etika
Apollo Kuning Satu Perjuangan Satu Harapan

Majlis Pemimpin Murid (MPM)

sunting

1. Pengawas Sekolah

2. Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)

3. Majlis Residen Asrama (MRA)

4. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

5. Pengawas Pusat Sumber (PPS)

  BEKAS PELAJAR SEMSAS / EX-STUDENTS SEMSAS ASSOCIATION (EXSAS) telah didaftar pada 27 Februari 1998 dengan salah satu tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan baik antara ahli terdiri daripada semua bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS) selain daripada membantu SEMSAS.

Penubuhan Persatuan Bekas Pelajar Semsas atau EXSAS telah bermula sejak tahun 1997, dimana mesyuarat penubuhan pertama telah diadakan pada 27hb. September 1997 di Hotel MS Garden, Kuantan. Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan senarai penuh ahli jawatankuasa penaja dan cadangan undang-undang tubuh persatuan.

Akhirnya pada 3 April 1998, mesyuarat pertama ahli jawatankuasa penaja telah diadakan dan senarai penuh jawatankuasa penaja telah dapat dibentuk.

Dato' Mustafa Mohd Khalid merupakan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penaja dan sekaligus telah dilantik sebagai Presiden pada AGM pertama pada tahun 1998. Beliau telah berkhidmat dari tahun 1998 sehingga 2003.

2023 merupakan tahun yang bersejarah buat SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) dan juga Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS (EXSAS) dimana SEMSAS akan menyambut ulang tahun yang ke 50 (Jubli Emas) manakala EXSAS akan turut menyambut ulang tahun penubuhan yang ke 25 (Jubli Perak).

Antara EXSAS:

Azlan Sani Zawawi - Aktivis keselamatan jalan raya

Fahmi Reza - Aktivis Seni

Aminuddin Yahaya - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia

Azhar Sulaiman - Pelakon, Pengacara, Arkitek dan Pereka Malaysia

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "SEBELAS LAGI SEKOLAH BERASRAMA PENUH UNTUK GOLONGAN MISKIN". Bernama (dalam bahasa Malay). Kuala Lumpur. 1993-10-12. Dicapai pada 2024-11-19.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "SEKOLAH MENENGAH SAINS ASRAMA KUANTAN". Bernama (dalam bahasa Malay). 24 Mei 1972. Dicapai pada 19 November 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)