Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran

Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran atau nama ringkasnya SMTAQ (JAIM), merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Lot 1225, Kampung Chenderah, Jasin, Melaka.

Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran Chenderah
Lokasi
 Malaysia Lot 1225, Kampung Chenderah, Mukim Rim,, 77000, Jasin,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Nombor sekolah6065247288
Kod sekolahMFT1003
PengetuaTuan Haji Ismail Bin Yaacob
GPK Pentadbiran dan AkademikUstaz Zainudin Azman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUstaz Sahari Bin Md Derus
Penolong Kanan KokurikulumUstaz Hazali
Faks6065247290
Laman sesawang


Lokasi kampus sekolah yang dikelilingi oleh tanah-tanah pertanian yang subur menjadikan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran sebagai sebuah tempat tenang dan damai. Persekitaran sebegini amat didambakan oleh para pelajar di sini, memandangkan proses menghafaz ayat-ayat suci AL-Quran memerlukan suasana yang tenang dan damai, dalam usaha para pelajar menghafaz dan menghayati setiap firman di dalam kalam Ilahi. Sehingga tahun 2015, sekolah ini memiliki seramai 219 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 48 orang. Sekolah ini telah dikemudi oleh Ustaz Haji Ismail Bin Yaacob yang telah diamanahkan untuk mentadbir dan menguruskan sekolah ini semenjak tahun 2005.

Sekolah ini merupakan satu-satunya Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) beraliran tahfiz di negeri Melaka. Para pelajar di sini diwajibkan menghafaz Al-Quran mengikut sukatan yang telah ditetapkan dan wajib untuk mengikuti sukatan pelajaran kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sejarah ==SM Tahfiz Chenderah sunting

Pencapaian sunting

Top 20 sekolah terbaik SPM negeri Melaka https://mymelaka.co/ranking-sekolah-terbaik-melaka

Alamat sunting

Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran
Lot 1225, Kampong Chenderah
77000, Jasin
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065247288
Fax = 6065247290

Pautan luar sunting